Lurus Dan Manja.

Assalamualaikum.

Salam 12 Ramadhan!

Bulan puasa ni, mesyuarat kurang, kerja pun kurang. Banyak pulak masa dekat pejabat. Apa lagi, melagha lah kerjanya..hihii..blogwalking siang hari memang jarang sangat aku buat. Apatah lagi update blog. Ni kira ajaiblah ni. Hahaa!

Aku tengok video kawin Cik Epal dekat blog dia. Sweet sangat. Kelakar bila suami dia kata Cik Epal ni lurus. Tengok gaya penulisan Cik Epal ni aku ingat dia gonjeng. Hahaa!. Gurau je.

Bila macam tu teringat aku cerita kat PULAPOL. Sebelum pergi, macam-macam tips budak ofis aku bagi. Macam mana nak sorok handphone, macam mana nak seludup makanan, macam mana nak belit kawad. Hahaa!

Kat sana, handphone ngan gajet-gajet ni memang tak boleh bawak kat kompeni (asrama). Boleh guna bila dapat kebenaran Komandan jer. Aku ingat lagi masa aku beratur untuk registration tu, budak opis aku bagi isyarat mata jangan serah handphone. Ceeeyyy. Aku time tu nekad. Ok, kita langgar peraturan ni. Pandai buat, pandai simpan. Hahahaa!

But the truth is, it is just not me. Aku adalah insan yang lurus dan tulus. Bila mana PTT buat sportcheck dan tak jumpa handphone pun dalam bilik aku (aku sorok dalam beg plastik yang aku simpan dalam bowler hat yang aku simpan dalam cover coat. Hahaa!) sekali tu...............

PTT : Ok, awak tak boleh simpan ni kat bilik (housewife kit). Kalau nak guna, jumpa saya di pejabat.

Aku : Ok, Puan!

PTT : Hmm. Last saya tanya. Ada apa-apa lagi nak serah?

Aku : Hmm. Ada, Puan. Saya rasa saya tak nak fikir lagi macam mana nak sorok benda ni. (Sambil keluarkan handphone yang aku sorok)

Budak bilik aku time tu macam.....Krik..Krik..Krik.. Hahahahaaaaaa!

Lepas tu memang sedapla aku kena bahan. Bongok la, lurus la, skema la, penakut la..Hahaa!
Yang pasti masa tu, aku memang tak nak menipu. Aku tak suka kantoi. Hahahaa!

Yer, memang aku lurus. Tapi aku percaya kalau aku ikut je apa yang orang suruh, hati aku akan tenang.
Natijahnya, selepas daripada tu aku antara orang terpilih yang dapat 'privilege' guna handphone oleh PTT.
Ada masa, siap dapat pinjam PC untuk melayari Facebook lagi. Hahahaa!

See? Tak ada balasan buruk bagi perbuatan yang jujur.

ps - Dalam lurus aku, ada juga bengkoknya. U never know. (angkat-angkat kening)

Comments

ctpayong said…
menipu ni cepat beranak sebab apa....kenalah tipu & tipu utk cover tipu yang pertama kan. oklah...kalau bukan ahli dalam bab menipu ni mesti senang kantoi.

cakap melalui pengalaman ler ni gamaknya...hehehe

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang