Over Acting.

Assalamualaikum.

Kan esok nak final Piala Malaysia. Ok, fine. Team aku tak pegi final (Padahal lama dah tak pergi final. Asik gagal je misi. Hahaa!)

Yang aku tengok, tiba-tiba bukan main ramai pulak orang perempuan yang acah-acah minat bola. Kadang-kadang tu, over dia mengalahkan orang lelaki yang kebanyakannya chill-chill aja. Aku kadang-kadang malu gak tengok bukan main over perempuan yang bajet nak bagitau satu dunia yang diorang ni die-hard fan team masing-masing tapi lebih menjurus kepada poyo dan nak cari gaduh dengan fan team lain aja.

Peminat bola wanita ni pun sebenarnya muncul macam cendawan tumbuh di hari hujan dalam arena bola ni pun sejak team dia duduk kat atas liga je. Tu pun sejak team dia ni baru tubuh. Hihi. Menganjing nampaknya di situ. Sebab tu aku tekankan tajuk over-acting. Untuk yang over-over saja harus terasa. Heeeee. Yang tak berkenaan, chill-chill aja yer.

Orang lelaki suka bola tu biasa. Tapi kalau orang perempuan declare dia suka bola, die-hard ale-ale, bajet menganjing team lain, siap bergaduh dengan fan lelaki team lain, profile pic FB pun pakai team batch, ini nampaknya perlu kita uji tahap kecintaan dia. Adakah dia over acting atau 'social-supporter' macam aku. Hihii. So, ladies :

1) Kau tahu nama semua player team kau. Kalau kau tahu dia main posisi apa bermakna kau memang layan bola. Kalau kau tengah nak google sekarang, tu maknanya kau sekadar peneman buat havoc pegi stadium. So, jangan nak over.

2) Kau tau history player team kau. Dia dulu main team mana. Kalau kau tau ni, dah tentu kau tak over -acting menganjing team lain sampai nak gaduh-gaduh.

3) Kau kenal player team lain. Itu baru tanda kau memang layan bola sepak.

So, kalau 3 benda basic ni kau ada, aku salute. Sebab aku sekadar social-suppoter aja. Yang aku tau, aku lahir kat Kuala Lumpur tapi besar kat Selangor, so aku automatic supporter Red Giant. Ada game kat tivi, aku layan. Menang suka, kalah aku biasa-biasa aja. Chill-chill aja lah. Peace yo. Hahaa!



ps - Kawan perempuan yang aku kenal memang totok bola, Od aja. I can call u die-hard fan, Od. Salute! Sampai mati Red Giant, ok! Hahaa!

ps - Tonjer aku penyokong JDT, so automatik aku sokong Pahang malam esok. Muktamad. Hahaaa!


Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang