Sajat, Safiey Ilias, Fara Mendoza, Gay, Pondan, Perempuan Seksi Tak Kacau Orang

Assalamualaikum.

Semalam takde kerja melayan komen netizen dekat Instagram artis (artis ke?) Fara Mendoza. Sebelum tu helloo, bukan i tekan butang search dan taip Fara Mendoza tapi gambar dia berpegangan tangan dengan pondan hijrah-kembali Safiey Ilias keluar dekat timeline search instagram yer. 

Nak jadi cerita ramai netizen komen berbaur hinaan kat gambar pegang tangan tu. Ada jugak yang menegur tanpa menghina. Tapi yang menarik minat aku ialah respon-respon yang macam ni.

"Kalau nak tegur DM lah dia."
"Tak tahu adab ke nak tegur ahli maksiat"
"Sukahati dia la nak buat apa, ada pakai duit ko ke"
"Sapa tak suka boleh unfollow"
"Dia pakai seksi pun tak kacau ko, biarlah itu life dia"
"Masuk rumah orang, tuan rumah tak pakai tak pakai baju, bukan kita suruh dia pakai baju, kita yang kena keluar"

Okay, tarik nafas jap. Yang banyak komennya pun aku tengok sama rata. Ada dari mulut si tua bangka, ada dari mulut yang baru nak up.

Ni, nak tanya.

1) Depa ni tayang benda tak elok kat public, open comment, tetiba nak DM? Jadah meh? Ingat nak order barang?

2) Bagitau sikit apa adab tegur ahli maksiat? Setahu aku dalam Islam ada adab-adab menegur jer. Takde pulak ada kategori tegur ahli maksiat, ahli syurga, ahli neraka, ahli jawatankuasa ke apa. 

3) Memang perbuatan dia tak pakai duit kita sesen pun, tapi kesan perbuatan dia, pengaruh perbuatan dia kalau menyerap dalam otak anak-anak baru nak up, sesen pun tak guna tau. 

4) Sapa yang nak follow artis sendu? Tak follow pun, account depa open to public sebab depa hidup dengan publisiti.

5) Memang life dia tak kacau kita. Tapi kalau dah benda mungkar berlaku depan mata, Allah nak turunkan bala bukan atas kepala batu jemala patik dia jer tau? Pernah dengar tsunami? Gempa bumi? Tanah runtuh? Bangunan runtuh? Ribut taufan? Tahu kisah zaman Nabi yang Allah turunkan bala kepada seluruh kaumnya atas kemungkaran yang dibuat? Ambil lah iktibar, dan takutlah atas azab Allah, dik.

6) Eh. Duduk dalam rumah pun ada adab tau. Jangan ingat kita boleh berbogel sepanjang hari sebab dalam rumah sendiri, kita punya suka. Ada batas aurat sesama Islam tau. Nak berjimak pun ada adab inikan pula nak terima kedatangan tetamu. Hilang akal ke apa semua nak pukul rata. 

Kadang tu, aku hilang sabar jugak dengan fenomena kat Malaysia ni. Pondan berleluasa, netizen siap puji-puji lagi. Artis hisap dadah diberi sokongan moral bagai nak rak, artis tayang tetek kat live Bigo mintak maaf, settle. Artis pakai seksi terbelah sana sini takde kena gam ke apa. Takde langsung pengajaran kat golongan ni. Tapi bila ulama dikecam takde sapa ambik peduli. Bila penceramah agama disekat, krik-krik satu Malaysia. 

Aku tahu blog ni sendu. Tapi takpe, mana yang baca, harap bermanfaat lah mana yang baik tu. 

Kita kena ingat :

Setiap manusia tidak lari dari kesilapan. Kita disyariatkan untuk tegur-menegur antara satu sama lain.

Jika berlakunya kemungkaran dalam masyarakat, kita seharusnya menegah. Rasulullah SAW bersabda "Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya" - Riwayat Al-Bukhari

Dari Abu Sa'id Al-Khudri ra berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Siapa yang melihat kemungkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu rubahlah denganlisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemah iman"

And aku setuju dengan point pasal dakwah ni dari tulisan Ustaz Adnin Roslan. Boleh baca website dia kat sini

Point dia :

1) Dakwah tu memang akan buat orang terasa. Kita tegur cara lembut ke, tegas ke orang akan tetap terasa. Orang beriman akan ambik manfaat dari teguran, orang kafir takkan terima teguran dan orang munafik akan pura-pura terima tapi hati menolak dan lepastu kutuk belakang.

2) Dakwah pasti ada tentangan.

3) Dakwah membuatkan kita akan hilang kawan.

4) Tak semua orang akan terima dakwah kita.

5) Dakwah tu hukumnya WAJIB. Layak tak layak itu isu lain. Jika kita Islam, maka kita layak untuk dakwah. Zaman Nabi seorang peminum arak pernah beri teguran kepada sahabat. Bila sahabat mempersoalkan, Nabi kata, lihat pada kebenaran tegurannya bukan pada dirinya. Lebih kurang begitu. Wallahualam.

*********************************************************************************

Habis bab dakwah.
Aku harap aku dah jalankan tanggungjawab menegur sesama Islam. Aku tidak lemah dan berdiam diri kepada kemungkaran di depan mata. 

Sebab aku ada anak kecik dan aku selalu berfikir, macam mana lah anak aku akan hidup di masa akan datang? Aku tak mampu kawal apa yang anak aku dengar, tengok. 

Orang boleh pilih takde tivi kat rumah, takde internet. Tak bagi anak gajet dan everything. Tapi tahap mana kita boleh sekat curiousity dalam diri anak? Tahap mana kita boleh sekat kebebasan anak berkawan?

Aku dengan kerja aku sekarang, bergelumang dengan masalah sosial remaja. Dadah, sex bebas, hubungan sejenis. Aku sampai tak boleh hadam macam mana anak-anak ni rosak? Mak bapak orang baik-baik. Budak-budak ni pandai dalam pelajaran. Nauzubillah min zalik.

Aku ada tengok satu cerita ni kat HBO dulu. Tajuk dia Captain Fantastic.
Cerita pasal single father ni besarkan anak dalam hutan, tak campur orang. Home school. Takde technology, semua back to nature. Ajar anak survival.

Yes, memang anak boleh hidup. Tapi anak tak boleh adapt dengan life kat dunia sebenar.

Akhirnya bapak dia give up jugak sebab nilai hidup yang dia ajar pada anak dia, tak bantu anak berfikir secara rasional. Dan dia jugak tak dapat sekat keinginan anak nak berkawan dan bercinta. Pendek kata itu semua fitrah manusia.

This is my BIG WHY, WHY I DO CARE.

ps - Semoga PRU akan datang ada perubahan dalam pentadbiran kerajaan. Eh, Tetiba. Tapi relevan kan. Ada kuasa, semua boleh jadi.


Ni cerita Captain Fantastic tu. Best, sedih pun ada.

Comments

Angah said…
kan...tak faham betul, berseksi bermaksiat open public..tapi sentap bila di tegur.. semoga Allah memberi mereka dan kita juga hidayaNya
..nOWa.. said…
betul tu angah..kita menegur bukan sebab kita sempurna tapi untuk mengingatkan diri kita dan keluarga kita juga..

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.