Panduan Permohonan Nikah Bagi Negeri Selangor
Assalamualaikum.
Holaaaa-holaaa. Apa ke poyo bebeno aku up post tips B2B ni? Hahaaa!
Niat aku bukan nak memoyo. Cuma nak berkongsi prosedur terkini tahun 2014 untuk memudahkan bakal pengantin. Ceeewaah!
Seperti biasa, mari layan introduction aku dulu. Haruslah merapu dulu kann. Yada-yada.
Nak jadikan cerita, idea nak menikah ni datang secara tak semena-mena dari mulut sang jejaka pada lebih kurang bulan Februari 2014 setelah dia balik operasi. Gamaknya dalam hutan terlalu asyik merenung jauh tentang kehidupan dan tak sangka pulak ada yang poyo-poyo setia menanti, haruslah dipinang segera kan? Hahaa!
Setelah lamaran mulutnya diterima, first step aku buat ialah usha tarikh bila nak nikah. Haruslah gelojoh kan. Ceyyy. Time tu aku dan dia berangan nak nikah sebelum puasa (bulan Jun). Bajet nak berpuasa sebagai suami isteri. Setelah dua-dua peghak dan rakus nak kahwin, maka step seterusnya ialah marilah bertemu ibunda. Ewaahh. Kemachoannya terserlah bila dia tunaikan janji jumpa Mak pada Mac 2014. All is well. Alhamdulillah...ingat time tu boleh kahwin dah nii.. Hey hey hey...belum lagi okay..urusan nikah kahwin ni, mestilah kita nak restu keluarga terutama ibu bapa. Time ni, baru keluarga akan ambil alih. Mak dengar jer, anak dia menggeletis nak kahwin bulan Jun....tak sempat kata Mak..ada lagi step kena lalu. Mana keluarganya? Mana merisiknya? Mana hantar tanda nya?
Yer, ini semua adat saja. Tapi jika ada kebaikan dan tak melebih-lebih, apa salahnya kita ikut kan..akhirnya proses merisik sekaligus hantar tanda terjadi pada April 2014. Nak kahwin bulan 6? Nan hadoooo. Hahahaa! Tips dari aku yang utama sekali ialah tentukan tarikh nikah dulu baru booking segala yang lain. Dan ini mestilah sekurang-kurangnya TIGA bulan dari tarikh nikah anda semua. Selepas tu, berdoalah supaya semuanya dipermudahkan.
Ok, mari kita tengok macam mana proses penyediaan dokumen untuk berkahwin.
1) Tentukan siapa wali dan 2 orang saksi pernikahan. Wali dan saksi tidak boleh orang yang sama. Sebab masa nak isi borang semua maklumat wali dan saksi ni diperlukan.
2) Pastikan ada maklumat lengkap pengantin lelaki. Senang bila kita kena isi online nanti sebab macam-macam soalan tentang bakal pengantin yang ditanya. Once dah isi, boleh pinda selagi tak cetak.
3) Isi borang melalui NCR online. Bagus sistem ni. Hassle-free. Setakat ni Selangor je buat rasanya. Negeri lain akan menyusul.
4) Bila dah muktamad, cetak borang tersebut 1 salinan dan JANGAN sign.
5) Dapatkan kebenaran nikah dari pihak lelaki. Sebab Tonjer aku Kesatria Baja Hitam, maka dia punya prosedur adalah lebih rumit lagi. Kena dapat kelulusan KAGAT dan selepas tu baru submit kepada Jabatan Agama untuk dapatkan surat kebenaran bernikah. Jadi jika ada hati nak bersuamikan pihak-pihak sebegini, persediaan awal adalah sangat perlu.
6) Bawa DIRI SENDIRI, WALI DAN SAKSI beserta borang lengkap perempuan dan kebenaran bernikah pihak lelaki dan juga LAMPIRAN-LAMPIRAN (borang test HIV ori, salinan sijil kursus kahwin ori, pengesahan bujang dari majikan) dan lain-lain (semak checklist) berjumpa Pendaftar Nikah (Kadi) di kariah masing-masing.
Time ni baru sign borang, lafaz wakalah dan sikit soal-jawab plus tazkirah. Get ready ilmu-ilmu yang sewajarnya. Jangan nak muka toya jer. +_+
7) Bawa borang dan lampiran semua ke Pejabat Agama terdekat, bayar RM10 dan tadaaaaaaa!! Kebenaran Untuk Bernikah pun dikeluarkan.
Time dapat surat kebenaran tu, rasa nak nikah laju-laju laaa. Hahahaaa! Alaaa. Gurau pun tabuliii. Uhuk. Dan surat tu hendaklah diberikan kepada Pendaftar Nikah yang nak nikahkan kita tadi.
Surat kebenaran tu valid selama 3 BULAN dari tarikh dikeluarkan. Reasonable lah untuk uruskan segala persiapan. Aku buat persiapan dan urus dokumen ni sekali jalan. Seiring sejalan gitu. Kena ada perancangan yang jitu supaya tak stress bila berhadapan dengan macam-macam prosedur.
Sebagai pelanggan, kita kenalah juga bertanggungjawab untuk faham dan tahu prosedur yang terlibat jangan hanya reti marah orang kat kaunter jika diberitahu macam-macam kita kena buat. Be prepare ok. Its your big day, right?
So, alhamdulillah aku settle bab documentation ni sebulan sebelum majlis. Tidak terlalu menopous, tidak terlalu rakus. Sedang-sedang aja. Hahahaaa!
Tinggal lagi, doa dari korang semua semoga segala persiapan berjalan lancar, semua urusan dipermudahkan dan pernikahan aku dan dia nanti diberkati Allah SWT. Aamiin.
ps- Lain Kadi, lain cara. Lain Jabatan, lain prosedur. Apapun sentiasa rujuk pihak yang sepatutnya sendiri sebab peraturan boleh berubah-ubah. Pengalaman orang lain bolehlah dijadikan panduan, ok.
Comments
Kalau dapat kad aku datang...
Heh..