30DBC - Makan Apa Hari Ni
Assalamualaikum.
Hola-holaaaaa! Walahhhh..lama tak tulis. Sibuk maaaa..ingat takde kerja ke? Takde buat ada, ada buat bodowwww. Hahaaaa!
Okay, kita warming up dengan entry lite-lite gitu. Lepas ni, kalau kerajinan berganda kita bincangkan isu yang ilmiah sikit. Hahaaa!
Hari ni yang dimaksudkan ialah 9 Disember 2014. Pagi tadi aku mulakan dengan minum secawan hot chocolate cap Gano Excel. Lepas tu pura-pura bizi di pejabat sampai tak sempat nak pergi breakfast.
Tengahari, masa nak balik rumah time rehat terserempak jiran yang usahakan perniagaan kecil-kecilan, diberi pula juadah tengahari free. Alhamdulillah.
Kuay Teaw Sup Dumpling Ayam Dengan Sambal Kicap
Malam, jamah cekodok ikan bilis order dari suami yang duty dan ditutupi dengan juadah paling win iaitu Maggi Kari ditumis dengan bawang merah, bawang putih dan cili menggunakan sedikit minyak. Tambahkan air serta pecahkan telur di dalamnya. Lahaiii. Sedap wa cakap luuuu.
ps - Suami takde kat rumah bolehla masak Maggi..Hihii.
Comments
ops, letak extra bawang putih