Tips - Sahur Rumah Mertua Bagi Pasangan Baru Kawin.

Assalamualaikum.

Perghh. Berdebar-debar perasaan ni bila Tonjer kata puasa pertama ni kita pegi rumah Mama ok. 
Ahaiiii. Sekental-kental menantu perempuan dalam dunia ni, mesti ada goyang sikit bila balik rumah mentua apatah lagi mengenangkan sahur pertama. Hahaaa! Ke aku jer poyos memoyos macam ni? Kah kah kah.

So, sebab 1 Ramadhan negeri Melaka cuti umum, Rabu malam kitorang dah sampai rumah Mama. Malam tu, awal aku masuk tido. Hahaaa! Dibuatnya aku tak terbangun, habis lah reputasi sebagai Menantu Paling Poyo Abad Ini. Heeee. So, ni tips dari aku. Berkesan tau.

1) Kunci jam. Snooze tiap 1 minit. Tak cukup satu jam, jam Tonjer aku pun kunci sekali. Jangan awal-awal sangat. Imsak 5.30, kau bangun pukul 4.45 pagi pun ok.

2) Masak air. Buat teh o panas.

3) Tengok peti ais, tak tahu nak masak apa kan. Paling senang cari telur. Buat telur dadar.

4) Adoiii. Nak masak apa lagi ni. Tak tau kan. Ambik lesung batu, buat sambal ketuk. Ni tak boleh skip part ni. Dengan sedaya tenaga yang ada, ketuk sambal macam nak pecah rumah.

5) Mak mentua terbangun. U are save!! Hahaaaaa!

So, first sahur kitorang memang hectic gila. Hahaaaa! Tinggal 15minit sebelum imsak makan sahur. Mama suap Ayah, suap diri sendiri, suap Tonjer aku lagi. Hahaa!

Okay apa.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang