Rezeki Pinjaman Allah :)
Assalamualaikum!
Muka ada senyum. Hihiii.
Ni sebenarnya entry yang terperuk dalam draft sebab tak dapat kelulusan untuk publish. So, kalau u olls dah baca entry ni maknanya kelulusan dah dapat le tewww.
Semasa aku tulis ni, I am officially 24 weeks pregnant bersamaan dengan 6 bulan. Alhamdulillah...rezeki yang tak ternilai daripada Allah SWT..
Masih ingat lagi detik-detik (gituu) awal berita mengandung ni. Memang sejak kahwin berharap, berusaha dan berdoa agar Allah pinjamkan zuriat untuk aku dan suami, beri peluang kepada kami untuk menyayangi, membesarkan dan mendidik anak-anak sendiri..
Tapi perancangan Allah SWT itu lebih baik lagi, genap setahun hidup bersama berdua, Allah beri pula berita gembira ni. Allahuakbar..
Aku memang dah berniat, cukup je setahun kahwin aku nak all-out usaha to concieve. Bukan nak melawan takdir atau perancangan Allah, cuma mengambilkira faktor umur aku yang terlebih sudahhh berbanding umur Tonjer aku plus family history yang macam-macam.
Sejak mula kahwin aku dah amalkan makan acid folic (jenama Appeton, beli kat Guardian je). Komited. Genap je setahun, aku pegi buat scan perut kat klinik untuk check basic-basic jer kot ada fibroid ke, cyst ke. Alhamdulillah doktor kata, tak ada yang luar biasa, nampak sihat dan baik. Cuma doktor kata rahim aku nampak jatuh dan dia suggest berurut. Lepas tu aku berurut badan plus perut.
Tak lama lepas tu, aku lewat period 5 hari which is memang biasa macamtu. Bila bagitau suami aku, dia kata aku terlalu berharap sangat dan banyak fikir dan akhirnya aku kecewa sendiri hahahaa! Tapi, mungkin Allah dah campakkan naluri seorang ibu tu, aku buat jugak pregnancy test diam-diam.
Pagi tu, masa nak solat subuh aku pun test ah. Amboooiii. Kemain laju lagi keluar satu line. Huuuhuuu. Tapi aku memang dah mind-set, apapun, positif jer. Ni semua urusan Allah. Aku punya part ialah USAHA. Ntah kenapa, benda alah tu aku tak buang. Aku letak atas sink dengan plastik-plastik sekali.
Lepas solat, aku pun sambung tido (jangan tiru). Pastu masa nak mandi pergi kerja, aku pun nak buanglah test kit tu sambil merenung kali terakhir.....what the what the? Ada satu line samar-samar naik. Ini memang luar biasa! Hihiii. Waaahhhh..menangis kesyukuran masa tu sebab rasa ada peluang ni mengandung..takpe-takpe, nanti kita pegi klinik untuk sahkan..
Pagi tu jugak aku pegi klinik. Doktor buat UPT sekali lagi dan Alhamdulillah doktor kata 'Awak mengandung 5 minggu'.....
...bersambung gitu....
Comments