Resepi Asam Pedas Ikan Pari - Selangor (Omak Den) Style!
Assalamualaikum!
Hai Odee! Silent reader I gitu. Jep mana Jep. Hahaaa!
Orang lain pre-wedding amik gambar lawa-lawa tapi aku lain pulak halnya. Mengasah bakat memasak gitu. Hahaa! Poyo kannn.Minggu lepas, aku tak balik kampung, jadi aku offerlah diri masakkan Tonjer aku. Saja la. Nak tunjuk rajin. Hahahaa!
Sabtu tu aku masak Lemak Udang Dengan Nenas, Kangkung Goreng Belacan dengan Ikan Goreng Rempah Dengan Sambal Penyet. Tonjer ni makan tak cerewet sangat, cuma kalau kita mintak feedback, kemain ikhlas dan jujur betul dia bagi. Hati kena mau keras maa. Hahaa! Untuk 3 benda ni kecah dapur aku. Hihii. So, untuk dish yang hari Sabtu tu, so-so katanya sebab terpotong sikit di situ kerana dia kurang gemar makan masak lemak yang ditaruk nenas. Dan sambal penyet aku is horrible, pahit. Tak jadi at all! Kurang asam punya belacan. Makan tuan ye. Uhuk.
So semalam, aku tanyalah dia nak makan apa? Apa-apa je lah kata dia. Sebab tak nak mengecewakan dia dengan masakan aku yang asik nak surprise je, aku declare masak Asam Pedas Ikan Pari dengan Sayur Campur je. Juga telur masin sebagai pencuci mulut. Heee.
Aku dah sound awal-awal ini Selangor style sebab dia orang Melaka+Johor. Matiklahhh. Hahaa! Untuk sediakan ni semua, kerja memasak bermula seawal pukul 2 petang ye. Pukul 5.30 baru aku siap masak. Gila lembap. Mengambilkira bahan mentah tak sedia dipotong lagi. Huhuu.
**mukadimah lagi...yada-yada**
So ini resepi versi Makcik Besah + Google
1) Ikan Pari 7 ketul sederhana besar (dibasuh dengan tepung gandum) dan dikunyitkan
2) Tujuh (7) helai daun kesum
3) Satu (1) batang serai dititik
4) Satu (1) biji tomato dibelah 6
5) Tujuh (7) biji bendi
6) Satu (1) sudu besar Pes Asam Jawa (aku guna yang ready-made tu)
7) Satu (1) senduk nasi cili giling (aku blend cili kering sendiri)
8) Satu (1) kuntum bunga kantan dibelah dua (aku tak bubuh sebab satu Melaka takde stok hari tu. Haha!)
Bahan Kisar 1
1) Tujuh (7) biji bawang kecik
2) Tiga (3) ulas bawang putih
3) Lebih kurang 1/2 inci lengkuas
4) Lebih kurang 1/2 inci halia
5) Lebih kurang 1/2 inci kunyit hidup
6) Lima (5) helai daun kesum
7) Sedikit belacan (dibakar)
7) Sedikit belacan (dibakar)
Bahan Kisar 2
Dua (2) biji tomato (optional untuk memekatkan kuah)
Cara-caranya ialah :
1) Panaskan minyak dalam periuk.
2) Masukkan semua bahan kisar 1 dan serai yang dititik. Tumis hingga naik bau.
3) Masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak sikit.
4) Masukkan bahan kisar 2 dan biar mendidih sekejap.
5) Masukkan ikan.
6) Masukkan pes asam jawa yang dilarutkan dengan air.
7) Tambahkan lagi air hingga menutup ikan.
8) Masukkan daun kesum dan bunga kantan * jika ada. Biarkan kuah mendidih.
9) Masukkan bendi dan selepas itu tomato.
10) Perasakan dengan garam dan sedikit gula* (optional)
Tada-tada!
**Gambar takde. Tak sempat. Dapo kecah. Hihi**
ps - Tonjer kata : Lulus. Dua kali tambah nasik. Ahaii. Sweet talker. Hahaa!
ps - Petua memasak Mak aku. Bilangan bahan-bahan biar ganjil, baru sedap. Eh? Ikut je, tak mudarat pun.
Comments