Bon Appetite

Assalamualaikum.

Semalam hari yang suram sesuram gigi yang sakit. Apa je lah yang boleh kita buat bila sakit gigi melainkan cepat naik angin dan kalau bercakap banyak pun air liur yang bertakung berlumba-lumba nak jatuh meleleh. Ahaii. 

Semalam hanya mampu makan instant oat tapi macam biasa mesti nak lebih-lebih selera kampungnya. Sempat juga menumis sambal ikan bilis hancur. Bajet tak perlu kunyah. Sambal haruslah yang mampu mengalirkan air mata kann. Ambik kau pagi ni berry-berry. Heeee.

Malam tadi, sambil nak divertkan mood sakit gigi sempatlah aku berangan whislist makanan kalau dah baik sakit gigi nanti. Tadaaaa!

1) The Loaf

Ni sebab aku tengok Majalah 3 malam tadi laaa. Dokumentari roti Jepun. Terus aku terbayang kesedapan roti The Loaf. Semua sedap la kat situ. Malangnya Tun M tak sudi lagi nak bukak kat Melaka ni. Come on Tun..please laaa.


2) Dominos Pizza

Yang ni aku tak dulik, baik gigi jer memang aku pegi beli. Give me chicken pepperoni, double cheese, hand toast, thinnnnnnnn crust. Ok, meleleh air liur dah.


3) Nasi Kukus Seksyen 9, Shah Alam

Kalau orang Shah Alam biasa tahu nasi kukus yang popular kat Seksyen 7 kan. Tapi my all-time favourite is dekat Seksyen 9 yang selalu ada Rojak Karim tu. Akak tu meniaga pakai payung jer. Nasik dia bagi aku yang kick ialah sambal dia. Makan memang wajib menangis punya. Lagi berjurai-jurai airmata lagi powerrrrr. Hahaaa! 

Gambar kat bawah ni aku google jer. Tapi kalau ikutkan kakak tu punya portion ada nasi, kuah kari dengan bendi, daging masak kicap, sambal airmata dengan ayam goreng rempah. Harga RM5.50. Ntah masih kah ada dia di situ? Huhuuu.. 

Ohh. nasi kukus air mata, aku rindu padamuuuu.



ps - Saiyang, nak makan apa? Heee.

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.