Soal Jawab Sempena Pre-Engagement
Assalamualaikum Dan Salam Ramadhan Kareem.
Apa khabar? Ada baik ka bulan puasa ni? Heeee. Buat yang baik-baiklah..semoga istiqamah yer.
Akhirnya berkat doa semua, aku dah selamat bertunang. Ecewahh. Terkejut beruk semua. Ye lah, habis aku cantas semua tarikh-tarikh sepupu-sepapat. Makcik aku pulak bagi kata-kata azimat bila tau aku nak bertunang 'E'eh..pandai rupanya ko nak kawin. Ingat tak reti'. Hahahaaa! Laser you. Yang sebenarnya, jodoh dah makin dekat dan dipermudahkan..Alhamdulillah..
So, malam sebelum bertunang tu aku borak bodoh-bodoh la ngan bakal tunang aku tu. Eh, lupa nak bagitau. Dengan sapa lagi. Dengan Tonjer aku la Mat Langgar Moto. Saja la aku suruh dia prepare kot-kot sedara mara aku tanya soalan yang pelbagai kat dia. Kang dia jawab ke laut, aku jawab ke laut. Hahaa!
So bermula lah sessi ujian tahap perkenalan. Begini lebih kurang.
Aku : Apa warna kegemaran saya?
Dia : Eh. Takkan ni pun sedara awak nak tanya. Melampau kot.
Aku : Alaaa. Ni saya yang tanya.
Aku : Apa makanan kegemaran saya? Saya suka minum apa? Apa yang saya takut? Siapa bestfriend saya?
Dia : Hmmm. Tak tau awak suka makan minum apa. Awak tak takut. Tapi menakutkan. Hahaha!
=_= adoii laa. Tahi betul.
Dalam banyak-banyak soalan dia bagi 1 jawapan yang betul. That is good enough for me. Hahaa!
ps - 57 hari lagi. Pheww.
Comments