Rezeki Pinjaman Allah - Scan 4D

Assalamualaikum.

Holaaaa!!

Semasa aku tulis ni 3/3/2016, alhamdulillah baby dah nak masuk 28weeks ++ . Syukur Ya Allah. Terima kasih atas kesihatan diri ini dan anak.

So, masa baby genap 28weeks hari tu, aku dan suami pegi buat 4d scanning. Sebenarnya tak compulsory pun 4d scan ni, tapi sekali dalam tempoh kehamilan, eloklah kita buat detail scanning untuk pre-caution ke apa. Masa ni, kita akan nampak abnormality (nauzubillah min zalik) atau kita perlukan apa-apa plan khas untuk delivery. Contoh, uri kat bawah dah kena plan untuk czer dan lain-lain kemungkinan lagi.

Aku buat 4d scan ni kat UMRA Medical Centre, Seksyen 13, Shah Alam. Akhirnya, lepas mempertimbangkan pelbagai perkara aku decide nak bersalin kat sini. Tau je lah, plan nak bersalin pun macam-macam cadangan yang timbul. Kejap kat Melaka lah, kat Muar lah. Insyaallah, anak Selangor lah ni. Hihiii. Semoga Allah permudahkan.

Balik dari kampung hari tu, dalam pukul 2 petang sampai UMRA. Lepas register semua, menunggulah kami agak lama jugak petang tu sebab juruscan masuk lewat sikit katanya. Bila sampai turn, dalam bilik tu ada sorang juruscan perempuan dan seorang chinese lady yang rasanya supervisor dia kot. Bagi aku, selesalah macamtu as long as yang scan tu perempuan.

Perasaan hati ni Allah je yang tau bila kita dimaklumkan baby sihat, baby ok, baby aktif, semua ok dan moment yang indah dapat tengok muka baby! Allahuakbar...sayu rasa..nak pulak aku perasan muka baby macam aku hihii. Tapi ayah dia claim baby hensem macam dia..hahahaa! Takpelah, asalkan sihat..

Lepas siap scan, diorang bagi 1 cd dan lepas tu masuk jumpa doktor pulak. So, dengan doktor, kita tanyalah apa nak tanya dan doktor well-explain everything dan rasa satisfied sangat.

Keluar dari bilik doktor, muka ada senyum. Hihii.

Terima kasih Ya Allah...terima kasih suami..terima kasih Mak..terima kasih semuanya..

Doakan ye. :)

ps - Kos 4d scan di UMRA  masa aku pegi tu ialah RM210.00

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang