Resepi Puding Roti Paling Senang. Sedap? Mestilah. Hahaa!

Assalamualaikum.

Tajuk merangkumi semua. Mestilahhh. Hahaa!

Bila Tonjer request nak makan Puding Roti menjajau aku google resepi. Hahaa! Tak pernah buat. Peghaakkk.

Seperti biasa, google sangat membantu dan ramai blogger jugak sangat baik hati share resepi dekat internet. Masyaallah. Pahala dalam tak sedar kepada orang yang tak kedekut ilmu. Semoga Allah jadikan orang yang suka share resepi yang best2 dekat internet semakin pandai masak. Heeeeee. 

Sekali tu, lepas buat penilaian dan pertimbangan yang sewajarnya resepi Puding Roti oleh Farah Lee (wife Ally Iskandar) paling tersempoi untuk dicuba. Lagi pun aku cari resepi yang kurang guna telur.

So, malam tadi aku pun cubalah membuatnya. Kira percubaan sebelum buat yang betul-betul untuk Tonjer aku nanti. So, ni resepi. Tapi aku adjust sikitlah. Well, siapa suka menderhaka kepada resepi? Hahahaaa!

Untuk Pudingnya.

1) Tiga (3) sudu marjerin. Aku guna Buttercup. (Resepi asal 5 sudu)
2) Setengah cawan gula. (Resepi asal 1 cawan)
3) 800ml fresh milk. Atau agak-agak 1/2 kotak. aku guna Dutch Lady Low Fat.
4) 15 keping roti. Aku guna 1 buku roti Gardenia yang kecik. Aku kira ada 12 keping je. Tu pun termasuk lapis montotnya sekali.
5) Satu (1) biji telur.
6) Satu (1) sudu teh esen vanila. Aku guna 1 penutup botol dia je.
7) Coklat chip atau kismis. Aku guna coklat chip.


Cara-Caranya

1) Gaulkan butter dan gula hingga sebati.
2) Masukkan susu.
3) Carik-carikkan roti atau nak lagi ganas rabak-rabakkan roti tu. Hahaa! Gaulkan sebati.
4) Masukkan telur dan esen vanila. Gaul lagi.
5) Masukkan dalam loyang pembakar yang dilapik dengan aluminium foil (optional). Nak senang, lapik. Nak susah kaluuu..melekat kat loyang susah nak cuci..takyah lapik! Haha! Tabur coklat chip.
6) Bakar dalam oven. Api atas bawah 150 darjah celcius. Aku rasa aku bakar dalam 40 minit. Tengok-tengoklah.

Tadaaa!

Untuk Sos Kastard

1) Satu (1) tin susu cair
2) Dua (2) sudu besar gula
3) Dua (2) sudu besar tepung kastard.

Semua bahan ni masuk dalam periuk dan masak atas api yang kecik sampai pekat. Easy peasy beb.

So, malam tadi lepas dah siap aku pun rasa masa puding tu panas. Not bad. Sebab aku dah kenyang sangat aku masukkan semua dalam peti ais. Dah lama sikit, aku call student aku suruh diorang amik semua puding roti percubaan aku ni. Aku perintahkan diorang suruh habiskan. Hahaaa!

Diorang dengan ketakutan dan menggigil, whatsapp lah aku "Miss, sedap sangat. Nak resepi.' Arrggggh. Poyo lah korang ni. ingat Miss boleh lembut hati? No! Boys are still not allowed in college area after 7 o'clock ok! Muktamad. Hahaaa!

ps - Makan sejuk, sedap sikit kot.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang