Selamat Datang Ramadhan.
Assalamualaikum.
InsyaAllah esok, berpuasalah kita umat Islam di Malaysia. Sekejap je masa berlalu.
Masih ingat lagi kenangan puasa tahun lepas di Pulapol. Merasa lah keluar Pulapol berat 69 kilo. Sekarang..jangan harap. Hahaaa!
Tahun ni pulak, InsyaAllah diberi peluang berpuasa dengan suami. Syukur suami jenis sempoi bak ang bab makan-makan. So cadangan sahur esok ialah roti gardenia. Heeeeee.
Dan percayalah, mulai esok newsfeed FB dan entry-entry di blog akan berkisar tentang juadah berbuka puasa.
Dalam pada kita gembira, rupanya ada orang yang terdekat dengan kita sedang bersedih nak sambut Ramadhan. Anggaplah ini ujian Allah atas apa juga yang Allah turunkan untuk kita. Setiap musibah yang menimpa adalah kerana Allah nak naikkan darjat kita. Untuk menjadikan kita hambaNya yang lebih baik. InsyaAllah.....
Kepada Ibu yang menangis menunggu kepulangan anak, bersabarlah dan berdoalah..doa seorang ibu itu mustajab..
Kepada Ayah yang memendam perasaan menanggung segala keperitan hidup menyara keluarga, bersabarlah dan yakinlah Allah akan membantu..
Kepada Isteri yang menghadapi cabaran dalam rumahtangga, kuatlah dan bersandarlah pada kekuasaan Allah Yang Maha Penyayang..
Kepada Suami yang diuji kesabarannya, bertahanlah dan teruslah memikul amanah Allah demi ganjaran yang lebih besar di akhirat..
Kepada Anak-Anak yang kehilangan Ibu atau Ayah di dunia, teruskanlah hidup menjadi anak yang soleh dan solehah dan semoga berjumpa mereka di syurga....
ps - Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. InsyaAllah, aamiin.
Comments