Kenangan Banjir Aku

Assalamualaikum.

Sebahagian rakyat Malaysia kini sedang diuji dengan bencana banjir. Semoga Allah SWT melindungi mereka semua dan mempertingkat kesabaran mereka dalam menghadapi ujian ini. 

Juga semoga Allah menggantikan yang rosak dan hilang dari mereka dengan sesuatu yang lebih baik kemudian nanti. InsyaAllah.

Seumur hidup aku, tak pernah berhadapan dengan banjir yang besar. Pernah dalam tahun tak ingat (aku Tingkatan 2) sekolah aku banjir air paras buku lali sebab hujan tak berhenti  turun. Boleh plak pegi sekolah aku time tu ye. Rajin bebeno. Masing-masing student angkat kain melebihi lutut. What the.....hahahaaa!

Paling aku tak boleh lupa insiden terperangkap dalam kereta masa banjir. Masa tu aku aktif reserve officer dekat Jalan Semarak, KL. Time tu aku study lagi kat Shah Alam. 

Hari tu pulak ada event berbuka puasa dengan VIP. Yang aku ingat, dari Shah Alam kitorang gerak dalam pukul 5 petang macam tu naik kereta senior aku. Kereta dia jenis Nissan (kalau tak silap) lama yang kategori antik jugaklah. Senior aku ni (perempuan) memang jenis brutal sikit. Kereta tu aku kategorikan agak uzur la tapi dah itu je yang ada. Hahaaa!

Dalam kereta tu kitorang bertiga, sorang lagi si Lulu. Event start pukul 7. So kitorang bajet gerak pukul 5 petang tu memang just nice lah sampai KL. Dah la aku jadi Emcee malam tu, senior aku pulak AJK Sambutan dengan si Lulu pulak tugas pembawak dulang. 

Sekali tu, sampai jer kat area Glenmarie, ada satu jalan tu air naik sebab hujan. Bukan sepanjang jalan pun, tapi adala dalam lebih kurang 50 meter jalan yang air naik tinggi. Dengan jammed lagi, semua kereta takut nak redah. Yang taiko-taiko macam Hilux ke, lori besar ke lepas la..

Ada tu pulak, kitorang semua jadi tukang tengok kereta yang 'berani mati' nak redah, betul-betul 'mati' dekat tengah banjir tu. Adoooii. 

Ni hanfon asik berbunyi jer, tanya kitorang kat mana. Mana taknya semua ada peranan penting dalam event tu tak sampai lagi. Hahaaa! Siap abang moto sebelah kereta sembang-sembang dengan senior aku bagi tips redah masa banjir. 'Masuk gear satu, lepas tu ko tekaaaaannnn je minyak jangan tukar gear.' Kata dia.........

Sampailah senior aku tu buat keputusan tekad.

Senior : Korang, kita redah yer.

Aku : Boleh ke Puan? Huhuu.

Senior : Boleh ni. Abang tu dah ajar saya tadi. We can do it! We can dooo itttt!! (senior aku ni fesyen dia memang azam selalu tinggi. Tak kira apa. Hahaa!)

AkuLulu : Ok, Come onn! Come onnnn! (Dalam hati habislah kalau tak lepas, memang malu la tolak kereta pegi tepi. Dah la pakai uniform. Haahaaa!)

Senior aku pun cilok-cilok kereta sampai ke depan. Suasana macam nak mula race. Kereta lain dah usha-usha kereta kitorang dengan pandangan 'Nak redah lettewww? Mampu keewww?' Hahaa!

Dengan kiraan 1,2,3 dan que signal dari abang moto tu, senior aku memecuttttttt dan berjaya la kitorang redah banjir tu. Poyonya kitorang lepas dah berjaya redah siap keluar kepala kat tingkap bersorak Yuhuuuuuuu! Pastu siap suruh kereta yang lagi canggih redah jugak. Nganjing la tu. Hahahaaa!!

Kitorang berjaya la sampai akhirnya tapi khidmat penting kitorang dah tak diperlukan lagi time tu sebab semua portfolio dah dibuat oleh pengganti bidan terjun. Hahaa! 




ps - Jika kau fikirkan kau boleh. Kau hampir boleh melakukan. (Betul la oii konsep lagu ni. Hihii)

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.