Mango Float Royal Melaka, Laksa Telur Sarang
Assalamualaikum!
Minggu lepas, asik fikir laksa jer siang malam. Nak buat sendiri memang tak lah..hahahaa!
Dasar pemalas khennn..belum ada kesungguhan dan kerajinan lagi..pastu tengah duduk berdua jer dengan anak, lagi lah alasan nak makan apa pun pi beli jer..heeeeee
Apalagi, google jer lah kan. Sekali google keluar laksa telur sarang pulak..ahhh sudahhh..
Makanya, Sabtu lepas balik visit FIL kat Hospital Muar terus pegi ke Mango Float Royal ni sebab kat situ ada jual laksa telur sarang. Ikut waze, tak jauh pun dalam 38 minit dah sampai. Ntah lalu celah bedah mana waze bawak, tau-tau jer sampai...heeee
Sampai time tu dalam pukul 3 lebih camtu. Parking tak susah sangat sebab ada abang RELA. Cuma time tu ada konvoi moto besar so agak congested sikit. Orang is ramaiiiii tapi service is tip top!
Macam Mango Float tu, diorang dah siap-siap pack so senang. Dekat stall mango float ada jugak stall-stall lain jual benda macam cendawan goreng, keropok lekor, churros, ayam goreng and banyak lagi lah. Tapi time tu memang ramai orang and aku pun just nak tapau je. So beli mango float dengan churros jer. Churros is not bad, sedap jugak.
Seberang stall mango float baru ada gerai laksa telur sarang. Kat stall tu pun ada jual macam-macam lagi. Ada nasik lemak, bubur, roti canai.
So aku tapau laksa and bubur untuk anak. Bagi aku, laksa is sedap! Bubur is so-so sedap! Mango float is super sedapppp!
Tu diaaaa. Laksa Telur Sarang (RM5.00) Bubur Ayam (RM3.00) dan Mango Float Royal (RM5.50)
Paduuuu beb!
Nak datang boleh waze Mango Float Royal, insyaAllah sampai. Waze tak update kaluuu, ni alamat.
Lot 950, KM8, Kampung Sungai Putat
Batu Berendam, 75350 Melaka
Waktu Operasi :
Isnin - Sabtu (12 tengahari - 6.30 petang, 8.30 malam - 11.30 malam)
Ahad (11.00 pagi - 6.00 petang)
ps - Dah 5 tahun duduk Melaka, ni baru pertama kali aku pi. Hahahaa!
Comments