Sejarah Bos-Bos Yang Baik _ Entry Jumaat

Assalamualaikum!

Sempena hari Jumaat ni kita cerita benda-benda yang baik aja okay.
Lagipun bagus kita kenang kebaikan orang berbanding kita cerita keburukan dia jer. Heheh.

Kiranya aku ni kan sejak mula kerja sentiasa berezeki mendapat bos yang baik.

Aku mula-mula kerja lepas habis Diploma. Sejurus habis jer terus dilamar oleh PA company tempat aku practical. Haaa tu baru la betul adik-adik..hihiii. Maknanya masa practical kebongakan kau tak nampak sangat. Pandai-pandai la cover. Hahahaaa! 

Aku kerja dengan MN Associates (company property valuation dan real estate) untuk gantikan PA bos yang cuti bersalin. Bos aku tu lelaki. Bos kat situ pun bukan orang lain, lecturer aku gak. Arwah dah dia. Beliau ni memang seorang yang tegas la sebab takde orang berani bercakap dengan dia kecuali PA dia dan sorang valuer senior yang kepala angin. Hahaa! Kelakar tau masa kerja kat sana. Sebenarnya aku banyak buat onar. Contoh, aku tumpahkan satu mangkuk kuah laksa atas karpet ofis. Ko rasa? Pastu aku rosakkan mesin shredder bos sebab masukkan kad raya. Hahaaa! Tapi tempoh 3 bulan aku kerja kat sana memang pengalaman yang sangat best! Priceless! Aku belajar jadi berani dan yakin diri masa kat sana. Gila kau kalau jadi PA bos tapi kecut jer. Mesti berani bercakap dengan semua termasuk senior officer pasal hal pentadbiran pejabat. Pasal gaji, pasal mileage claim, pasal cuti yang tak approve. Hahaaa! Main ayat semua ni. Thank you MN Associates!

Selepas tu habis jer pantang PA tu, bos aku offer jadi kerani kat situ terus. Tapi aku tolak sebab partner bos aku tu bukak company kat building yang sama. Dia offer kat aku kerja jadi Asisstant Valuation Officer (AVO) merangkap kerani. Company dia nama Fadzilah&Fikri Sdn. Bhd. Aku pun setuju. Kali ni bos aku perempuan. Bos aku ni tahap baik dia, kitorang boleh pegi makan sama-sama. Paling baik, masa aku pindah rumah dia bagi aku peti ais. Ko ada? Peti ais tu dia punya tapi gila sapa baik hati nak bagi peti ais kat staf? Hahaa! Bos aku ni tak cerewet mana lah, manageable. And dia punya ciri ibu-ibu tu memang comfort kita masa bekerja. Jodoh aku tak panjang dengan dia dalam 2 tahun kot sebab lepas aku dapat kerja AVO juga dekat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Masa aku beritahu dia tu, dia cakap, pergilah sebab kat sana better offer. Lagipun dia tak nak sekat kemajuan aku. Huhuu.

Aku pun kerja kat MAIS lepas tu. Bos aku perempuan. Kat sini lah aku kerja paling lama. Terlalu banyak kenangan kat sini. Hampir 9 tahun aku kerja dengan bos yang sama. Yes, sama. Sampai tahap aku sayang dia. Huhuuuu. Dia bukan saja seorang bos, tapi dah macam seorang kakak. Kalau korang nak membawang, tengok entry aku zaman dulu boleh faham tahap keakraban kitorang. Sampai ada orang dengki lah senang cerita. Padahal dia tak tahu apa yang kitorang lalui sebagai bos dan pekerja sehingga 'trust' tu bawak kitaorang ke tahap paling tinggi macam adik-beradik. Ni bukan cerita bodek-bodek bos derr. Tak dapattt. Hahaa! Bos aku ni garang, tau. Hahaa!

Dengan bos aku yang ni terlalu banyak benda aku belajar. Paling aku rindu dia ammend surat aku. Senang cerita tiap kali bagi surat, satu surat kena ammend! Hahahaaa! Rindu aku nak stayback sampai malam sebab siapkan folder Mesyuarat Pelaburan. Paling aku touching, ada kes kitorang handle abandoned project, time tu ramai buyer mengamuk-ngamuk siap ada nak body contact pastu bos aku yang perempuan ni siap hadang kitorang cakap 'jangan sentuh staf saya!' Aku time tu dah kecut perut rasa nak terkencing tapi respect keberanian bos aku. Dalam banyak hal, pertumbuhan department kitorang dia yang banyak buat dan pertahankan kat top management. Hmmm. Tapi tu lah, kadang-kadang dalam hidup seseorang semua benda yang baik tu tak cukup membahagiakan. Mesti nak dengki. Aku buat keputusan paling besar dalam hidup aku bila aku tinggalkan semua yang aku selesa dan sayang demi persahabatan aku dengan dia. Terlalu ramai kawan-kawan yang aku sayang kat sana. Bukan kawan, lebih kepada adik-beradik. :(

Aku berenti hujung tahun 2012 untuk datang kerja kat tempat aku sekarang.

Yes, dia memang tak setuju. Tapi aku selalu fikirkan dia. Takpelah, aku start from the scratch. Masa tu aku niat HIJRAH. Hijrah segala-galanya. Dengan restu arwah Mak masa tu, aku datang Melaka. Tempat asing, kawan asing, genre kerja asing. Sendiri. Gaji pun mula dari bawah balik. Ko kira la gaji aku dah berapa kalau 9 tahun kerja. Dah boleh beli kereta sendiri time tu.

Tapi masih rezeki aku, datang Melaka first bos aku lelaki. Pun baik. Dia uruskan tempat tinggal sementara aku sebab aku tak dapat cari rumah sewa. Tapi tak lama lepas tu kami dapat bos baru pulak. Pun lelaki agak berumur sikit. Lagi sempoi baik. Siap masa aku mengandung aku jumpa dia, aku cakap 'Tuan, saya mengandung ni asik rasa nak tido jer. Macam mana tuan? Boleh tido kat surau tak?' Dia kata 'Ko balik tido kat rumah ja. Takpa.' Ni ko nak kata takde kebajikan? Hahaaa! (Rumah aku dalam kampus jer) Dengan bos yang ni kalau dia marah, kitorang memang merajuk sekejap. Tapi lepas 5 saat mesti dia selamba jer panggil aku balik. Hahahaa! Masa dia bertukar, aku siap nangis mintak maaf kat dia (banyak dosa kannn) tapi dia buat perangai pulak sebab dia pun nangis sama! Hahaaa! Untungla orang kat Perak nun dapat bos aku tu. Super sempoii.

Bos yang sekarang. Lelaki jugak. Aku takde apa-apa nak komen. Hahahahaaa!

ps - Aku rasa jiwa aku lebih dekat dengan bos perempuan. Fuhh! Perempuan. (jari kat mulut cam Sajat)


Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.