Mona
Assalamualaikum
Semalam 24 Julai, harijadi kakak aku, Mona. Dan tanggal 24 juga dia tinggalkan suami, empat orang anak, emak dan adik-beradik selama-lamanya.
Mona anak nombor 5 dan aku nombor 6. Jarak umur kitorang 2 tahun je. Aku memang satu sekolah dengan dia dari sekolah rendah sampai menengah. Mostly kawan-kawan dia aku kenal termasuk kawan-kawan lelaki dia. Tapi aku tau budak lelaki baik dengan aku sebab nak usha kakak aku jer. Sebab aku masa sekolah adalah sangat toya. Muka kitorang pun beza. Mona cantik, grooming. Sedangkan aku adalah comot dan geek.
Banyak yang kitorang lalui bersama masa kecik-kecik. Mak selalu kata aku dengan dia ada karakter yang sangat contradict. Dia kalau menangis perlahan tapi lama. Aku pulak kalau dapat meraung punya kuat tapi sekejap. Masa aku sekolah rendah, penglibatan aku dalam aktiviti kat sekolah selalunya dipengaruhi oleh dia. Sebab konsep sekolah aku masa tu, sapa kakak yang masuk nasyid ke apa automatik adik dia akan jadi pelapis. Tak kira la suara ke laut ke apa. Hahaa! Nasib baik aku dengan Mona ada persamaan kat situ. Kitorang memang suka dan pandai menyanyi.
Lepas sekolah menengah Mona terus kerja. Aku pulak lepas SPM sambung belajar. Banyak dia bantu keluarga waktu tu. Masa tu, aku dengan dia dah tak berapa rapat sangat. Ye lah, dia dah kakak-kakak. Aku pulak masih dengan nerd aku.
Lepastu dia kawin dan lahirkan anak-anak lelaki yang comel. Syafik Aiman, Haziq Muazeem dan Harith Aizat. Sampailah masa dia mengandung anak buah aku yang ke-4, dia dapat tau dia ada breast cancer. Dia start buat kemo masa mengandung 6 bulan. Dia lahirkan Putery Qalesya the only daughter of her masa Qalesya 8 bulan dalam perut. Ramai orang kata she is very strong baby who managed to survive at this stage. Yes, she was. Bila aku tengok Qalesya, macam aku tengok diri aku sendiri. Duplicate.
Lepas lahirkan Qalesya, dia buat operation buang sebelah breast dia dan teruskan buat kemo. Qalesya tak dapat dia susukan.
Mona kakak aku yang sangat cekal dalam hidup dia. Dia dapat atasi sakit kemo dan survive for a couple years. We proud of her so much. We know the main reason she survived is to ensure anak-anak ingat siapa dia. Ibu yang melahirkan dengan susah payah, yang selalu mengutamakan pelajaran anak-anak sampai Syafik periksa no. 1 dekat sekolah Cina. Haziq, Harith dan Qalesya jadi budak yang bijak.
Mona meninggal dunia lagi sehari Qalesya genap 3 tahun. Qalesya tak tahu apa-apa. Tapi dia tak pernah lupa Ibu Mona. We will ensure she will remember her always. Begitu juga anak-anak yang lain.
Walau apapun yang terjadi, walau terpisah dunia kita, tak ada siapa yang dapat mengubah Mona adalah kakak aku dunia akhirat. Tenanglah di sana. Kami akan menyusulmu jua.
ps- Sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah kakak aku, Mona. Terima kasih.
Comments