Bukit Malawati
Assalamualaikum.
(Cerita Tertangguh)
Hari tu balik rumah Mak bawak sekali buddy suami aku dengan isteri dan anaknya. Masa wedding kitorang diorang tak dapat datang, so sangat berbesar hati bila they all nak ikut balik rumah Mak.
Dua hari kat Tanjong Karang, tak banyak tempat boleh bawak jalan-jalan. Tapi tak boleh tak bawak ke tempat bersejarah di Selangor, Bukit Malawati. It is compulsory bila sampai Selangor! Hahahaa!
"Mengikut sejarah Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785 Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isya' itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar Subuh menyinsing. Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan sejarah"
- Sumber : Portal Rasmi Majlis Daerah Kuala Selangor
Antara lain yang ada di atas bukit tu ialah Makam Diraja (tak dibuka kepada orang awam), Meriam Penggawa (banyak lagi meriam-meriam lain. Real punya!), Makam Anak Dara, Batu Hampar (masa aku kecik katanya ni tempat pancung kepala), Telaga Beracun, Tangga Seratus, Telaga Tujuh, Busut Malawati, Balai Cerap (tempat tengok anak bulan - ni pun tak dibuka kepada umum).
Sebab ni tempat sejarah, nak masuk kena bayar tiket. Dewasa tak silap bayar RM5.00++ (GST) dan kanak-kanak RM3.00++ (GST). Tiket ni termasuk untuk lawat Taman Alam. Boleh tengok binatang sikit-sikit.
Nak naik bukit ni ada keretapi yang akan bawak. Tapi nak turun jalan kaki pun boleh sebab keretapi tu tak bawak kita ke pelusuk tempat. So, kalau nak visit perigi-perigi dan batu-batu sejarah whatsoever tu kena lah berjalan kaki.
Once in a lifetime, u olls kena visit tempat ni sebab kesan sejarah masih dijaga baik kat sana. Baru tau macam mana orang-orang dulu mempertaruhkan nyawa untuk membina sebuah empayar. Ambik tahu pasal sejarah, baru kita kenal erti menghargai. Eeewaahh!
Selain dari sejarah, kita dapat juga belajar pasal peranan dan fungsi benda lain contohnya Rumah Api dan Balai Cerap yang ada kat situ. Rumah api ni pun tajuk yang menarik jugak untuk kita belajar tau. Setiap rumah api ni ada nama tersendiri dan ada ciri unik (kerlipan lampu) untuk dijadikan panduan kepada pelayar dan kapal-kapal. Haaa tau ke idok? Menarik kan? Kan?
Nak sembang kencang sangat pasal sejarah aku tak reti. Tapi aku jumpa blog yang sangat membantu. Pasal sejarah Bukit Malawati kat sini dan pasal rumah api Kuala Selangor kat sini. Terima kasih kepada penulisnya.
Layanla dua ketul gambar yang aku sempat ambik kat atas tu. Busy layan monyet. Hahahaa!
Ni antara meriam yang ada kat atas tu. Dulu-dulu orang pernah kata meriam ni ada yang meletup sendiri. Katanya laaaa. Betul ke tak, tak tau lah.
Ebob aku tengah layan monyet. Belakang tu Rumah Api.
ps - Subjek sejarah aku kat sekolah tak pernah dapat A.
Comments