Terapi Otak.

Assalamualaikum.

Menulis ni sebenarnya satu terapi bagi aku. Tulis yang gini-gini lah. Cuba kau suruh tulis kertas kerja. Kemain buntu. Berhari-hari tak juga submit kat Boss. Hihii.

Untuk galakkan otak kiri dan kanan aku bekerja secara seimbang dan konsisten (ceeewaah!) aku nak buat juga 30 days blogs challenge. Kasi kerja ini otak. Yeaahh!

Jom tengok fungsi otak kiri dan otak kanan. 

Otak kanan merupakan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya, bahasa, irama, muzik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan peribadi. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory).

Otak kiri pula berfungsi dalam hal mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat perbezaan, menyimpan data dan fakta, analisis, angka, urutan, tulisan, bahasa, kiraan dan memahami logik. Daya ingatan kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory).

Cuba korang test tengok otak mana korang paling banyak guna kat sini. Aku punya result 'you used your brain equaally 50% right -50% left. Eeewaaahhh! Ni kira genius ke apa ni. Hahahaa!

So, this challenge start...........................esok je lah.


ps - Tapi aku rasa aku ni jenis otak kanan lah. 

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang