hari sendi sakit sedunia

Assalamualaikum!

Smalam lepas balik reunion kaum ibu bapa dan anak dara hampir lanjut usia, aku lepak2 kat rumah..
Time tu dah pukul 4 petang lebih sikit..aku memaksa diri membaca semua paper ahad yg ada..nak termuntah rasanya tapi aku gagahkan juga..satu kepuasan kalau dapat baca suratkhabar walaupun sekadar tajuknya saja..

Tiba2..tak ada apa pun..sekadar sahabat gersangku meng sms..lebih kurang begini..
Dia : Buat apa kah? Aku kebosanan di sini..
Aku : Aku pun..terkulat2 sendirian..jom joging?
Dia : Jom!
Aku : Baiklah, aku buat warming up dulu..jangan berpakaian terlalu seksi kerana figure kita masih belum mencapai spesifikasi yang sepatutnya..aku sempat berpesan..sebenarnya aku tidak mahu dia terlalu menonjol daripada aku..akan lebih ketara perbezaan kami nanti..dia akan lebih mudah menutup peluang aku terhadap prospek2 aku yg berkeliaran di tasik tu nanti..


Secara kesimpulannya, banyak peluh yang berjaya dikeluarkan..teringat masa training kadet dulu bila sorang kawan aku yang kuat berpeluh dipanggil 'budak respirasi'..apakah kaitannya ya? aku pung tak tahu..

Kami cuma berlari2 anak saja..satu pusingan saja berjaya dihabiskan berbanding abang gagah yang balik2 wajah dia saja yang kami jumpa..hampir 5 kali lah..biarpun ciri2 gagah itu memang idaman tetapi gaya larian nya yang kengkang telah spoilt spesifikasi yang kami tetapkan..

Tak lupa juga ramai pasangan yang berlari di tasik tersebut..ada yang bekerja sederhana keras (berjalan laju sambil menikmati pemandangan) kerana kedua-duanya mempunyai BMI bawah 23..ada juga yang bekerja keras (berlari dengan bersungguh2, peginya tidak) kerana kedua-duanya mengalami water retention (aku agak sopan di sini kerana memahami ya..)

Walau pun, timbul sedikit kedengkian di mata kami berdua melihat kemesraan para pasangan ini namun kami berasa sedikit insaf bila terserempak kakak yang tadinya berlari mesra bersama pasangannya telah tercicir 1 batu di belakang pasangannya..mungkin tempo mereka tak setara..bersabarlah wahai kakak..mungkin kakak perlu tingkatkan usaha..

Aktiviti kami dihabiskan dengan membuat sit up sedas dua dan berjalan lenggang kangkung balik rumah..dalam perjalanan balik kami dingurat oleh sekumpulan budak sekolah yang menawar diri untuk ikut kami balik..mengenangkan mereka budak2 bawah umur, kitorang pandang sebelah mata saja..(antara spesifikasi kami = berumur,dah tamat sekolah, gagah, berpeluh, rock bertawadduk dan tidak kengkang semasa berlari)..


Banyak faedah yang boleh didapati daripada aktiviti berjoging nih..selain berpeluh, banyak juga pemandangan yang indah terutama jejaka tampan yang gagah mahupun yang kurang tampan berlari umpama jaguh..(aku rasa tumbesaran aku normal..suka melihat keindahan alam)..kalau rasa tidak larat berlari, berjalan pun boleh..tiada paksaan di sini..yang penting makes your heart pumping faster than usual!

Sebelum ada pihak yang tertekan kerana joging bukan sukan pilihan, aku juga mencadangkan berenang..antara senaman yang terbaik..jika masih juga tidak menarik, poco2 juga berkesan untuk jantung anda..anda pasti sukakannya!

Sebelum naik ke rumah, kami tapau mee goreng (share 2 org) dan teh o ais limau untuk dibalun bersama bagi mencipta kembali rangkaian lemak dalam badan yang berfungsi sebagai penebat haba..

Pagi ini, bila bangun tido semua sendi2 aku sakit dan sengal..al-maklumlah, dah setahun lebih tidak berjoging..

Bila kali terakhir anda berjoging?

What say you? =)

Comments

Anonymous said…
baru je heboh pasal wabak penyakit binatang haram*jadah tewww.. salammms
Hunny said…
Salam Nowa,

Jawapannya.. aku pun tak tahu..
..nOWa.. said…
aza- owh! thanks..run LoLa runn..run from me..huahuaaa

kak hani - u did poco2 recently kan..that's gud..jgn lupa our date next class ya.. =)

to yginsaf a.k.a me - salam..terima kasih krn sudi membaca blog yg tak seberapa ini..sila beri tunjuk ajar..haittt...=)

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.