Perang Mercun
Assalamualaikum
Salam 26 Ramadhan 1435H. Cepat sungguh masa berlalu. Terasa ralat sangat sebab Ramadhan kali ni terlalu sibuk dengan urusan dunia. Semoga aku diberi lagi peluang untuk bertemu Ramadhan yang akan datang..aamiin!
Malam tadi, aku tido awal jugak sebab niat nak bangun malam. Walaupun sepanjang Ramadhan ni 'sepi' je malam-malam aku (ohok-ohok) tapi aku berazam sebulan sekali nak bangkit tahajud dan nak istiqamah. Nampak senang, tapi hakikatnya......tapi takpe, niat kena ada, kan. Sapa yang baca entry ni, jom kita cuba buat sama-sama. Mulakan dengan sebulan sekali je dulu.
Sedang aku lena diulit intan tetiba terjaga kerana berdentam-dentum bunyi mercun. Bukan sikit-sikit anak, ni macam berperang dah bunyinya. Burung pun sampai berkicau la jadinya terperanjat keluar dari sarang. Tengok jam, pukul 4 pagi. Lebih kurang 10 minit jugaklah berperangnya. Bengkekkk jer hati aku.
Tak tahu lah kenapa so called 'tradisi' oleh si bijak pandai ni masih diteruskan. Tak fikir ke orang yang ada baby dalam kampus ni? Tak tau ke apa kesan kejutan pada jantung baby dan kanak-kanak? Atau sampainya lah hati ganggu ketenteraman orang yang sedang beribadat kejar 10 malam terakhir Ramadhan? Tido pun ibadah tau. Tu aku. Heee. Sangat tak bertimbang rasa.
Tiba-tiba aku dapat mesej dari geng penjaga kolej.
Dia : Kolej kami diserang.
Aku : Bertahan! Bertahan!
Hahahaaa!
ps - Tapi serius dalam hati aku berdoa 'Ya Allah, kau kena kan lah tangan budak yang main mercun ni supaya jadi pengajaran. Jahat eh aku.
Comments