Soalan Standard - Lepas Kahwin
Assalamualaikum!
Haloo halooo aloohaa! Amboi-amboi..bukan main lagi yer..apa yang bukan mainnya? Apa-apa je lah..hahaa!
Maklumlah terlalu banyak benda yang jadi akhir-akhir ni..tukar MB lah, minyak naik lah..budak meninggal jatuh kat sekolah, budak meninggal dekat taska..nauzubillah min zalik..
Jangan lupa juga insan-insan terpilih yang sedang tunggu hari wukuf di Arafah..amalan sunat yang kita boleh buat kat sini ialah puasa sunat hari wukuf yang jatuh pada hari Sabtu (4 Oktober 2014). Insyaallah, sama-sama kita buat kalau keadaan mengizinkan buat top-up dosa-dosa kecik mengumpat Wak Doyok couple ngan Elfira Loy, Rozita Che Wan bersalin baby girl, Didie Alias bersalin, Noryn Aziz bersalin, Fasha Sandha nak bersalin..ehh ehh ehh.
*Yada-yada*
Soalan standard yang selalu aku dapat sejak kahwin ni ialah 'best ke kahwin?' =_+
Selalunya aku akan bagi jawapan cliche iaitu 'Hahahaa!' Heeeee.
Sebab nak jawap soalan tu libatkan permainan emosi. Sebab kalau tidak, kau akan cuma nampak betapa banyaknya 'perselisihan kecil' antara kau dan suami yang kau kira kau telah kenal luar dan dalam sedangkan hakikatnya proses mengenali suami dan menyesuaikan diri sebagai isteri baru BERMULA.
Haaa..ambik kau. Hahaaaa!
Mana tak nya..contoh aku bagi.
Situasi 1.
Aku tarik-tarik tangan suami aku yang tengah tido sebab nak salam sebelum pegi kerja. Punyalah mithali.
Dia : Haisshh. Dah kenapa?
Aku : Nak salam laaa. (Sentap)
Dia : Dah nak salam tangan kiri ni dah kenapa?
Hahaaaaa!
Situasi 2.
Aku ngan suami suka layan Suria Cinta by DJ Lin masa nak tido. Haruslahh kannn. Baru romantik giteww. Hahaaa! Sekali tu pukul 5 pagi dengan alarm hanfon aku berbunyi, alarm dia berbunyi, radio lagi bunyi..dah la suami aku tido tahap bom meletup pun aku rasa dia buat dek jer..aku pulak kena bangkit nak matikan semua tu sedangkan hanfon semua kat sebelah telinga dia je..Time tu, takde suria cinta-cinta dah, ni suria baja hitam aku jadinya.
Aku matikan alarm aku, alarm dia. Dah kenapa tak reti pulak aku matikan Suria Cinta kat hanfon dia ni. Eh. Sampai duduk atas katil aku dibuatnya. Agak-agaklah pukul 5 pagi nak aktifkan otak serta-merta memang jammed la.
Aku : Yang, bangun la. Yang yang yang yang (baca ulang-ulang sebab kejut banyak kali tak bangun)
Dia : *Krooh*
Aku : Apa ni. Macam mana ni. Matikan. Matikan. Matikan laa. (Sendu+Sentap)
Dia : Apanya. (Ambik hanfon, pastu off kan radio)
Aku : Huhuuu (Tido balik)
Hahaaaa! Nak kata lawak tak lawak. Bongok pun ada. Hahaaa! Benda kecik-kecik pun boleh jadi isu. Tapi itu lah perkahwinan. Indah dia tak boleh nak kata. Bahagia dia tak boleh nak ikut. Terpulang cara masing-masing. Yang penting kita dan pasangan sentiasa hormat-menghormati, bertanggungjawab dengan amanah masing-masing.
Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan. Sebab Allah ciptakan kita dan dia memang tak sempurna. Ikatan pernikahan itulah yang akan melengkapkan satu sama lain.
Ececeh.
ps - Semoga dipermudahkan usaha sahabat-sahabat yang nak mendirikan rumahtangga.
ps - Kawin best? Of course. =)
Comments