Sentap Seorang Isteri

Assalamualaikum.

Fuyyo. Tajuk tak agak-agak. Hahaaa! Haruslah. Ni korang ni, aku tulis sikit mesti ingat pasal aku. Nak gossip la tu. Hahaa! Blog ni kadang-kadang aku tulis pasal aku dan pasal orang lain jugak. Semua untuk pengajaran. Paham? Sapa tak faham, pegi kat dinding, hantuk kepala tu. Heee.

Bukan apa. Dalam dunia ni bukan semua orang ada 'common sense'. Ada tu, nak kena bagitahu baru nak faham. Ada yang nak kena tampar baru nak ngertik. Ada yang nak tunggu kena kat batang hidung sendiri baru nak sedar. Ambooii. Garangnyerr. Hahaaa! Mestilah.

Aku ni bukanlah jenis cemburu buta tapi pencumbu dan pencemburu tu ada lah. Sapa kata diri tak cemburu memang penipu dan pentipu lah..lagi-lagi kat suami sendiri..baru kawin pulak tu..hahaa! Bila dah kahwin ni, baru lah faham ooo macam tu, macam ni. Kita ingat sebelum kahwin, ilmu kita dah ada. Tapi sebenarnya we will learn all through the marriage you know. Ya'all! Ya'all! (Kejadah)

Hidup berumahtangga ni kena banyak berusaha. Banyak benda nak jaga. Termasuk hati dan perasaan. Eceewaahh.

Macam ni lah. Meh aku ajar sikit adab-adab berkomunikasi dengan lain jantina, lagi-lagi kalau orang tu suami orang. Akak dah biasa dah Dik, trust me ok. (tangandibahumatakeatas)

Ni aku fokus kat member lelaki/officemate. Kat ex-boyfren pun boleh jugak.

1) Jangan panggil kawan lelaki korang dengan panggilan 'Abang' walaupun dia lagi tua dari korang. Biasa dah aku dengar satu tempat kerja duk Abang sana, Abang sini. Dah kat rumah, isteri dia panggil Abang, kat pejabat pun kena panggil lagi. Bajet hubungan terlalu akrab macam abang-adik la tu? Kerja buat cara kerja. I tak risau sebab I tak panggil suami I Abang. I panggil dia Tonjer. Sapa berani panggil dia Tonjer depan aku, silakan. Hahaaa!

Panggil lah dengan panggilan 'Encik', nama dia atau pangkat dia. Contoh aku kat pejabat panggil 'Mad, (nama) , Jen (Sarjan) dan lain-lain lagi lah. Elok jer. Nak SMS pun macam tu. Elok untuk elakkan salah faham.

2) Ni satu lagi pasal SMS. Di larang sms member lelaki/officemate/ex-boyfren bila malam menjelma. Dan pastikan sms tu yang penting-penting aja. Ni nak kata cemburu ke, tak sporting ke, apa ke, kata lah. Dah banyak terjadi. Sebab satu sms jer, berperang suami-isteri. Dari orang tak tau, habis kecoh satu pejabat. Yang bujang-bujang tu, tolong la. Sensitif la sikit. SMS  ni takde suara. Selalu orang misinterprete. 

Kita tulis 'Bang..' orang ingat kita bunyi "Banggggg". Ha? See? Kau pun confuse kan. Tu la aku dah cakap tadi.

Kita hantar icon 'smiley', orang ingat maksud kita 'I'm happy with you, Baby'
Haa? See? Hahaaa! Sapa kita nak control fikiran orang? Dapat yang 'husnuzon' ok lah..kalau bersangka buruk je sentiasa acaner. Mendapat...sebab tu yang paling bijak ialah 'don't create situation'. Kalau nak bijak lah..kalau nak bingai, sapa aku nak menghalangnya..heee.

3) No body-contact. No at all. Please lah. Walau pun sekadar bertepuk-bertampar kasar. Tak elok. Walau seakrab mana pun, tolonglah jaga tingkah-laku kita dengan kawan-kawan lelaki ni terutamanya suami orang. Memanglah, this things 'takes two to tango'. Tapi tak boleh ke kita yang jadi orang berakal. Dalam setiap benda jangan nak harapkan orang lain je. Kita yang kena jaga diri kita sendiri, maruah kita, harga diri kita. Nak sporting ke hapa ke biar bertempat.

Cukuplah 3 dulu. Penat Akak dah. Pada yang rasa nasihat aku ni jumud, terpulang. Nak label aku tak sporting ke apa ke, terpulang jugak. Tapi dengan pengalaman yang aku ada, 3 benda kecik ni lah yang selalu jadi punca kepada masalah yang lebih besar.

Yang mana bujang, rasa aku menggelupo terpulang. Sebab bila kau dah kawin nanti, baru kau boleh berfikir apa yang aku cakap ni. 

Yang mana dah kahwin, nak share dengan aku, please drop your comment here.

Ni ada tips hidup berjaya dan positif. Kecik, tak nampak? Besarkan.



ps - Tips hidup bahagia - never contact your ex. Lagi-lagi ex-boyfren. Life goes on. Hihi.


Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.