Posts

Persiapan Sebelum Bersalin

Assalamualaikum. Masa aku tulis ni, baby dah 35weeks. Adoiii debonyaaaa. Kalau sapa yang tengok aku sekarang, memang diorang tau lah aku ni tak ubah seperti penguin dah..hahaaa! Perut memang besar walaupun first pregnancy. Doktor pun kata perut aku besar. Baby ni pun dijangka ebob kalau ikut ukuran tiap kali scan. Takpe lah nak..asalkan awak sihat.. So, alhamdulillah minggu lepas selamat dah aku sediakan barang-barang keperluan bersalin, barang baby, barang berpantang, barang breastfeed dan sebagainya. Semua ni buat sikit-sikit. Start membeli masa baby masuk 7 bulan. Masa awal-awal dulu, nak beli baju baby pun tak berahi sebab tak pasti jantina. Hihii. So, advise aku, buatlah persediaan all-out masa masuk 3rd trimester.  Dalam membuat persediaan ni, apa yang penting ialah checklist, checklist, checklist! Macam aku yang skema ni, aku bahagikan keperluan ni kepada beberapa seksyen. Ambooii. Ayat tak kalah. Hahaa! So, ni contoh ye.  1) Keperluan Baby Di L...

Rezeki Pinjaman Allah - Scan 4D

Assalamualaikum. Holaaaa!! Semasa aku tulis ni 3/3/2016, alhamdulillah baby dah nak masuk 28weeks ++ . Syukur Ya Allah. Terima kasih atas kesihatan diri ini dan anak. So, masa baby genap 28weeks hari tu, aku dan suami pegi buat 4d scanning. Sebenarnya tak compulsory pun 4d scan ni, tapi sekali dalam tempoh kehamilan, eloklah kita buat detail scanning untuk pre-caution ke apa. Masa ni, kita akan nampak abnormality (nauzubillah min zalik) atau kita perlukan apa-apa plan khas untuk delivery. Contoh, uri kat bawah dah kena plan untuk czer dan lain-lain kemungkinan lagi. Aku buat 4d scan ni kat UMRA Medical Centre, Seksyen 13, Shah Alam. Akhirnya, lepas mempertimbangkan pelbagai perkara aku decide nak bersalin kat sini. Tau je lah, plan nak bersalin pun macam-macam cadangan yang timbul. Kejap kat Melaka lah, kat Muar lah. Insyaallah, anak Selangor lah ni. Hihiii. Semoga Allah permudahkan. Balik dari kampung hari tu, dalam pukul 2 petang sampai UMRA. Lepas register semua, menu...

Rezeki Pinjaman Allah - First To Second Trimester

Assalamualaikum. Hola-holaa! Apa khabar semua? So, ini adalah faktor juga kenapa keghairahan menulis di blog semakin merosot. Bukan nak kata bila mengandung kita jadi less productive, tapi memang itu lah hakikatnya hahahaaa! Sebab Allah nak bagi rehat....... Just nak share pengalaman aku masa first to second trimester. Alhamdulillah, aku takde morning sickness. Takdelah muntah-muntah teruk, kurang pening-pening. Rezeki masing-masing kan. Tapi Tonjer aku pulak yang kalau nampak toilet bowl je kemain muntahnya. Alololoooo so cute Ebyy. Mungkin Allah tahu aku ni lemah jadi pindahkan tu semua kat suami. Wallahualam. Macamtu lah aku sepanjang 2 bulan hingga 6 bulan mengandung. Melainkan aku berperang dengan simptom kuat tido, kemalasan (hahahaa) dan susah nak tido. Mencabar jugak tu. Simptom ni masih berlarutan sampai sekarang =_= Mujur boss dan officemate memahami hihii. Kalau ikutkan, aku masih lagi cergas dan sihat. Terima kasih Allah. Masih boleh drive, boleh lagi berjala...

Rezeki Pinjaman Allah :)

Assalamualaikum! Muka ada senyum. Hihiii. Ni sebenarnya entry yang terperuk dalam draft sebab tak dapat kelulusan untuk publish. So, kalau u olls dah baca entry ni maknanya kelulusan dah dapat le tewww. Semasa aku tulis ni, I am officially 24 weeks pregnant bersamaan dengan 6 bulan. Alhamdulillah...rezeki yang tak ternilai daripada Allah SWT.. Masih ingat lagi detik-detik (gituu) awal berita mengandung ni. Memang sejak kahwin berharap, berusaha dan berdoa agar Allah pinjamkan zuriat untuk aku dan suami, beri peluang kepada kami untuk menyayangi, membesarkan dan mendidik anak-anak sendiri.. Tapi perancangan Allah SWT itu lebih baik lagi, genap setahun hidup bersama berdua, Allah beri pula berita gembira ni. Allahuakbar.. Aku memang dah berniat, cukup je setahun kahwin aku nak all-out usaha to concieve. Bukan nak melawan takdir atau perancangan Allah, cuma mengambilkira faktor umur aku yang terlebih sudahhh berbanding umur Tonjer aku plus family history yang macam-...

Teaser - Family Trip To Langkawi!

Assalamualaikum! Hola-holaaaa! Lama kan tak update..hihii. Biasalah, sibuk urusan duniawi.. :p Baru-baru ni pegi Langkawi dengan Mak, Tonjer and Kakaks. Besttttt sangat. Hahaaa! Ni kira honeymoon la jugak sebab tak sempat pun bercuti macam ni sejak kahwin. Pulak tu, banyak benda yang Kakak belanja termasuklah tiket flight. Seronoknyaaaaaa! Semoga murah rezeki yer, Alang..Muahhh! Nanti aku cerita yer, ni kan teaser je. Poyo kan. Tataa!

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Assalamualaikum. Salam malam Jumaat. Heeee.  Sejak dulu walaupun sebelum kahwin lagi, diri ni selalu jadi tempat rujuk pihak-pihak yang tertentu (yang mana selesa lah kan). Kadang-kadang untuk dapatkan second opinion pasal kerja, pasal masalah peribadi dan kadang-kadang masalah rumahtangga. Bukanlah bermakna diri ni macam bagus atau apa, tapi mungkin kebetulan masalah tu pernah dilalui atau pandangan kita tu menyenangkan hati pihak yang memerlukan. Wallahualam. Sejak berumahtangga ni, macam-macamlah perkongsian masalah yang diterima. Bila macamtu, bukan je kita terkesan dengan masalah orang lain, malah menjadikan kita lebih berusaha memperbaiki diri sendiri juga termasuk rumahtangga. Maklumlah rumahtangga ni terbina atas kasih sayang (insyaallah) dua pihak yang berbeza segala-galanya. Dalam hati manusia, siapalah yang tahu kan. Sebab tu, kita kena berserah diri kepada Allah. Sebab Allah berkuasa ke atas segalanya yang ada dimuka bumi ini termasuklah ke atas hat...

Salam Jumaat

Assalamualaikum! Hola-holaaa! Heeeee. Alhamdulillah. Hari ni muka ada senyum. Petang ni insyaallah balik kampung! Yeehaaaa!! Hari tu kan baru balik tapi hari ni Ebob ikut sekali. Bukan apa, dia tu selalu belot. +-+ Lagi pun Mak Mertua dia dah rindu sangat kat dia ni. Termasuklah pakcik bai sebelah rumah tu, pandai pulak bertanya mana suami, tak balik ka? Hahaaa! Ebob aku ni kadang-kadang tu pasal makan pun belot. Bila tanya nak makan apa malam ni sebab nak prepare awal la kan masak. Dia kata tak nak makan. Ceewaahh. Kemain terbongkang lagi kita kat rumah. Sekali tu bila dia balik, dia nak makan nasik, ikan goreng dengan sambal belacan. Huwaaaaaa. Luluh hati ni kan sebab ikan masih membatu lagi dalam peti ais kannnnnnn. Kita bukan apa, tak nak lah dia tertunggu-tunggu lama, tapi dia relax je pun. Bini yang menggelupo. Hahaa! Tapi tu lah manisnya rumahtangga ni. Belot-belot pun, tetap sayang. Muahh!  Tak tahu lah macam mana traffic dari Melaka ke Selangor hari ...