Ayam Masak Tempoyak.

Assalamualaikum.

Dah pun 4 Ramadhan.....
Mesti ramai yang buntu bak masak apa lagi untuk berbuka kannn. Macam aku, dah la makan berdua jer, bukan main poyo tensi-tensi fikir menu..Hahaaa! 
Ye laaa..menu berbuka, menu bersahur lagi..kalau boleh kita nak bagi keluarga makan yang terbaik dan menggembirakan hati kannnn..

Petang tadi dah siap-siap nak buat sup ayam sekali tu ada pulak makhluk Allah yang ebob uchuk acham mencelahhhhhh. Dia request ayam masak tempoyak...........bukan sebab dia pernah makan tapi sebab dia mereka-reka je...sama macam berbuka semalam..elok aku nak goreng sayur Sawi Cina masak sos tiram dia suruh buat asam rebus sawi tu...apakahhhhhh...huhuu.. =_=

Dah la tak pernah dengar orang buat ayam masak tempoyak apatah lagi reti nak membuatnya..so Google je laa..ehh ada la pulak...mungkin bagi aku je lah pelik tapi rupanya bagi orang Pahang benda biasa je..boleh tahan jugak rasa dia..Ebob pun layan je makan...hahahaa!

Resepi ni aku main agak-agak  je kuantiti sebab ayam aku tadi banyaknya ke tulang..so u olls pun gunalah kepakaran masing-masing ye.

Resepi Ayam Masak Tempoyak

1) Bawang merah
2) Bawang putih
3) Kunyit hidup
4) Cili padi
5) Tempoyak
6) Garam
7) Gula
8) Daun kunyit (sikit je)

Bahan 1 hingga 7 ni tumbuk bersama dan lepas tu gaul dengan ayam dalam periuk. Lepastu tambah air dan masak dengan api kecik. 

Dah menggelegak, letak daun kunyit yang diracik untuk naikkan bau. Rasa dah ok, ayam dah cukup masak kira siappppp!!

Enjoy u olls. Try lah. Sedaappp Tonjer kata :)



Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang