Posts

Showing posts from July, 2014

Mona

Assalamualaikum Semalam 24 Julai, harijadi kakak aku, Mona. Dan tanggal 24 juga dia tinggalkan suami, empat orang anak, emak dan adik-beradik selama-lamanya. Mona anak nombor 5 dan aku nombor 6. Jarak umur kitorang 2 tahun je. Aku memang satu sekolah dengan dia dari sekolah rendah sampai menengah. Mostly kawan-kawan dia aku kenal termasuk kawan-kawan lelaki dia. Tapi aku tau budak lelaki baik dengan aku sebab nak usha kakak aku jer. Sebab aku masa sekolah adalah sangat toya. Muka kitorang pun beza. Mona cantik, grooming. Sedangkan aku adalah comot dan geek.   Banyak yang kitorang lalui bersama masa kecik-kecik. Mak selalu kata aku dengan dia ada karakter yang sangat contradict. Dia kalau menangis perlahan tapi lama. Aku pulak kalau dapat meraung punya kuat tapi sekejap. Masa aku sekolah rendah, penglibatan aku dalam aktiviti kat sekolah selalunya dipengaruhi oleh dia. Sebab konsep sekolah aku masa tu, sapa kakak yang masuk nasyid ke apa automatik adik dia akan jadi pelap...

Perang Mercun

Assalamualaikum Salam 26 Ramadhan 1435H. Cepat sungguh masa berlalu. Terasa ralat sangat sebab Ramadhan kali ni terlalu sibuk dengan urusan dunia. Semoga aku diberi lagi peluang untuk bertemu Ramadhan yang akan datang..aamiin! Malam tadi, aku tido awal jugak sebab niat nak bangun malam. Walaupun sepanjang Ramadhan ni 'sepi' je malam-malam aku (ohok-ohok) tapi aku berazam sebulan sekali nak bangkit tahajud dan nak istiqamah. Nampak senang, tapi hakikatnya......tapi takpe, niat kena ada, kan. Sapa yang baca entry ni, jom kita cuba buat sama-sama. Mulakan dengan sebulan sekali je dulu. Sedang aku lena diulit intan tetiba terjaga kerana berdentam-dentum bunyi mercun. Bukan sikit-sikit anak, ni macam berperang dah bunyinya. Burung pun sampai berkicau la jadinya terperanjat keluar dari sarang. Tengok jam, pukul 4 pagi. Lebih kurang 10 minit jugaklah berperangnya. Bengkekkk jer hati aku.  Tak tahu lah kenapa so called 'tradisi' oleh si bijak pandai ni masih di...

Panduan Permohonan Nikah Bagi Negeri Selangor

Image
Assalamualaikum. Holaaaa-holaaa. Apa ke poyo bebeno aku up post tips B2B ni? Hahaaa! Niat aku bukan nak memoyo. Cuma nak berkongsi prosedur terkini tahun 2014 untuk memudahkan bakal pengantin. Ceeewaah! Seperti biasa, mari layan introduction aku dulu. Haruslah merapu dulu kann. Yada-yada. Nak jadikan cerita, idea nak menikah ni datang secara tak semena-mena dari mulut sang jejaka pada lebih kurang bulan Februari 2014 setelah dia balik operasi. Gamaknya dalam hutan terlalu asyik merenung jauh tentang kehidupan dan tak sangka pulak ada yang poyo-poyo setia menanti, haruslah dipinang segera kan? Hahaa! Setelah lamaran mulutnya diterima, first step aku buat ialah usha tarikh bila nak nikah. Haruslah gelojoh kan. Ceyyy. Time tu aku dan dia berangan nak nikah sebelum puasa (bulan Jun). Bajet nak berpuasa sebagai suami isteri. Setelah dua-dua peghak dan rakus nak kahwin, maka step seterusnya ialah marilah bertemu ibunda. Ewaahh. Kemachoannya terserlah bila dia tunaikan janj...

Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod Khamis

Image
Assalamualaikum. Amboi-amboi-amboiiiii. Tak tertahan hati aku nak review episod hari ni Khamis 10 Julai 2014. Ok sebenarnya, aku cuma layan cerita ni masa episod 1 lepastu aku stop. Lepas tu, baru-baru ni je aku tertengok semula. Hihii. Masa tu dah kemuncak dah. Member-member kat FB dah tahap Abang Zen, Abang Zen aku pun pelik jugak lah. Layan kan aja. Kalau tanya aku, aku suka lakonan Nabilla tu. Natural jer kepoh dia. Macam mana aku pernah review pasal cerita Ijab dan Qabul  mari sini aku kasitau apa dia scene Kerana Terpaksa Aku Relakan yang potongggggg sangat. 1) Kau Dah Nak DiNikahkan Dengan Tajul Zahin Sekali Tiba-Tiba Tajul Razin Yang Genggam Tangan Tok Kadi? Eh. Potongggggg yang teramat sangat ok. Punyalah susah payah prosedur nak kawin dengan kena submit dokumen bagai, minta tandatangan Pendaftar Nikah bagai, submit kat Pejabat Agama bagai, kau boleh tukarkan pengantin lelaki dalam sekelip mata jeeeeee? Ini sudah mencabar kredibiliti aku sebagai...

Lurus Dan Manja.

Assalamualaikum. Salam 12 Ramadhan! Bulan puasa ni, mesyuarat kurang, kerja pun kurang. Banyak pulak masa dekat pejabat. Apa lagi, melagha lah kerjanya..hihii..blogwalking siang hari memang jarang sangat aku buat. Apatah lagi update blog. Ni kira ajaiblah ni. Hahaa! Aku tengok video kawin Cik Epal dekat blog dia. Sweet sangat. Kelakar bila suami dia kata Cik Epal ni lurus. Tengok gaya penulisan Cik Epal ni aku ingat dia gonjeng. Hahaa!. Gurau je. Bila macam tu teringat aku cerita kat PULAPOL. Sebelum pergi, macam-macam tips budak ofis aku bagi. Macam mana nak sorok handphone, macam mana nak seludup makanan, macam mana nak belit kawad. Hahaa! Kat sana, handphone ngan gajet-gajet ni memang tak boleh bawak kat kompeni (asrama). Boleh guna bila dapat kebenaran Komandan jer. Aku ingat lagi masa aku beratur untuk registration tu, budak opis aku bagi isyarat mata jangan serah handphone. Ceeeyyy. Aku time tu nekad. Ok, kita langgar peraturan ni. Pandai buat, pandai simpan....

Bahasa Mintak Penampar

Image
Assalamualaikum wbt Oleh kerana kali ini saya ingin mengutarakan isu berkaitan dengan penggunaan bahasa, maka penulisan saya kali ini haruslah mencerminkan penggunaan tatabahasa yang 'normal', bukan? Nampaknya, saya tidak dapat bertahan lagi dengan gejala penggunaan bahasa 'alien' yang dianggap segelintir penggunanya sebagai 'trendy' akan tetapi saya merasakan ianya lebih layak dilabel sebagai bahasa 'mintak penampar bertalu-talu'. Maafkan saya ada sedikit kekerasan fizikal di situ.  Baiklah, mari kita mulakan dengan sebahagian contoh-contoh di bawah beserta terjemahannya.  1) Cok jgn upe - esok jangan lupa 2) Campak alik - throwback 3) Qoe uat aque, aque ta an lupe - Kau buat aku, aku takkan lupa 4) Tdi mum ns grg jew - Tadi makan nasi goreng jer 5) Atoy blew na hbz nie - Adoiii bila nak habis ni 6) Skt towl aty, blew owg y aque cyunk uat ta duli jew - Sakit betul hati, bila orang yang aku sayang buat tak peduli jer ...

Undang-Undang Jalanraya Di Pasar Ramadhan

Image
Assalamualaikum. Bukan nak komplen ke hapa sempena bulan baik hari baik ni. Akan tetapi, sikap sesetengah orang yang datang ke Pasar Ramadhan 1435H ni boleh mengundang kemarahan yang teramat sangat. Mari kita lihat. Yeaah! 1) Style Bercanda Okay. Mungkin kau orang baru nikah 3-4 bulan lepas. Jadi aura romantik tu masih membuak-buak. Akan tetapi tidak perlulah berjalan berpegangan tangan, sambil menghayun-hayunkan tangan (takkan terpisah, kita buddy takkan terpisah) sehingga kita di belakang nak berjalan menembusi depa pun..perghh..perghh. Tu dah kawin takpelah jugak. Ni muka belum diijabkabul, pun sebok nak berpegangan tangan gak, memang mintak mandi jus buah naga la jawabnya. Udah-udah la tu. Nanti-nanti la. Orang nak cepat ni. Baik cenggini terus dekat tengah-tengah pasar. Biar semua orang jelas, korang pasangan bahagia. 2) Style Brek Mengejut Ni lagi satu. Jalan sikit, brek. Sikit-sikit brek. Dah la orang punya ramai. Tersondol-sondol dibuatnya. Tu belum orang...

Resepi Asam Pedas Ikan Pari - Selangor (Omak Den) Style!

Assalamualaikum! Hai Odee! Silent reader I gitu. Jep mana Jep. Hahaaa! Orang lain pre-wedding amik gambar lawa-lawa tapi aku lain pulak halnya. Mengasah bakat memasak gitu. Hahaa! Poyo kannn.Minggu lepas, aku tak balik kampung, jadi aku offerlah diri masakkan Tonjer aku. Saja la. Nak tunjuk rajin. Hahahaa!  Sabtu tu aku masak Lemak Udang Dengan Nenas, Kangkung Goreng Belacan dengan Ikan Goreng Rempah Dengan Sambal Penyet. Tonjer ni makan tak cerewet sangat, cuma kalau kita mintak feedback, kemain ikhlas dan jujur betul dia bagi. Hati kena mau keras maa. Hahaa! Untuk 3 benda ni kecah dapur aku. Hihii. So, untuk dish yang hari Sabtu tu, so-so katanya sebab terpotong sikit di situ kerana dia kurang gemar makan masak lemak yang ditaruk nenas. Dan sambal penyet aku is horrible, pahit. Tak jadi at all! Kurang asam punya belacan. Makan tuan ye. Uhuk.  So semalam, aku tanyalah dia nak makan apa? Apa-apa je lah kata dia. Sebab tak nak mengecewakan dia dengan masakan ak...

True Friend.

Image
Assalamualaikum. Tadi pegi Param Masjid Tanah tak tau nak beli apa. End up, aku beli jus buah Naga (Dragon Fruit). Dapat tengok cara tokey dia buat sebab tunggu turn. Rasa dia memang terbaik! Sesapa nak try esok boleh cari stall jual jus buah. Dia jual dalam plastik panjang. Harga RM4.00.  Sebab aku ABC (Allah Bagi Cuti) lepas berbuka awal (heh!) macam biasa la menternettttt je keja. Mula-mula google lirik lagu Khabar Aku by Kamelia Sharmaine sebab tak puas hati dengar lagu dia kat radio. Apa dia cakap ni, apa dia cakap ni. Last-last baru tau ohhhh dia kata 'apa khabar di sana'. Heheehh. ***mukadimah bak anggg*** Pastu ternampak pulak lagu baru Joe Flizzow tajuk Apa Khabar. So, dengar la.  Hmmmph. Lagu ni memang touching bagi aku. Sebab aku tau perasaan Joe. (ececehhhh) Apa Khabar Link ni official video. Nice clip, Bro.

Resepi Puding Roti Paling Senang. Sedap? Mestilah. Hahaa!

Image
Assalamualaikum. Tajuk merangkumi semua. Mestilahhh. Hahaa! Bila Tonjer request nak makan Puding Roti menjajau aku google resepi. Hahaa! Tak pernah buat. Peghaakkk. Seperti biasa, google sangat membantu dan ramai blogger jugak sangat baik hati share resepi dekat internet. Masyaallah. Pahala dalam tak sedar kepada orang yang tak kedekut ilmu. Semoga Allah jadikan orang yang suka share resepi yang best2 dekat internet semakin pandai masak. Heeeeee.  Sekali tu, lepas buat penilaian dan pertimbangan yang sewajarnya resepi Puding Roti oleh Farah Lee (wife Ally Iskandar) paling tersempoi untuk dicuba. Lagi pun aku cari resepi yang kurang guna telur. So, malam tadi aku pun cubalah membuatnya. Kira percubaan sebelum buat yang betul-betul untuk Tonjer aku nanti. So, ni resepi. Tapi aku adjust sikitlah. Well, siapa suka menderhaka kepada resepi? Hahahaaa! Untuk Pudingnya. 1) Tiga (3) sudu marjerin. Aku guna Buttercup. (Resepi asal 5 sudu) 2) Setengah cawan gula...

Makanan Bazar Ramadhan Rasa Sampah? Yay Or Nay.

Image
Assalamualaikum. Merujuk kepada tajuk di atas, aku memang setuju bahawa mulut Azwan Ali memang puaka. Fullstop. Tak salah nak mengkritik atau nak bagitau satu dunia bahawa pegi beli makanan buka puasa dekat Pasar Ramadhan is not suit to your level. So just be it! Pegi makan kat hotel atau upah Chef masak kat rumah kau. Tak perlu hina secara pukal. Or maybe he dont mean it. But its too late.  Persoalannya, adakah betul rasa makanan dekat Pasar Ramadhan (Param) macam sampah?  Aku adalah orang yang sangat susah untuk bagitahu mana-mana makanan adalah tak sedap. Kalau tak sedap, selalunya aku makan juga dan diam. Kalau sedap, aku kepoh. Hahaa! Tak sedap dan tak boleh dimakan adalah berbeza yer. Citarasa orang tentang sedap pun berbeza-beza kan. So, faham-faham je lah. Pada aku, tidaklah rasa 'sampah' semuanya. Aku personally , ada favourite spot beli makan berbuka dekat Param. Dimasak cukup rasa, dijual penuh jujur ikhlas. Masalahnya, ada penjual yang menju...

Soal Jawab Sempena Pre-Engagement

Assalamualaikum Dan Salam Ramadhan Kareem. Apa khabar? Ada baik ka bulan puasa ni? Heeee. Buat yang baik-baiklah..semoga istiqamah yer. Akhirnya berkat doa semua, aku dah selamat bertunang. Ecewahh. Terkejut beruk semua. Ye lah, habis aku cantas semua tarikh-tarikh sepupu-sepapat. Makcik aku pulak bagi kata-kata azimat bila tau aku nak bertunang 'E'eh..pandai rupanya ko nak kawin. Ingat tak reti'. Hahahaaa! Laser you. Yang sebenarnya, jodoh dah makin dekat dan dipermudahkan..Alhamdulillah.. So, malam sebelum bertunang tu aku borak bodoh-bodoh la ngan bakal tunang aku tu. Eh, lupa nak bagitau. Dengan sapa lagi. Dengan Tonjer aku la Mat Langgar Moto. Saja la aku suruh dia prepare kot-kot sedara mara aku tanya soalan yang pelbagai kat dia. Kang dia jawab ke laut, aku jawab ke laut. Hahaa! So bermula lah sessi ujian tahap perkenalan. Begini lebih kurang. Aku : Apa warna kegemaran saya? Dia : Eh. Takkan ni pun sedara awak nak tanya. Melampau kot.  Ak...