Posts

Showing posts from October, 2014

Over Acting.

Image
Assalamualaikum. Kan esok nak final Piala Malaysia. Ok, fine. Team aku tak pegi final (Padahal lama dah tak pergi final. Asik gagal je misi. Hahaa!) Yang aku tengok, tiba-tiba bukan main ramai pulak orang perempuan yang acah-acah minat bola. Kadang-kadang tu, over dia mengalahkan orang lelaki yang kebanyakannya chill-chill aja. Aku kadang-kadang malu gak tengok bukan main over perempuan yang bajet nak bagitau satu dunia yang diorang ni die-hard fan team masing-masing tapi lebih menjurus kepada poyo dan nak cari gaduh dengan fan team lain aja. Peminat bola wanita ni pun sebenarnya muncul macam cendawan tumbuh di hari hujan dalam arena bola ni pun sejak team dia duduk kat atas liga je. Tu pun sejak team dia ni baru tubuh. Hihi. Menganjing nampaknya di situ. Sebab tu aku tekankan tajuk over-acting. Untuk yang over-over saja harus terasa. Heeeee. Yang tak berkenaan, chill-chill aja yer. Orang lelaki suka bola tu biasa. Tapi kalau orang perempuan declare dia suka bola, die-...

30DBC - Gambar Terbaru Dan 5 Fakta Tentang Diri Anda

Image
Assalamualaikum! Tada-tada. Sebenarnya baru aku teringat dulu-dulu pun aku pernah up entry pasal blog challenge gak. Tapi sampai hari ke berapa ntah aja. Yang ni kita tengok berapa lama aku bertahan ok. Layan kan aja la. Hahaa! Gambar ni lama la jugak. Raya tahun ni. Dua bulan sebelum kawin. Dah gambar terkini aku semua tak semenggah aja. Kira boleh la ni. Sama je rupa aku. Beza kat bontot jer. Hahaaa! Lagi pun aku ni low profile, tak suka tertonjol sangat. Sipi-sipi sudahlaaa. Hihi. Me and Haziq. Pemusnah sesi bergambar. Miss u, Dek. Lima (5) fakta tentang diri aku. 1) I love reading. Kecuali buku pelajaran. Just like that. Hahaa! 2) Orang selalu sangka aku orangnya garang dan serius. Tapi aku rasa aku ni pemanja. Dan penangis. 3) Aku suka memasak berbanding berurusan dengan kain. Cuci, sidai, lipat. My least favourite chore. 4) Dulu aku specky. Power kiri kanan 400+. Tapi aku dah lasik. Alhamdulillah nikmat mata. 5) Aku ni jenis setia (take n...

Terapi Otak.

Image
Assalamualaikum. Menulis ni sebenarnya satu terapi bagi aku. Tulis yang gini-gini lah. Cuba kau suruh tulis kertas kerja. Kemain buntu. Berhari-hari tak juga submit kat Boss. Hihii. Untuk galakkan otak kiri dan kanan aku bekerja secara seimbang dan konsisten (ceeewaah!) aku nak buat juga 30 days blogs challenge. Kasi kerja ini otak. Yeaahh! Jom tengok fungsi otak kiri dan otak kanan.  Otak kanan merupakan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya, bahasa, irama, muzik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan peribadi. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory). Otak kiri pula berfungsi dalam hal mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat perbezaan, menyimpan data dan fakta, analisis, angka, urutan, tulisan, bahasa, kiraan dan memahami logik. Daya ingatan kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory). Cuba korang tes...

Keguguran.

Image
Assalamualaikum. Tenang, tenang semua. Aku cuma keguguran rambut aja. Heee.. Dah lama dah sejak aku tak potong rambut. Orang kata kalau rambut gugur, kita potong sikit nanti dia elok. Aku ni particular sikit bab ni. Dah lah susah nak cari female hair saloon kat Melaka ni. Mak aku pulak dah tak terel dah potongkan rambut. Dulu-dulu Mak je pun yang potongkan. Aku ni takde la nak berabih beratus-ratus sebab nak cantikkan rambut bagai. Rambut sihat, tak bercabang, tak berbuah, takde kelumumur, ok lah bagi aku. Lepas syampoo taruk perapi, selang 2 hari kasik vitamin. Settle.  Masalah dia rambut aku ni tak kuat, mudah gugur. Macam-macam syampoo aku pakai. Rejoice, Pantene, Sunsilk, Clear, Dove, Selsun Blue, syampoo Hai-O (apatah nama dia, lupa) and macam-macam lagi lah aku try. Last sekali aku pakai syampoo Bawang yang bu-sook tu. Haihh. Tak jalan. Merata rambut aku dalam rumah. Kalau rambut yang jatuh tu boleh bertukar jadi duit mak aihh bahagia hidup aku. Hihii.  ...

Tips Nak Bagi Air Liur Menjejes. Mampu?

Image
Assalamualaikum! Kalau dah tahap scroll handphone layan Fb, Insta, Blog tak sedar air liur menjejes-jejes lebih baik bertindak. Ni jeruk mangga asam boi punya pasal lah. Time tengah viral, laju jer orang buat bisnes. Siap COD lagi. Satu balang kecik orang jual sampai RM22. Mak aihh. Tak boleh jadi. Suatu tengahari, terus sms suami kalau ada pelam yang masam-masam kat kem tu tolong bawak balik sikit yer. Time tu takdelah menaruh harapan sangat sebab celah bedah mana pulak suami nak cari pokok pelam. Saja jer sebenarnya nak manja-manja, nak tingkatkan bil talipon. Hahaa! Sekali tu, suami balik kerja buat surprise bawak satu plastik mangga bulat yang masam gila tu. Ya Allah...terharu sangat. Huhuu. Dia kata, mintak kat rumah orang. Bimbang sungguh dia kot ini permintaan terakhir bini, kalau pergi pun biarlah air liur tak meleleh..hahahaaa! Tu aku yang exaggerate. Suami aku wat rilek wat peace petik kat rumah kawan dia.  Esoknya aku pun pegi la Family Store cari Asam B...

Bikin Panas.

Image
Assalamualaikum! Hello ya'allllll. Hello stalker. Hahaaa!  Itu hari masa cuti Deepavali 'yang sangat mengelirukan' tu, korang buat apa kat rumah?  Kitorang pegi Zoo Melaka. Tengok monyet, ghimau, singa, burung, zirafah, gajah, kura-kura, ular, seladang dan macam-macam lagi la. Apa ingat Zoo Melaka ni cikai sangat ke? Ada binatang tauuuu. Pegi pulak car pool dengan skuadmate suami aku dengan baby diorang umur 8 bulan. =_= Memang Mak Bapak la yang beria-ria. Anak buat dek jer. Hahaaa! Pendidikan awal katanya. Heee. MasyaAllah, punyalah jeli kaki ni berjalan, dah la gemuk. Pancit la... Balik petang tu, ada sedara belah suami bertandang kat rumah. Melawat pantin baru kata dia. Hihii. Pukul 11 malam baru selesai semuanya. Aku dengan suami aku terbongkang pandang each other. 'Penat jugak yer' suami aku kata. Hahaaaa! Baru tau ke. Ok lah tu. Dari kita buat aktiviti rutin kita tiap kali cuti iaitu makan tido dan tengok tivi dan ulang lagi, lagi, lagi ye...

Food Review - BurgerByte

Image
Assalamualaikum! Minggu lepas masa balik kampung, Aku dengan Tonjer pusing-pusing Seksyen 7 Shah Alam carik pisang cheese. Sekali tu tak jumpa. Uh keciwer. Ternampaklah Burgerbyte dekat-dekat situ punya panjang orang queque. Mak aihhh. Ni mesti sedap sangat la tu kan. Tapi tak pasti la kalau time tu Zizan ada buat upacara sain autograf ke apa. Heee. Tak jumpa pisang cheese, kitorang meneruskan perjalanan dengan kehampaan....ececeh. Balik dari kampung, hari Isnin tu kami orang pun jalan-jalan ler Mydin MITC. Dah nak balik masuk kereta, seberang jalan terpampang Burgerbyte. Hahaa! Jom jer la dah orang nak belanja. Hahaa! Time tu dalam pukul 5 lebih kurang, tak ramai pun orang. Tak perlu beratur bagai nak rak. Hahahaa! So, kalau tak nak beratur, mari la datang ke Burgerbyte cawangan MITC Melaka ya'all!! Datang hari Isnin (dengan syarat amik cuti) pukul 5 petang camtu. Hahahahahahaaaaaaaaaa! Some of the menus. Aku order Chicken Bacon with Cheese. Sedap ko. ps -...

Food Review - Kek Batik Tersedap

Image
Assalamualaikum! Biasa je lah kan korang makan kek batik. Buat sendiri pun boleh kan. Tapi yang ni, sekali makan memang nak lagi. Pertama kali aku makan masa beraya rumah sepupu aku bertahun-tahun yang lepas. Anak dia, Alyn yang buat. Siap dia share resepi lagi and time tu dia tak start commercialkan kek batik ni. Tapi beza aku dengan dia ialah, dia otak bisnes dan rajin. Aku pulak otak makan dan malash. Hahaaa! Sekarang, aku tumpang bangga sebab dengan hasil jual kek batik dia dah ada vendour concept boutique dia sendiri dan kek batik dengan jenama dia sendiri.  Aku tak tau selera korang, but to me this is the best kek batik ever sebab selain sedap dia ada nilai tambah iaitu packaging anti-semut. Hahaaa! Kau mampu review cenggini? Haruslah aku je mampu. Heee. Boleh pegi ke facebook dia atau insta untuk tempah online. COD takde yer. Aku jer mampu COD. Kata sedara. Hahaa! Lagi satu aku nak review pasal popcorn Poco ni. Mula-mula aku agak sentimen sikit bila teng...

Pseudocyesis

Assalamualaikum! Amboiii..tu dia..tajuk entry pun dah gempak..baru nampak ilmiah sikit blog aku ni. Hahaaa! Hari ni nak share sikit pasal Pseudocyesis atau false pregnancy ataupun kehamilan palsu..Haa tu nak pandang serong kat Akak la tu kan..hahaaaa! Aku tak kisah pun, sebab aku rasa positif nak share ni..yeahh! Actually, takde mana-mana doktor pun yang diagnose aku Pseudocyesis, tapi aku syak jer aku ada simptom-simptom tu..see? Terlebih sudah aku ni..hahaaa! Memandai-mandai aja. Tak kira, nak jugak! Hahaa! Semuanya berpunca bila aku nak buat bekam itu hari. Sebab aku baru kawin, as precaution kakak tu nak check aku dulu sebab dia kata orang yang mengandung tak boleh buat bekam. So dia pun urut-urut lah aku.. Pastu berdasarkan pengalaman dia sebagai tukang urut, dia kata dia syak aku mengandung. Aku pun apa lagi. Tak mungkin kakak sebab saya baru je habis period. Kakak tu explain lah gejala-gejala mengandung yang pelbagai termasuklah turun period walaupun mengandung....

Hari Pos Sedunia

Image
Assalamualaikum 9 Oktober setiap tahun dikhabarkan sinonim dengan sambutan Hari Pos Sedunia. Aku takde la kenangan khusus dengan posmen atau pejabat pos. Biasa-biasa aja. Terutama posmen, selalunya kita jarang berkomunikasi dengan diorang kan. Sekadar ambik surat, sain kalau perlu dan ucap terima kasih. Bayangkanlah betapa formalnya kita selama ni dengan brader-brader posmen yang susah payah cari alamat kita dan sampaikan surat-surat penting, surat tak penting macam reminder bayar hutang (hihi) dan paling penting sampaikan barang pesanan online kita. Heeee. Terima kasih semua Posmen. Posmen Pos Malaysia, mahupun swasta. Ececeh khusus gitu ucapan. Hihii. Mak aku selalu cerita kenakalan arwah kakak aku masa kecik-kecik. Kakak aku ni masa kecik-kecik muka dia comel lepastu mulut dia petah. Ada satu hari tu Posmen hantar surat dalam hujan renyai. Sekali bila sampai rumah aku hujan makin lebat.  Jadi Posmen tu pun berteduh lah kat porch rumah aku, tak naik rumah pun. Be...

Sentap Seorang Isteri

Image
Assalamualaikum. Fuyyo. Tajuk tak agak-agak. Hahaaa! Haruslah. Ni korang ni, aku tulis sikit mesti ingat pasal aku. Nak gossip la tu. Hahaa! Blog ni kadang-kadang aku tulis pasal aku dan pasal orang lain jugak. Semua untuk pengajaran. Paham? Sapa tak faham, pegi kat dinding, hantuk kepala tu. Heee. Bukan apa. Dalam dunia ni bukan semua orang ada 'common sense'. Ada tu, nak kena bagitahu baru nak faham. Ada yang nak kena tampar baru nak ngertik. Ada yang nak tunggu kena kat batang hidung sendiri baru nak sedar. Ambooii. Garangnyerr. Hahaaa! Mestilah. Aku ni bukanlah jenis cemburu buta tapi pencumbu dan pencemburu tu ada lah. Sapa kata diri tak cemburu memang penipu dan pentipu lah..lagi-lagi kat suami sendiri..baru kawin pulak tu..hahaa! Bila dah kahwin ni, baru lah faham ooo macam tu, macam ni. Kita ingat sebelum kahwin, ilmu kita dah ada. Tapi sebenarnya we will learn all through the marriage you know. Ya'all! Ya'all! (Kejadah) Hidup berumahtangga ni k...

Soalan Standard - Lepas Kahwin

Assalamualaikum! Haloo halooo aloohaa! Amboi-amboi..bukan main lagi yer..apa yang bukan mainnya? Apa-apa je lah..hahaa!  Maklumlah terlalu banyak benda yang jadi akhir-akhir ni..tukar MB lah, minyak naik lah..budak meninggal jatuh kat sekolah, budak meninggal dekat taska..nauzubillah min zalik.. Jangan lupa juga insan-insan terpilih yang sedang tunggu hari wukuf di Arafah..amalan sunat yang kita boleh buat kat sini ialah puasa sunat hari wukuf yang jatuh pada hari Sabtu (4 Oktober 2014). Insyaallah, sama-sama kita buat kalau keadaan mengizinkan buat top-up dosa-dosa kecik mengumpat Wak Doyok couple ngan Elfira Loy, Rozita Che Wan bersalin baby girl, Didie Alias bersalin, Noryn Aziz bersalin, Fasha Sandha nak bersalin..ehh ehh ehh.  *Yada-yada* Soalan standard yang selalu aku dapat sejak kahwin ni ialah 'best ke kahwin?' =_+ Selalunya aku akan bagi jawapan cliche iaitu 'Hahahaa!' Heeeee. Sebab nak jawap soalan tu libatkan permainan emosi. Seb...