Idea Lauk Sahur Yang Senang

Assalamualaikum.

Heyy heyyy heyyy. Baru pukul 10 pagi dah sangap-sangap kan? Hahaaa! Biasa la tuuu. Cuaca pun baik, orang pun baik-baik. Syukurlah..

Malam tadi menggentel karipap buat makan supper. Kemudianlah aku share resepi sebab adunan pastrynya tak berapa menjadi. Bukan salah resepi, tapi salah tangan aku yang semakin kejung dalam seni menggentel karipap ni kot. Hahaaa! Sebab resepi kulit karipap yang aku cuba buat kali ni memang beza sikit rasa dia. Sedapppp. 

Geleng kepala suami aku tengok rupa karipap aku ni. Hahaa! Tapi yang cantik aku bagi dia makan, yang comot, aku makan. Lepastu, suami aku puji inti karipap ni sedap sebab dia ada campur tangan dalam urusan buat inti ni. Sebooookk aja laaa dia ni kan. Hahaaa!
Apapun, terima kasih Abbyyy selalu tolong kat dapur. Muahh. (pitam)

Ok, berbalik kepada tajuk asal. Aku rasa makan masa bersahur ni sebaik-baiknya dimasak panas. Kalau nak panaskan lauk berbuka pun boleh tapi lagi best kalau ada lauk baru yang simple jer. Baru timbul kesungguhan di situ. Hahahaa! Kaitan?

Resepi 1 - Sambal Telur Hancur

1) Bawang merah
2) Bawang putih
3) Cili kering/cili boh
4) Udang kering/ikan bilis
5) Telur (secukupnya)
6) Garam
7) Gula

Bahan 1 hingga 4 tu diblender saja. Dah hancur, tumis. Perasakan dengan garam dan gula. Lepas dah pecah minyak baru lah pecahkan telur dan hancur-hancurkan. Makan dengan nasi panas dan kicap. Selera you! Nak sediakan pun senang.


Macam ni lah lebih kurang rupa dia. Basah-basah sikit. Sedapp wooo.
Gambar dari Google saja. Tengah subuh renta mana berahi nak ambik gambar makanan. Kang kena sekeh pulak aku dengan Ebob aku tu. Hihiii.


Resepi 2 - Ikan Goreng Asam Jawa Dengan Cili Padi Dan Bawang Hiris

1) Cili padi - hiris kasar
2) Bawang besar - hiring kasar
3) Asam jawa - dilumur pada ikan (lebih sikit). Digaram kunyit jugak sikit lepas tu goreng.
4) Ikan apa-apa jenis.

Lepas goreng ikan, ketepikan. Goreng sampai layu cili padi dan bawang hiris. Aku guna banyak cili padi sebab suka pedas. Lepas tu tabur atas ikan goreng tadi. Aku tabur pulak kicap sikit. Makan panas-panas. Ni je untuk sahur dah cukup. 


Gambar ihsan Google. Lebih kurang macam ni lah. Aku guna ikan sardin yang saiz M. 
Banyak sikit isi dia. 

So, kawan-kawan. Kalau lauk berbuka tak berbaki, boleh lah cuba resepi simple yang macamni. Tak lama pun nak masak. 

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang