Entry Khas

Assalamualaikum!

Terima lah sajak khas daripada aku. Untuk seseorang yang istimewa. Yang baru-baru saja hadir dalam hidup ni. 

Tajuk : How I Met You Versi Ecewah-Ecewaahh

Kawan temukan kita
Dalam telefon
Pandai-pandai la kata dia

Kenal-kenal lebih kurang
Kamu ajak jumpa -----> (ada cerita I dah up kat blog ni. Rajin cari le ye)
Boleh aja
Makan tengahari kita
First date katanya
Kamu yang mentekedarah nasik
Sedangkan I minum je..hihi

Tak lama lepas tu
Kamu terpaksa pergi
Kerja, kerja, kerja
Berpisah tak lama
2 bulan je

Dalam tempoh tu
Tak dapat berhubungan kita
Berserah saja pada yang Esa

Tapi kenapa
Hati berputik rindu
Siang malam tertanya-tanya
Adakah kamu juga begitu? -----> (kat sini boleh start ecewah-ecewahh hahahaa!)

Dari situ mula ada kepercayaan
Dan juga sikit harapan

Langkah kita semakin laju
Kita buat apa yang perlu
Keutamaan mendapatkan restu

Pertama kali Emak lihat kamu
Terus kata setuju
Atas dasar itu
Saya buka seluruh hati untuk kamu

Indahnya percaturan Ilahi
Merisik, menghantar tanda juga bertunang
Dan saya, kamu nikahi
30 Ogos 2014 yang lalu

Bermula lah hidup kita 
Sebagai suami dan isteri
Mencari serasi

Dua jiwa yang beza
Cuba untuk bersatu
Ada dugaannya
Ada cabarannya

Kamu kentut
Saya yang bau
Saya kentut
Kamu tak tahu......heeeee

Biarpun kita banyak berbeza
Saya percaya matlamat kita sama
Ingin rumahtangga yang bahagia

Biar ada kekurangan
Biar ada yang tak sempurna
Kita hanya manusia biasa

Terima kasih kepada kamu
Menerima diri ini
Tanpa syarat

Terima kasih
Atas kasih sayang dan perhatian
Atas pujuk dan bimbingan

Semoga Allah beri kamu kekuatan
Untuk membawa keluarga ini
Menyusuri jalan-jalan ke syurga

Sepertimana bekal nasik goreng 
Yang saya tidak pernah lupa untuk kamu
Begitu juga saya tidak lupa
Bekalkan doa 

Terima kasih Mama
Sakit perit lahirkan kamu
Membesarkan dan mendidik kamu
Hingga mampu memikul tanggungjawab besar ini

Menjaga dan mengasihi saya
Selama mampu kamu
Doa saya, biarlah selama-lamanya

Selamat Hari Jadi Manja
(Lantaklah tak macho)

Semoga Allah memberkati hidup kamu
Dan memberikan petunjuk serta hidayahNya
Kepada kita berdua

Sajak ni pun dah meraban panjangnya
Eloklah saya hentikan saja

Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Birthday Boy








Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang