Ada Apa Dengan Anon?

Assalamualaikum.

Dulu masa mula2 buat blog aku tak in sangat dunia blogging. Tak paham pun bahawa dengan blogging boleh buat duit dan boleh buat kawan. Tu belum term2 dalam blogging macam traffic jam, anony mouse, annoying, follower, leader, MLM dan apa2 je lah.

Mungkin sebab blog aku ni ala2 suram jer macam tak bayar bil letrik maka aku tak ada masalah sangat dengan anon2 nih. Berapa sangat la anon yang kemaruk blog aku? Hampir takde. Haha. Nasib baik aku tak kisah. Sebab aku ni pemalu orangnya, pegi blog orang, baca, senyum, gelak, angguk kepala, sumpah sikit, pastu blah macam tu aja. Silent reader katanya. Nak kata yang aku ni memang hobi membaca, comment pada entry pun aku baca walaupun aku tak drop comment kat situ. Ni baru ciri pembaca sejati.

Tapi aku tak faham kenapa blogger jaki bila yang drop comment tu anon? Ikut kajian aku (macam uncleseekers plak nak kaji2) kalau comment anon tu neutral takde hal, tapi kalau anon tu kutuk atau bagi nasihat, mula blogger melenting. Paksa2 anon serlahkan identiti sebenar, claim anon takder telo, pengecut, sampah, nasik basi, baling batu sorok tangan dan macam2 lagi. Padahal kadang2 apa yang anon cakap tu betul dan make sense.

Kadang2 blogger ni ni pun ada yang konon kebebasan bersuara la sangat, sempoi jer membabi kan orang, memfuck sana sini, menshit situ shit sana. Bila bersatu dengan anon yang sealiran dengan dia yang sama gak suka pig shit sana sini, dah berangin satu badan pulak. Padahal elok benau la tu. What u give u get back.

Bila anon duk bagi nasihat, (seriously aku tengok comment tu baik, lembut, tak guna bahasa kesat) pun blogger tak boleh terima, siap nak cari siapa anon tu suruh tinggal jejak supaya boleh argue balik comment anon. Siap cakap 'comment anon tak diterima, ya.' Ya, lawak.
Tak payah expect orang boleh faham kita hanya sebab dia baca blog kita. Dan tak boleh salahkan orang lain kalau telahan orang terhadap kita tu salah kalau orang tu bukanlah orang yang rapat dengan kita.

Macam mana nak selesaikan masalah ni? Haha. Masalah ke ni?

ps1 - dengarlah apa yang diucapkan bukan siapa yang mengucapkannya..
ps2 - aku tak ada scandal dengan anon.

Masih tak puas hati? Dah, pegi tido.


Comments

Zu Ismail said…
makin menyengat nowa nyer entry sekang.. hehehhehehe
..nOWa.. said…
Kak Zura - takde lah..tulis apa yang terfikir saja..my 20 sen, kak.
woo..
sengat2 bisa entry ini..

x salah utk kita terima kritikan org sbb kita ni hny insan yg tidak sempurna yg cuba menjalani hidup yg sempurna dgn amal yg sempurna insyaAllah
Hunny said…
Mak enon ke cik anon ke, aku tak kisah. Jangan mengarut sudah... i pun pernah kena.. jual viagra dalam blog i.. apa kes??

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.