Food Review - Kek Batik Tersedap

Assalamualaikum!

Biasa je lah kan korang makan kek batik. Buat sendiri pun boleh kan. Tapi yang ni, sekali makan memang nak lagi. Pertama kali aku makan masa beraya rumah sepupu aku bertahun-tahun yang lepas. Anak dia, Alyn yang buat. Siap dia share resepi lagi and time tu dia tak start commercialkan kek batik ni.

Tapi beza aku dengan dia ialah, dia otak bisnes dan rajin. Aku pulak otak makan dan malash. Hahaaa! Sekarang, aku tumpang bangga sebab dengan hasil jual kek batik dia dah ada vendour concept boutique dia sendiri dan kek batik dengan jenama dia sendiri. 

Aku tak tau selera korang, but to me this is the best kek batik ever sebab selain sedap dia ada nilai tambah iaitu packaging anti-semut. Hahaaa! Kau mampu review cenggini? Haruslah aku je mampu. Heee.

Boleh pegi ke facebook dia atau insta untuk tempah online. COD takde yer. Aku jer mampu COD. Kata sedara. Hahaa!

Lagi satu aku nak review pasal popcorn Poco ni. Mula-mula aku agak sentimen sikit bila tengok kemain banyak flavour caramel dia. Sekali tu, bila bukak....bila dia tulis Caramel with Almond, dia betul-betul maksudkan kau akan dapat almond kat popcorn tu. Terbaikkk. Cuma pada aku, popcorn dia agak lemau sikit tapi part caramel overload memang betul-betul puashati.

U go local food! I support!


Kek Batik Alyn.

 

Ada 4 flavour popcorn ni.


Tu hazelnut sebijik-sebijik


Yang ni clasic caramel. Takde macam makan kat wayang. All coated. Yang putih-putih sumbat mulut orang sebelah. Heeee.


My favourite. Walnut. Besarkan walnut. Bukan acah-acah dia bagi.


Yang ni almond.

ps - Banyak dah vendour concept butique sekarang ni. Cara bijak pasarkan produk. Kat Melaka ni aku suka pi MP Dexato and Pop Donna. Not bad.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang