Hey! Mulut Siapa Yang Busuk?

Assalamualaikum!

Kalau kita dijemput ke majlis orang, tak kira lah majlis cukur jambul ke, akad nikah ke, berkhatan ke, pecah tanah ke, dan kambus tanah ke, mesti ada si mulut busuk. Ni contoh :

1) Makan kenduri

' Isy, masin la lauk ni. Ha, yang ni okayla, Yang tu pedas sikit'
- Helloo..makan la apa yang ada seadanya.. itu rezeki kita pada hari tu, jadi bersyukurlah pada Allah..lagi pun kehadiran kita dijemput untuk memeriahkan majlis dan sampaikan hajat tuan rumah nak bersedekah makan, bukan untuk jadi pengadil masakan cam 'hell kitchen'..dah tu cantek jer komplen sambil jilat2 jari..nak lagi up, komplen depan tuan rumah..jikalau anda kategori begitu, anda patut makan bawah meja...



2) Tengok penunang (?) atau pengantin

'E'eh, nko pakai bedak apa ni, cam tepung gomak jer. Apsal ko tak buat sanggul unta heh, tu trend sekarang, nok. Kaler baju ko ni saper pilih, kalau letak labuci lagi naik nkoo..Eh, apasal ko pakai bulu mata palsu ni, macam mata unta kooo..
- Helloo. Suka hati la nak pakai macam mana nak make-up macam mana pun. Kot2 itu fairy tales dia? Ataupun kot2 mak dia yang teringin nak tengok anak dia rupa tu sebab dulu2 mak dia tak dapat? Cantik jer komplen depan pengantin, tak ke sayu dibuatnya? Nak lagi up komplen depan mak andam..kena conteng muka tu baru padan muka...

ps * baru jumpa mulut busuk semalam, u all ada? Hahahaaa!!
* gambar sumber google

Comments

Hunny said…
Hahaha Nowa,

Patut kau tag jer si mulut busuk tu..huhuhu..
..nOWa.. said…
hahahaa!! dia kuar jer dari bilik pengantin, terus kitorang kunci pintu..padan muka tak boleh masuk..hehehhh. cet!
ana said…
suruh la dia kumur pakai listerine...hehehehe
Fuz said…
aku tak suka komplen.
aku datang nak makan, lepas makan cakap2 skit dengan tuan rumah.lepas tu balik.wakaka
Anonymous said…
hahaha...xbleh bla la....no komen...
..nOWa.. said…
kak ana - ni pesen mulut sental dengan berus dawai pun tak ilang baunya..muahahahaaa

pem (singkatan, buleh?)- cara tu kira sedang2 elok lah tu..

anon - realiti anon, realiti.....

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.