Bersangka Baik Dan Bersyukur

Assalamualaikum.

Dekat tempat aku selalu beli barang dapur ada kiosk kecik-kecik. Ada satu Pakcik tu dia jual junkfood yang nugget-nugget, sosej, fries, daging burger, keropok lekor dengan air. Memang itu je yang dia jual. Tengok dari segi umur, mungkin Pakcik ni dah pencen. 

Pakcik tu akan pakai baju chef putih, apron dengan topi chef yang tinggi tu. Rambut dia ala-ala rock jugak. Dia goreng-goreng nugget tu semua lepas tu bubuh dalam polisterin kecik. Kalau kita nak, dia akan gunting-gunting, letak sos, mayo dengan blackpepper sos. Harga 2 ringgit.

Selalunya bila aku tolak troli keluar memang akan lalu depan kedai dia. Aku mesti singgah. Aku akan beli.

Aku selalu fikir, Pakcik boleh je berehat dirumah tapi dia berniaga jugak walaupun kita tahu berapa sangatlah untung. Mungkin jugak Pakcik ni jenis tak boleh duduk diam. Jadi dia cari kerja untuk isi masa lapang. Atau memang itu kerja dia cari rezeki? 

Baru-baru ni masa aku tunggu dia gunting-gunting nugget tu, datang sorang kawan dia. Diorang sembang-sembang pasal anak. Rupanya sorang anak Pakcik ni masih belajar kat Mesir dan sorang lagi kat Moscow.

Aku rasa rendah diri sangat. Allah Maha Besar.

Allah selalu mudahkan urusan kita. Kadang-kadang Allah mudahkan urusan kita melalui orang lain. Kita pun berterima kasih pada orang tu. Tapi kita lupa berterima kasih pada Allah. Sombongnya kita ni. 

Kita selalu nampak baik orang. Tolong kita masa susah. Tak berkira dengan kita. Tapi kita lupa Allah tak pernah sakiti kita. Selalu bagi apa yang kita nak walaupun kita tak berdoa atas tikar sejadah. Riaknya kita.

Kita suka sangat bekerja. Kita suka sangat kerja kita tahap kalau Bos bagi arahan cepat-cepat kita buat. Tapi bila masuk waktu solat, kita lambat-lambatkan. Sedangkan Allah yang bagi kita kerja tu. Kalau Allah nak tarik balik nikmat kita bekerja tu sekelip mata jer.

Nauzubillah min zalik.

Ingatlah. Jangan sampai terlambat semuanya. 

ps - Nasihati diri sendiri. Aku tak mau jadi keras hati.


Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.