Rezeki Pinjaman Allah - First To Second Trimester

Assalamualaikum.

Hola-holaa! Apa khabar semua? So, ini adalah faktor juga kenapa keghairahan menulis di blog semakin merosot. Bukan nak kata bila mengandung kita jadi less productive, tapi memang itu lah hakikatnya hahahaaa! Sebab Allah nak bagi rehat.......

Just nak share pengalaman aku masa first to second trimester. Alhamdulillah, aku takde morning sickness. Takdelah muntah-muntah teruk, kurang pening-pening. Rezeki masing-masing kan. Tapi Tonjer aku pulak yang kalau nampak toilet bowl je kemain muntahnya. Alololoooo so cute Ebyy. Mungkin Allah tahu aku ni lemah jadi pindahkan tu semua kat suami. Wallahualam.

Macamtu lah aku sepanjang 2 bulan hingga 6 bulan mengandung. Melainkan aku berperang dengan simptom kuat tido, kemalasan (hahahaa) dan susah nak tido. Mencabar jugak tu. Simptom ni masih berlarutan sampai sekarang =_=

Mujur boss dan officemate memahami hihii. Kalau ikutkan, aku masih lagi cergas dan sihat. Terima kasih Allah. Masih boleh drive, boleh lagi berjalan jauh walaupun mengah. Takpe semua tu. 

Dalam Allah bagi kemudahan tu, ada sikit ujian bila doktor bagitahu yang aku ada fibroid masa baby 5 weeks. Punyalah risau sebab takut sangat kalau kena bersalin czer. Takut baby tak kuat dan macam-macam lagi. Tak dapat bayangkan perut dibelah-belah. Huhuuu.

Tapi dengan izin Allah dan doa semua, baby ni kuat dan masa baby umur 5bulan macamtu, doktor tak nampak lagi dah fibroid tu. Alhamdulillah.

So far, aku enjoy the moment. Bila dah mula rasa baby kicking, dah dapat tengok baby masa buat scan, satu nikmat dunia. 

Bab makan pulak, first 3 months memang tak lalu makan. Takde selera. Yang boleh masuk ialah epal hijau jer, padahal itulah buah yang bukan favourite pun. Berat pun naik sikit-sikit jer. Masuk 4 bulan baru lah ada keinginan nak makan macam-macam. Tapi masa tu dah tau ada fibroid, memang aku control sikit pemakanan. Terpaksa lupakan ikan keli kegemaran aku. Banyak google dan tanya kawan-kawan. Ikut je lah do's and dont's tak kira fakta sains ke atau petua orang lama. Paling tak boleh blah, tiap hari makan nasik ok, padahal aku sangat kurang makan nasik sebelum ni. Hihii. Betul lah orang kata mengandung ni lain macam sikit. 

Yang bestnya, Tonjer aku pulak boleh makan apa yang dia tak boleh makan selama ni masa aku mengandung. Kira dia buang tebiat laa. Hahaa! Rezeki baby kot. Takde dah allergik dia. Alhamdulillah.

Ini pengalaman yang sangat berharga dan indah bagi aku. Bittersweet.

Syukur kepada Allah sebab bagi peluang kepada aku dan suami dengan pinjaman ni. Doa aku semoga aku selamat lahirkan baby yang sihat nanti dan dapat didik dia sebaik mungkin demi agama. 

Till next time, k!

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.