Tips Nak Bagi Air Liur Menjejes. Mampu?

Assalamualaikum!

Kalau dah tahap scroll handphone layan Fb, Insta, Blog tak sedar air liur menjejes-jejes lebih baik bertindak. Ni jeruk mangga asam boi punya pasal lah. Time tengah viral, laju jer orang buat bisnes. Siap COD lagi. Satu balang kecik orang jual sampai RM22. Mak aihh.

Tak boleh jadi. Suatu tengahari, terus sms suami kalau ada pelam yang masam-masam kat kem tu tolong bawak balik sikit yer. Time tu takdelah menaruh harapan sangat sebab celah bedah mana pulak suami nak cari pokok pelam. Saja jer sebenarnya nak manja-manja, nak tingkatkan bil talipon. Hahaa!

Sekali tu, suami balik kerja buat surprise bawak satu plastik mangga bulat yang masam gila tu. Ya Allah...terharu sangat. Huhuu. Dia kata, mintak kat rumah orang. Bimbang sungguh dia kot ini permintaan terakhir bini, kalau pergi pun biarlah air liur tak meleleh..hahahaaa! Tu aku yang exaggerate. Suami aku wat rilek wat peace petik kat rumah kawan dia. 

Esoknya aku pun pegi la Family Store cari Asam Boi. Hambikk kau, RM9.90 satu peket yang sederhana. Yang kecik-kecik tak jual yer. Pandai betul kedai ni meniaga. Ok, ini resepi yang aku ikut kat FB member sebab ada macam-macam versi.

1) Mangga muda. Aku guna dalam 15 biji macam tu. Kalau boleh yang bulat tu. Lagi masam, lagi kaww. Modal dia, percuma. Cuma perlu hantar suami yang baik budi pekerti + muka toya + ringan mulut mintak pelam orang. Hahaa!

2) Cili padi merah. Aku guna dalam 15 biji jugak. Pedas dah ni.

3) Gula. Aku guna dalam 15 sudu. Gula lebih takpe sebab pelam masam.

4) Asam Boi yang masin tu. Aku terlebih guna. Aku tamak aku tuang separuh peket. Nasib tak tambah garam. Lain kali, bubuh dalam 10 bijik je dulu. Kurang masin, tambah lah lagi. Jangan ikut gelojoh aku ni.

Goncang-goncangkan dalam balang. Jangan bubuh air. Simpan dalam peti ais 3 jam, biar serasi. Aku kalau tak menderhaka kat resepi kan tak sah. Lepas goncang, makan terussss. Hahaaaa!

Walllaaaaah! Sedap yoo!


ps - Modal aku RM9.90 je. Makan ulang-ulang kali. Kadang-kadang tu, mana yang boleh buat, cuba buat dulu. 

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.