Mandi Palong

Assalamualaikum.

Apa kabar kawan-kawannn..kawan-kawan buat apa kawan-kawannnnnn..Heeee.

Cuti sekolah 2 minggu anak-anak buah datang bertandang ke rumah di Melaka. Mak, Angah dan Kak Uda sekali. Menggelupo la we olls suami isteri mengemas rumah dan buat persediaan seadanya. Hihihiii. 

Aktiviti di Melaka ialah bawak budak-budak tawaf Dataran 1 Malaysia. Dah la diorang pakai baju tido, ada air pancut keluar dari ekor ikan paus kat situ tapi budak-budak ni mampu tengok kanak-kanak lain mandi jer. Hahaaa! Kesudahannya, suami aku beli sebijik bola dan suruh diorang main bola kat padang sampai letih. Dalam kereta otw balik semua tumpas.

Esoknya, upacara Mak menziarah besan dan hari berikutnya ialah mandi pantai Pengkalan Balak. They love it so much! Dapatlah mandi pantai dan study pelajaran sains marin. Budak-budak ni tak pernah mandi pantai sebab tu lah gembira bukan main.

So after that day, they all pun balik rumah Mak...Huhuuu sob sob. Dah la, tak dapat tengok diorang balik sebab pagi yang sama aku bertolak pegi JB kursus. 

So, last weekend kira penutup cuti, aku ngan Tonjer Uchuk Acham balik kampung. Alang ajak bawak budak-budak ni pegi tengok sawah padi sambil mandi palong. Bagi yang tak tahu, palong ni ialah tali air dekat sawah padi yang fungsi dia ialah membasahkan sawah untuk tanaman padi. Sumber air palong ni ialah dari air sungai. Palong zaman sekarang ni dah maju. Tak macam dulu-dulu. Tak kental lah jadi anak Tanjong Karang kalau tak pernah mandi palong. Hahahaaa!







ps - Air palong hari tu tak berapa jernih. 


Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.