Gentle Birth, Doula, Hospital Shah Alam - Pengalaman Sendiri

Assalamualaikum.

Semalam entah kenapa, tergerak hati nak search pasal gentle birth. Al-maklum sejak berkecimpung dalam dunia essential oils ni, kepercayaan bahawa the oils can contribute to your body and mind wellness tu semakin mencanak tinggi. Hihiii. Pastu pulak dengar experience leader yang bersalin cara gentlebirth plus guna essential oils, tak de perineum tears, takde traumatize, smooth delivery kita pun teringinnnnn jugak kan.

Pastu dalam search tu jumpalah case bersalin kat Hospital Shah Alam yang katanya tak ikut birth plan maka mengamuklah doula nya (claimed as chilbirth consultant giteww). Pastu kita ni as mantan penetap wad bersalin dan labor room Hospital Shah Alam pada 23-26 Mei 2016 haruslah tampil menyangkal apa yang tak betul kan pasal Hospital yang berjasa kepada kita tu! 

Okay, first of all. Nak gentle birth ke hapa search lah dulu hospital mana kat Malaysia ni yang support and ada kemudahan gentle birth. Dah kalau kau terjah hospital Melaka, nak teman isteri bersalin kat labor room tak dapat kalau sang suami tak pergi kursus dulu yer. Please, please do some research time boring-boring malas buat kerja kat ofis tu. Selalunya, yang support gentle birth ni ialah hospital swasta. Tapi macam hospital kerajaan dia boleh bincang birth plan kita but tak semuanya depa boleh agree sebab dah tertakluk dengan SOP hospital. Kalau banyak nau permintaan, sila homebirth at your own risk. šŸ˜”

Nak cakap gak pasal homebirth ni tapi lain kali lah. Kita sembang gentle birth dulu ok.

Ni apa yang diadukan doula tu.


1) Dah nak beranak baru nak bagi birth plan? Ingat time nak sambut nyawa tu nurse doktor semua baru nak hadam plan kau yang macam-macam tu?

2) Masa aku nak bersalin hari tu, memang tiba-tiba jer ramai nurse datang bagi moral support. Time tu, suami ada pun kita nampak tak nampak jer. Sebab? Suami kita pun tak tahu nak cakap apa kecuali gosok kepala, pegang tangan dan suruh bersabar. Huhuu. Yang best, semua nurse dan doktor tu perempuan. Suami kita jer lelaki. Hahaaa! So memang tak rasa terganggu atau apa. 

3) Yes, aku pun kena tekan perut. Tapi lepas sejam proses nak melahirkan tu tak der bayang anak nak keluar. Bukannya nurse tekan perut sampai senak. Dia cuma tolak perut ke kiri dam kanan untuk bantu baby gerak keluar I guess. Dan bukan semua nurse panjat tekan perut. Sorang jer. šŸ˜

4) Masa kat labor room tu nurse yang ajar bila rasa sakit baru push. Yes, salah aku tak ambik tau pasal ni sebelum bersalin. And salah aku jugak tak pegi mana-mana kelas persediaan sebelum bersalin so memang tak tahu teknik breathing tu semua. Aku bantai push jer pakat nak keluarkan baby sampai habis tenaga. Huhuu. Nurse layankan aja laa. Tu pun nak salahkan nurse dengan doktor? Mana tanggungjawab kita sebagai bakal ibu dan bapa? Tak nak ambik tahu langsung pasal breathing technique ni semua? So, kalau dia claim nurse asik suruh push jer, tak salah nurse tu 100% sebab dia cuma boleh baca gerak muka kita jer. Tengok macam sakit, dia ingat contraction so dia suruh push la. Kot kannnn.

So bagi aku, memang proses bersalin tu akan mudah kalau kita tahu cara yang betul. Kalau nak demand birth plan kat hospital kerajaan macam Hospital Shah Alam tu kau kena lah tau kekangan pihak sana. Contoh, nak layan moment-moment kau menikmati contraction dengan dim light dan alunan music, nak kau bebas bergerak di dalam labor room, tak nak bersalin posisi baring nak mencangkung ke apa, pihak hospital kena buat PERSEDIAAN AWAL. Kalau perlu maybe kena bentang dalam kabinet dan jadi usul dalam PRU supaya semua hospital dilengkapi dengan peralatan dan fasiliti gentle birth. Gitew. Logik kan?

Semakin aku google, makin aku jumpa sharing pasal gentle birth even home birth dengan doula. Makin aku takut. Banyaknya ada hidden agenda sendiri contohnya tak nak anak divaksin (ni dah isu global lain pulak) Aku ni anak demam pun dah menggelupo. Ini kan nak bersalin tanpa assistance pihak yang pakar dalam bidangnya. Yes, orang boleh kata bersalin kat hospital tu ada yang tak selamat, apa lah sangat pakarnya ye tak? But still, kita usaha yang terbaik dan paling selamat untuk diri sendiri dan anak kan. Apapun kena ingat, ALLAH SWT yang izinkan segalanya berlaku untuk kita. kun fayakun. 

Kita berusaha, Allah SWT menentukan. 

ps - Ni anak nak masuk dua baru terhegeh-hegeh nak belajar breathing technique. Hihiii. Aku lettewwww.                                                                        



Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang