Makanan Bazar Ramadhan Rasa Sampah? Yay Or Nay.
Assalamualaikum.
Merujuk kepada tajuk di atas, aku memang setuju bahawa mulut Azwan Ali memang puaka. Fullstop.
Tak salah nak mengkritik atau nak bagitau satu dunia bahawa pegi beli makanan buka puasa dekat Pasar Ramadhan is not suit to your level. So just be it! Pegi makan kat hotel atau upah Chef masak kat rumah kau. Tak perlu hina secara pukal. Or maybe he dont mean it. But its too late.
Persoalannya, adakah betul rasa makanan dekat Pasar Ramadhan (Param) macam sampah?
Aku adalah orang yang sangat susah untuk bagitahu mana-mana makanan adalah tak sedap. Kalau tak sedap, selalunya aku makan juga dan diam. Kalau sedap, aku kepoh. Hahaa! Tak sedap dan tak boleh dimakan adalah berbeza yer. Citarasa orang tentang sedap pun berbeza-beza kan. So, faham-faham je lah.
Pada aku, tidaklah rasa 'sampah' semuanya. Aku personally , ada favourite spot beli makan berbuka dekat Param. Dimasak cukup rasa, dijual penuh jujur ikhlas.
Masalahnya, ada penjual yang menjual hanya sebab pentingkan soal untung semata-mata. Yang ni aku tak suka. Kalau aku terkena, walaupun tak suka tetap aku balun juga. Dan aku anggap itulah rezeki aku hari tu.
Cuma aku harap, jujurlah dalam berniaga. Masaklah makanan yang nak dijual sepertimana kita hendak makan. Jangan biar orang menyumpah kita. Tak untung.
Roti Sosej. Sosej dipotong 4. Roti dipotong 2. Sesuai harga, RM0.40 seketul.
Hmmmphhh.
Comments