Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod Khamis
Assalamualaikum.
Amboi-amboi-amboiiiii. Tak tertahan hati aku nak review episod hari ni Khamis 10 Julai 2014.
Ok sebenarnya, aku cuma layan cerita ni masa episod 1 lepastu aku stop. Lepas tu, baru-baru ni je aku tertengok semula. Hihii. Masa tu dah kemuncak dah. Member-member kat FB dah tahap Abang Zen, Abang Zen aku pun pelik jugak lah. Layan kan aja. Kalau tanya aku, aku suka lakonan Nabilla tu. Natural jer kepoh dia.
Macam mana aku pernah review pasal cerita Ijab dan Qabul mari sini aku kasitau apa dia scene Kerana Terpaksa Aku Relakan yang potongggggg sangat.
1) Kau Dah Nak DiNikahkan Dengan Tajul Zahin Sekali Tiba-Tiba Tajul Razin Yang Genggam Tangan Tok Kadi?
Eh. Potongggggg yang teramat sangat ok. Punyalah susah payah prosedur nak kawin dengan kena submit dokumen bagai, minta tandatangan Pendaftar Nikah bagai, submit kat Pejabat Agama bagai, kau boleh tukarkan pengantin lelaki dalam sekelip mata jeeeeee? Ini sudah mencabar kredibiliti aku sebagai bakal pengantin ni. Mak boleh mintak tukar kaler tema pilihan aku, Mak boleh mintak tukar design kad kawin aku, Mak boleh mintak tukar konsep pelamin aku tapi Mak jangan tukarkan pengantin lelaki di saat-saat akhir. Oh Mama please dont do that to meeeeeee! Heee gediknya.
2) Cukuplah No. 1 Tu Saja Merosakkan Segala Plot Yang Ada. =_=
Ni cerita ganti dia tajuk apa Rindu 200%? Memang aku minat nak layan sebab aku minat kat Zul yang macho tu. Tapi episod pertama jer, masa scene dia call tunang dia tu hati aku dah kata 'ni mesti kejap lagi pompuan ni eksiden'. Hahahaaa!
ps - Oh! Tuan Director. Tolong realistic.
ps - Aku suka cerita yang aku tak boleh predict jalan cerita dia.
Comments
macam scene ala-ala CSI gitu. akak pun suka tengok CSI.