Keguguran.

Assalamualaikum.

Tenang, tenang semua. Aku cuma keguguran rambut aja. Heee..

Dah lama dah sejak aku tak potong rambut. Orang kata kalau rambut gugur, kita potong sikit nanti dia elok. Aku ni particular sikit bab ni. Dah lah susah nak cari female hair saloon kat Melaka ni. Mak aku pulak dah tak terel dah potongkan rambut. Dulu-dulu Mak je pun yang potongkan. Aku ni takde la nak berabih beratus-ratus sebab nak cantikkan rambut bagai. Rambut sihat, tak bercabang, tak berbuah, takde kelumumur, ok lah bagi aku. Lepas syampoo taruk perapi, selang 2 hari kasik vitamin. Settle. 

Masalah dia rambut aku ni tak kuat, mudah gugur. Macam-macam syampoo aku pakai. Rejoice, Pantene, Sunsilk, Clear, Dove, Selsun Blue, syampoo Hai-O (apatah nama dia, lupa) and macam-macam lagi lah aku try. Last sekali aku pakai syampoo Bawang yang bu-sook tu. Haihh. Tak jalan. Merata rambut aku dalam rumah. Kalau rambut yang jatuh tu boleh bertukar jadi duit mak aihh bahagia hidup aku. Hihii. 

Baru-baru ni aku tukar syampoo lagi. Tadaa!

Dah seminggu aku pakai, Alhamdulillah. Makin sikit rambut yang gugur. Nak cuba konsisten sebulan-dua tengok macam mana.


Ni lagi. Ada je kat Tesco, Mydin.

ps - Rajin plak aku update blog kan. Student cuti, staff ada syurga sikit kat opis. Heee.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang