Persiapan Sebelum Bersalin

Assalamualaikum.

Masa aku tulis ni, baby dah 35weeks. Adoiii debonyaaaa. Kalau sapa yang tengok aku sekarang, memang diorang tau lah aku ni tak ubah seperti penguin dah..hahaaa!

Perut memang besar walaupun first pregnancy. Doktor pun kata perut aku besar. Baby ni pun dijangka ebob kalau ikut ukuran tiap kali scan. Takpe lah nak..asalkan awak sihat..

So, alhamdulillah minggu lepas selamat dah aku sediakan barang-barang keperluan bersalin, barang baby, barang berpantang, barang breastfeed dan sebagainya. Semua ni buat sikit-sikit. Start membeli masa baby masuk 7 bulan. Masa awal-awal dulu, nak beli baju baby pun tak berahi sebab tak pasti jantina. Hihii. So, advise aku, buatlah persediaan all-out masa masuk 3rd trimester. 

Dalam membuat persediaan ni, apa yang penting ialah checklist, checklist, checklist! Macam aku yang skema ni, aku bahagikan keperluan ni kepada beberapa seksyen. Ambooii. Ayat tak kalah. Hahaa!

So, ni contoh ye. 

1) Keperluan Baby Di Labour Room
 - Sepasang baju lengan panjang
 - Sepasang mitten dan booties
 - Sehelai pampers
 - Kain bedung
 - Topi baby (kalau receiving blanket tu ada hood, tak payah kot topi. Aku andaikan topi ni perlu sebab bilik bersalin tu sejuk.

** Benda ni semua aku masukkan dalam beg kecik je yang orang kawin bagi tu. Pesan kat suami, bagi pada nurse. Almaklum lah kita ni nak bersalin, takut tak ingat semua. Kang togel je baby. 

2) Keperluan Baby Di Wad (Andaikan baby kena stay di wad)
 - 3 pasang baju baby
 - 3 pasang mitten dan booties
 - Banyak-banyak pampers (dalam 10-15 helai)
 - Kain bedung secukupnya
 - Towel baby
 - Minyak telon

3) Keperluan Ibu Di Wad
 -  Pakaian secukupnya (baju dan kain batik/palazo/skirt kembang yang sesuai)
 - Disposal panties secukupnya
 -  Maternity pad/cloth secukupnya
 - Nursing bra
 - Breast pad
 - Selipar
 - Stokin tebal
 - Towel mandi
 - Toilettries
 - Tudung dan telekung
 - Nursing cover
 - Makanan dan minuman yang berpada-pada untuk tenaga
** Dokumen - buku merah, GL atau yang berkenaan

4) Keperluan Berpantang
 - Yang ni boleh google set-set berpantang yang bagus. Untuk aku, I want to go for organic and I choose Tanamera. Nanti aku review ok. Ceewaahh. Jangan lupa keperluan untuk baby juga contohnya tungku baby, minyak telon dan sebagainya.

5) Pakaian Baby
 -  Yang ni korang shopping lah ikut suka. Tapi aku ikut nasihat ramai orang iaitu jangan beli terlalu banyak pakaian newborn baby sebab nanti pakai sekejap je dah tak muat. Antara yang boleh dibeli :
 - Baju harian (lengan panjang dan pendek)
 - Baju malam (jumpsuit)
 - Romper
 - Mitten and booties
 - Barut
 - Kain bedung

6) Kelengkapan Diapering
 - Diapers
 - Wet tissue
 - Nappy liner (ada cadang suruh beli sebab jimat diapers. Baby yayak sikit-sikit macam burung katanya)
 - Changing Mat (aku tak beli pun)
 - Bakul baju baby
 - Detergent baby (basuh semua baju baby sebelum guna)

7) Baby Care And Grooming
 - Yang ni pun aku beli set Tanamera Kidz. Dia ada body wash + shampoo, body moisturizer, full body massage oil dan baby spot massage oil (macam minyak telon). Depends masing-masing nak guna jenama apa untuk baby korang. Lain-lain benda boleh tambah :
 - Nappy cream
 - Besen mandi
 - Towel mandi baby
 - Termometer
 - Nasal aspirator (in case)

8) Kelengkapan Breastfeeding
 - Jom lah kita menyusukan anak. Buatlah persediaan secukupnya dan yang selebihnya kita minta bantuan Allah. :)
 - Breast pump
 - Nipple cream
 - Nipple shield (in case ;p)
 - Breast pad/cloth
 - Feeding bottle
 - Bottle sterilizer
 - Bottle detergent
 - Berus botol
 - Rak botol
 - Cooler Set Bag

9) Lain-Lain Kelengkapan
- Pada aku, kelengkapan lain ni yada-yada je. Boleh beli di waktu yang sesuai dan semasa memerlukan. Utamakan yang utama.
 - Baby Cot
 - Stroller
 - Baby Carrier
 - Baby Car Seat
 - Baby Bouncer
 - Almari Baju Baby

Banyak kan? Aku buat checklist ni bila masuk 3rd trimester dan beli sikit-sikit. Setiap bulan gaji, list kan apa seksyen nak beli dulu. Jangan sampai membazir sudahlah.  So, harap-harap ini dapat membantu bakal mommies yang kebuntuan di luar sana.

Happy shopping! :)

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang