Posts

Ucapan Untuk Od.

Image
Assalamualaikum. Od, apa khabar ye. Ntahkan Od baca ke tak blog kita ni. Tapi kita kan dah lantik Od sebagai penasihat blog ni. Tak kanlah Od nak makan gaji buta pada kita? Nama pun gaji buta kan, jangan harap kita keluar duit bayar gaji Od. Heeeeeeee. Kita yakin Od bersemangat malah maintain jer kurus macam masa kita tinggalkan Od dulu. Maklumlah hari bahagia Od semakin hampir. Tak lama jer lagi. Mesti berdebar-debar kan? Padan muka kau Od. Hahahaaa! Buat pengetahuan Od, foundation Mary Kay yang Od bagi kita dulu BARU je habis semalam. Tu pun lepas kita ketuk-ketuk, habis sungguh. Hebat kan Mary Kay? Padahal kita pakai hari-hari dari sejak Od bagi dulu. So, bila dah habis ni, makin menguatkan ingatan kita pada Od. Rupa-rupanya dah masanya kita beli foundation yang baru. Huuuuuu. Lepasni tak tahu lah Od akan jadi ahli yang aktif ke tak dalam grup wassap. Maklumlah, nanti Od akan sandang title 'orang baru kawin'. Kita confirm Od sibuk dan letih. O em ji. +_= ...

Soto Mat.

Image
Assalamualaikum. First of all, of second, of third, aku selalu share benda yang aku masak ni bukanlah nak kata aku terel memasak ke apa..tapi sebenarnya lebih menjurus ke arah nak simpan resepi. Sebab kadang-kadang aku bukak balik blog sebab lupa dah acaner aku masak. Hahahaa! Lagi pun, semua resepi bukan aku cipta pun, semua tengok orang lain punya. Sooooo, sooo, sooooo janganlah nak mengata ke apa okay. Just in case nak mengutuk lah..heeeeeee. Hari tu Mak bekal punya banyak ketupat segera so apa lagi kan. Nak buat kuah kacang tak reti. Kita buat soto je lah. Pun tak reti gak buat. Google je lah apa lagi. Hahaaa failed.. Aku ambik resepi soto tu dari blog Kakak Azlita  and that resepi Kak Azlita olah dari resepi Abang Mat . Tu yang jadi resepi Soto Mat tu. Hahaaa! Thank you otai-otai  blogger memasak ni.  Bahan Kuah Soto 1) Aku guna secukupnya bahagian ayam kegemaran Ebob aku. Dah kalau tidak sapa nak makan kan. 2) Sebatang serai. 3) Sedikit...

Lailaiilaiiiii Kupang Masak Berlado Pedas Sampai Bibir Tebal

Image
Assalamualaikum. Sebenarnya selama ni aku jarang-jarang jer makan spesies kupang ni. Selalunya makan kerang jer. Tapi aku telah jatuh cinta kepada kupang selaras jatuh cintanya aku kepada Tonjer aku menader-menader tu. Ahakss! Sebab dekat rumah dia lah (masa belum kawin, rumah Mama) aku mula makan kupang ni.  Ingat lagi masa tu kitorang baru bertunang, aku singgah rumah Mama and time tu aku puasa. Mama jamu aku berbuka makan bubur nasi dengan sambal kupang meletup pedas. Perghhhhhh. Walaupun mengalir air mata tapi memang tak boleh berenti makan! Tak dan dah nak sorok-sorok tabiat kuat melantak tu depan bakal mertua. Well, my parent in law kalau masak memang mesti pedas ok. Sapa yang nak rasa kena cili mulut tu meh laaa. Hihiii. Gurauuuuuuu. Rupanya dekat Melaka kupang ni bersepah, kat Selangor teramatlah susah nak dapat. Ini di sahkan oleh Mak aku sebab kalau dia turun Melaka mesti tapau beli kupang. Walaupun aku tak boleh beat sambal kupang masakan mertuaku, tapi re...

Akhirnya...MH370

Assalamualaikum. Aku bukanlah pakar aviation, geologist, pengkaji sains politik, pakar teori konspirasi or whatsoever expert kerana aku hanyalah rakyat biasa je dan seorang Mak Guard. Mengikuti perkembangan kehilangan MH370 sehingga ke hari ni, akal dan hati aku tidaklah sampai ke tahap menerima kehilangan kapal ini di tengah lautan Hindi, lautan yang paling sunyi dan dalam di dunia ni adalah konspirasi seorang lelaki tua bernama Najib.  Aku faham tidak semua orang boleh menerima kehilangan sebuah kapal yang canggih dari radar. Dan selepas tu, di sahkan ia berakhir di Lautan Hindi oleh 'pakar-pakar' yang mengira 'ping', 'handshake' 'plotting' dengan menggunakan teori fizik, matematik dan sains yang mereka pelajari. Dan mereka ini bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari negara luar yang kebanyakan di sanjung rakyat Malaysia yang 'malang' di bumi sendiri. Tetapi tetap juga tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Persoalannya, jika terh...

Tagged Sweet Caption. Jadahh! Hahaa!

Image
Assalamualaikum. Recently, kecoh sangat si Amran pasal caption sweet oleh suami kepada isteri blogger terkenal (of course terkenal nak banding dengan aku ni. Hahaaa!) Pada aku, tak salah pun dan tak poyo pun. Poyo lagi aku. Hahahaa! In fact, diorang tu husband and wife. Suami isteri ok.  Yang silapnya ialah attitude sebahagian pasangan non-halal ni lah. Over samacam. Dengan #relationshipgoal lah, ada sweet caption jer nak tagged pasangan bagai. Come on, be realistic okay. Dah kenapa kau asik nak suruh pasangan kau jadik sweet untuk kau macam orang lain tu sedangkan yang penting dalam relationship ialah kau kena suruh dia jadi diri sendiri! Ni nasihat mesra untuk adik-adik (termasuk mantan-mantan yang masih belum berumahtangga. Hahaaa! Selamat Hari Raya! Nak stalk, stalk lah tapi kat sini di larang mengutuk, ok. Nak kutuk, kutuk diri sendiri dulu. Hahaa!)  Let me tell you, marriage is not like u imagine. It was moreeee fun and also sometimes sangat menguji kesa...

Resepi TomYam Pekat Gerenti Sedapp!

Image
Assalamualaikum. Tajuk mesti tak mau kalah. Ada risiko di situ bila jamin gerenti sedap. Hihii. Tapi sapa lepas try resepi ni rasa tak sedap maknanya dia tak reti masak. Hahaaa! Jahat. Aku suka makan TomYam yang pekat sikit. Masam pedas sikit baru kick. Makan kat kedai jarang-jarang dapat makan yang kuah pekat so kita google jer. Ramai yang sedekah resepi. Resepi asal aku amik dari sini  tapi bila masak guna apa yang ada dan sedikit naluri. Heeee. Petua dia, kalau tak tau sangat berapa banyak nak bubuh bahan, bubuh dalam bilangan ganjil. Kata orang tua lah. Nak ikut boleh, tak nak ikut pon boleehhhhh. :) Bahan-Bahan (Untuk makan 3 orang) 1) Ayam/Sotong/Daging/Udang secukupnya - aku guna kepak ayam potong sendi + udang + sotong 2) Lobak secukupnya - potong bulat/taji/bunga/panjang pun boleehhhh 3) Bunga kobis secukupnya 4) Cendawan tiram secukupnya 5) Tomato 1/2 biji- dibelah 6) Daun limau purut secukupnya 7) Sebatang-dua serai diketuk 8) Seinci halia- dike...

Selamatttttt Hariiiiiii Rayaaaaaaa!

Assalamualaikum. Baju Raya. Mula-mula suami kata tak payah baju raya. Ok, dia tak payah, aku payah. Hihii. Akhirnya atas segala kepercayaan dan ketidakcerewetan suami, tema kitorang tahun ni ialah colour block. Hahaaa! Kuih Raya. Ihsan dari kakak dan Mak. Hihii. Home-made tau. Apa kuih ada kat kampung, itu jugak ada kat aku. Setakat ni ada biskut cornflakes, oat, kelapa, dahlia, semperit dan nestum. Ok la tu dari takde. Hee. Duit Raya. Dari aku, takde. Dari suami, ada. Niat nak sedekah, apa yang ada je. Giliran Raya. Raya pertama kat Merlimau, raya kedua baru balik rumah Mak. No arguement, no gaduh-gaduh. Deal! Hihiiii. Cuti Raya. Aku apply seminggu  cuti raya. Sakan noooo. Suami, cuti dibekukan. Huwaaaa!!!! ps - Takde nak cakap apa-apa. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.