Cerita Pukul 12 Malam. Jaga Jaga....

Assalamualaikum!

Seram tak tajuk? Tak ada kaitan pun. Ingat senang ke nak tulis tajuk. Tau takpe.

Tadi siang blogwalking. Yang sebenarnya aku paling suka pegi blog2 tunjuk makanan. Pastu baik hati siap ajar macam mana nak masak mcmtu. Bagus ah! Jadi aku pun terancam. Maka dengan pengalaman bertahun2 memanaskan kuali, menghidupkan suis cerek elektrik dengan mata tertutup dan menyukat air dalam periuk nasi menggunakan kaedah panjang jari serta dorongan dari teman sepermakanan makanya, pada bila2 masa yang aku suka (ayat mengongkong) aku akan letakkan gambar2 hasil air tangan dan air hidung aku (jijik weh.) kat sini. Setuju tak? Tak setuju maknanya dengki. Huahuahua.

Aku dah pikir dah, tajuk entri tu haruslah bersiri kan sebab nak buktikan yang dapur aku ni sentiasa berasap aku kerjakan. Tapi takder idea plak apa tajuk besar dia. Something like 'Air Tangan Ke-1..' atau 'Terpotong Jari No.1..'. Ah, susahlah. Siapa ada idea, boleh derma.

Dengan tak berlengah lagi, aku mempersembahkan menu pertama.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaaaaa!!
Ini ayer bukan sebarang ayer. Air tapisan pemeringkatan 20 kali, halalan toyyiba dan tulen, bangg. Kaedah nak minum air ni ramuan utama dia ialah kesabaran kerana ia menjana air yang amat halus dan perlahan dari pili dan pembayaran ansuran bulanan tanpa gagal adalah rahsia utama. Rasanya? Plain gitu. Sudah! Cukup pasal ini.

Ingin memperkenalkan...
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaa!!
Nama pokok ni aku pun tak tahu. (Ececeh. Promo tagline). Betul, tak tahu. Ini pokok, bekas kekasih gelap aku yang belikan. Rasanya pokok ni dah 3 tahun lebih aku siram2. Walaupun tiada lagi hubungan intim akan tetapi tanggungjawab memelihara pokok ini aku tetap jalankan jugak. Tanpa nafkah air siraman dan buntil2 jeli. Yang menariknya pasal pokok ni ialah putik baru (yang kanan) akan tumbuh setiap kali aku gembira dalam percintaan. Hahahaa!! Bunyi macam bidaah tapi mungkin kebetulan. Ada la 3,4 kali keluar putik tu (terserlah aku punya playgirl, hahahaha!) tapi tak sempat jadi daun mesti mati. Memang obvious lah sebab dia tumbuh menjulur tinggi. 3, 4 hari lepas tiba2 dia tumbuh. Tapi di manakah sang jejaka itu? Tak ada pung. Sah bidaah.

Dan yang peneman di kala sunyi..
.
.
.
Pastikan cap Pinggan.
  
*ps - Esok nak masak lempeng. Sapa tak tau lempeng sila lempang diri sendiri.

Comments

ana said…
argghhh...mana makanan yg dimasak nye?
..nOWa.. said…
next time la kak ana..hihiii
..nOWa.. said…
sayrah : i masak tawww, cuma tak dapat dibuktikan saja..next dishes i upload okes! :)

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.