30DBC - Sejauh Mana Pendidikan Penting Bagi Aku

Assalamualaikum

Pada aku ini sangat subjektif. Sebab apa?

Jika kau ada Diploma, adakah kau cukup pandai jaga hati dan hak orang lain?
Jika kau ada Degree, pandaikah kau hormat pada orang yang lebih tua?
Jika kau ada Master, adakah kau cukup toleransi dengan kekurangan ilmu orang lain?
Apatah lagi kalau kau ada Phd...

Arwah Ayah aku memang dah set bagi anak-anak dia pencapaian pendidikan paling rendah kami orang ialah lulus SPM. Ayah juga terapkan budaya membaca dalam family kitorang. Alhamdulillah, ada anak-anak ayah yang capai lebih tinggi dari tu atas keinginan sendiri demi ilmu. Adik aku, walaupun tak 'menjadi' kat sekolah, kalau berbual isu-isu semasa luas pengetahuan sebab dia suka membaca. 

Pada aku, ketinggian tahap pendidikan bukan penentu ketinggian ilmu dan budi. Ada yang belajar tinggi tapi tak beramal pun dengan ilmunya. Jadilah ilmu yang terperuk dan lama-lama dia lupa. 

Ada yang belajar tinggi dan bergaul dengan orang-orang berilmu, tapi dia tak beradab. Malah akhlaknya lebih rendah dari orang yang tiada kelulusan akademik.

Ada juga yang berpendidikan tinggi tapi telah mengubah dia menjadi riak dengan menghina tahap pendidikan orang lain dan terlupa orang yang menyokong dan mendidik dia rajin belajar adalah ibu bapa yang kelulusannya hanyalah setakat darjah 3. 

Nauzubillah min zalik.

Yang penting bagi aku ialah menyeimbangkan pendidikan dunia dan akhirat. Ilmu dunia perlu terus dicari dan jika mampu, pergilah ke peringkat paling tinggi for the sake of ilmu bukan sebab yang lain.

Dalam kita mengejar pengiktirafan dunia, jangan lupa selalu belajar nilai untuk hidup di akhirat.

Dengarlah apa yang dikata, bukan siapa yang mengatakan.

Wallahualam.

ps - Semoga cita-cita aku tercapai satu hari nanti. Insyaallah, aamiin.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang