Undang-Undang Jalanraya Di Pasar Ramadhan

Assalamualaikum.

Bukan nak komplen ke hapa sempena bulan baik hari baik ni. Akan tetapi, sikap sesetengah orang yang datang ke Pasar Ramadhan 1435H ni boleh mengundang kemarahan yang teramat sangat. Mari kita lihat. Yeaah!

1) Style Bercanda
Okay. Mungkin kau orang baru nikah 3-4 bulan lepas. Jadi aura romantik tu masih membuak-buak. Akan tetapi tidak perlulah berjalan berpegangan tangan, sambil menghayun-hayunkan tangan (takkan terpisah, kita buddy takkan terpisah) sehingga kita di belakang nak berjalan menembusi depa pun..perghh..perghh. Tu dah kawin takpelah jugak. Ni muka belum diijabkabul, pun sebok nak berpegangan tangan gak, memang mintak mandi jus buah naga la jawabnya. Udah-udah la tu. Nanti-nanti la. Orang nak cepat ni.

Baik cenggini terus dekat tengah-tengah pasar. Biar semua orang jelas, korang pasangan bahagia.

2) Style Brek Mengejut
Ni lagi satu. Jalan sikit, brek. Sikit-sikit brek. Dah la orang punya ramai. Tersondol-sondol dibuatnya. Tu belum orang depan marah sebab kita terpijak selipar dia. Kemain bengis. Hahaa! Cuba la mata tu dibukak dengan pandangan mata burung. Bird view. Belajar meng usha sikit. Fokus. Kalau nak membeli, cepat-cepat rapat ke dalam gerai. 

3) Style Lama Tak Jumpa
Nak berborak, tolong ke tepi. Orang nak lalu laaaaaaaa.

Comments

ctpayong said…
keh keh keh. terbaiklah entri ni.

tambah satu lagi...yang suka buat pusingan U ikut suka-suka dia aje
ctpayong said…
akak share kat FB akak...minta ada tak sesiapa nak volunteer designkan traffic flow kat pasar ramadhan...fee - free. carik pahala free...amal bln ramadhan...hiiiii
..nOWa.. said…
hahaha! banyak lagi style sebenarnya tapi kite dah malassssss nak cakap..hahaa!

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang