Bikin Panas.
Assalamualaikum!
Hello ya'allllll. Hello stalker. Hahaaa!
Itu hari masa cuti Deepavali 'yang sangat mengelirukan' tu, korang buat apa kat rumah?
Kitorang pegi Zoo Melaka. Tengok monyet, ghimau, singa, burung, zirafah, gajah, kura-kura, ular, seladang dan macam-macam lagi la. Apa ingat Zoo Melaka ni cikai sangat ke? Ada binatang tauuuu.
Pegi pulak car pool dengan skuadmate suami aku dengan baby diorang umur 8 bulan. =_=
Memang Mak Bapak la yang beria-ria. Anak buat dek jer. Hahaaa! Pendidikan awal katanya. Heee. MasyaAllah, punyalah jeli kaki ni berjalan, dah la gemuk. Pancit la...
Balik petang tu, ada sedara belah suami bertandang kat rumah. Melawat pantin baru kata dia. Hihii. Pukul 11 malam baru selesai semuanya. Aku dengan suami aku terbongkang pandang each other. 'Penat jugak yer' suami aku kata. Hahaaaa! Baru tau ke. Ok lah tu. Dari kita buat aktiviti rutin kita tiap kali cuti iaitu makan tido dan tengok tivi dan ulang lagi, lagi, lagi yeahhh! Hahaa!
I love my job, I love my job. (Tetiba jer) Hahaa!
I love my job to be a housewife and a princess of you, B. Puihh! Haaahaa!
Dah la, layan jer la gambar ni. Tapi bukan gambar pegi Zoo. Tapi gamba masa balik kampung Raya Korban itu hari.
Suka hati ar nak letak tajuk lain cerita lain gamba lain pun. (Jelir lidah, hidung jongket atas.)
Papai.
ps - Selamat. Selamat semuanya. Hahaa!
Comments