Pseudocyesis
Assalamualaikum!
Amboiii..tu dia..tajuk entry pun dah gempak..baru nampak ilmiah sikit blog aku ni. Hahaaa!
Hari ni nak share sikit pasal Pseudocyesis atau false pregnancy ataupun kehamilan palsu..Haa tu nak pandang serong kat Akak la tu kan..hahaaaa! Aku tak kisah pun, sebab aku rasa positif nak share ni..yeahh!
Actually, takde mana-mana doktor pun yang diagnose aku Pseudocyesis, tapi aku syak jer aku ada simptom-simptom tu..see? Terlebih sudah aku ni..hahaaa! Memandai-mandai aja. Tak kira, nak jugak! Hahaa!
Semuanya berpunca bila aku nak buat bekam itu hari. Sebab aku baru kawin, as precaution kakak tu nak check aku dulu sebab dia kata orang yang mengandung tak boleh buat bekam. So dia pun urut-urut lah aku.. Pastu berdasarkan pengalaman dia sebagai tukang urut, dia kata dia syak aku mengandung. Aku pun apa lagi. Tak mungkin kakak sebab saya baru je habis period. Kakak tu explain lah gejala-gejala mengandung yang pelbagai termasuklah turun period walaupun mengandung...gitu..banyaklah ilmu nandung-nandung dia share dengan aku yang naif dan tulus mulus ni hari tu..heeee.
Pastu sebab kakak tu tak mau ambik risiko, dia tak buatlah bekam kat aku hari tu. Dia nasihat kat aku janganlah berharap sangat sebab dia cuma letak 20% je harapan berdasarkan pengalaman dia. Dia suruh aku tunggu next period dan buatlah check-up kat klinik. So,hari tu dia sekadar buat urutan badan je kat aku. Sepanjang mengurut tu akak tu siap noticed lagi 'Aii, ada senyum nampak. Selalu menggelupo ko ni kena urut.' Hahahaaa!
Habis jer urut seperti biasa, aku pun bergegas mencari suami I yang tertonjer-tonjer tu..nak gebanglah, apa lagi kannn..hahaa! Dan kesilapan pertama pun bermula. Hahaaa! Kesian suami I pun terbabit sama. Tak menyabar aku ni..huhuu.
Nak jadikan cerita keesokan harinya aku perasan gejala-gejala pun muncul iaitu :
1) Mulut aku pahit dan payau tapi aku takde muntah-muntah. Suami aku pulak yang muntah-muntah. Hihii. Alololoo. Comel kan. Tapi mulut payau aku ni dah jadi sejak 2 minggu sebelum aku kena urut lagi. Jadi faktor ni menguatkan lagi dakwaan aku nandung...ececehh.
2) Pinggang sakit-sakit. Perut angin-angin. Kentut-kentut. Ewaaahh!
3) Kepala pening-pening lalat. Tapi sebab aku ni jarang sakit (alhamdulillah) jadi aku tak layan sangat sakit sikit-sikit ni. Jyeahh!
4) Craving for food. Amboiii..makan nasik sepinggan u olls..which is selama ni nasik aku sangat-sangat jarang makan dan paling banyak pun sesenduk saja ok..
5) Berat naik 2kg. Ebob-ebob.
6) Emosi. Kuat merajuk kat suami aku. Hahahaaa! Ni poyo jer.
Selepas tu, aku dapat satu lagi gejala iaitu aku tiba-tiba macam period. Tak bleeding banyak tapi ada stain lah. Aku makin musykil sebab kalau ikut kiraan, itu adalah hari ke-16 dalam cycle period aku. Jadi first time dalam hidup, aku dalam keadaan istihadah. =_+
Oh! Hati ini semakin tak keruan.
Aku bersabar sampailah hari ke 7 istihadah aku pun pegilah klinik. Doktor scan dan buat UPT and the result is (-)!! Huhuu. So, doktor bekalkan aku Norethisterone untuk aku consume selama 21 hari untuk betulkan semula hormon aku yang tunggang-langgang tu.
Sebagai seorang wanita dan isteri aku rasa adalah normal untuk menaruh harapan yang tinggi untuk cepat-cepat mengandung selepas berkahwin. Tapi yang tidak baiknya ialah bila kita tak dapat mengawal emosi dan membiarkan hormon dan tubuh badan memanipulasi diri kita.
Aku beruntung sebab ada suami yang selalu terbuka dalam hal ni dan juga aku sangat bertuah sebab ada ramai kawan yang prihatin dan selalu menyokong dan berkongsi ilmu dengan aku.
Walaupun hingga sekarang aku masih berasa payau dan pening lalat tapi aku faham ini semua adalah permainan hormon yang hendak sesuaikan diri bersama hormon suami aku..Hahaaaa!!
Selagi UPT tidak menunjukkan dua line, aku tidak mahu mengalah dengan permainan emosi. Hihii. Tapi pengalaman ni bagi aku is so priceless especially to us, suami isteri. Banyak manisnya. :)
Don't worry, ini semua rezeki. Percaya kepada Allah SWT. Yang penting berusaha.
Boleh search banyak-banyak info pasal false pregnancy ni kat sini dan kat sini jugak.
ps - Doakan aku dan suami dikurniakan rezeki anak-anak yang soleh-solehah dan sihat. InsyaAllah.
ps - Penting untuk catat tarikh-tarikh period atau apa-apa kelainan pada diri kita. Aku amalkan lama dah sebelum kawin lagi. Sebab kalau nak doktor bantu kita, kena bagi maklumat yang jelas. Download la, banyak application kat playstore tu.
ps - Penting untuk catat tarikh-tarikh period atau apa-apa kelainan pada diri kita. Aku amalkan lama dah sebelum kawin lagi. Sebab kalau nak doktor bantu kita, kena bagi maklumat yang jelas. Download la, banyak application kat playstore tu.
Comments