Hari Pos Sedunia

Assalamualaikum

9 Oktober setiap tahun dikhabarkan sinonim dengan sambutan Hari Pos Sedunia. Aku takde la kenangan khusus dengan posmen atau pejabat pos. Biasa-biasa aja. Terutama posmen, selalunya kita jarang berkomunikasi dengan diorang kan. Sekadar ambik surat, sain kalau perlu dan ucap terima kasih. Bayangkanlah betapa formalnya kita selama ni dengan brader-brader posmen yang susah payah cari alamat kita dan sampaikan surat-surat penting, surat tak penting macam reminder bayar hutang (hihi) dan paling penting sampaikan barang pesanan online kita. Heeee.

Terima kasih semua Posmen. Posmen Pos Malaysia, mahupun swasta. Ececeh khusus gitu ucapan. Hihii.

Mak aku selalu cerita kenakalan arwah kakak aku masa kecik-kecik. Kakak aku ni masa kecik-kecik muka dia comel lepastu mulut dia petah. Ada satu hari tu Posmen hantar surat dalam hujan renyai. Sekali bila sampai rumah aku hujan makin lebat. 

Jadi Posmen tu pun berteduh lah kat porch rumah aku, tak naik rumah pun. Berdiri aja kat luar. Kakak aku yang duduk atas rumah dengan selambanya kata 'Haa, kan dah basah. Padan muka.' Hahaaaa! Jahat betul mulut dia. Mak aku punyalah malu. Posmen tu senyum aja. Mungkin mengenangkan kakak aku tu budak lagi.

Tu lah pengorbanan Posmen. 

Sabarlah dalam melaksanakan tugas. InsyaAllah, ganjarannya pasti ada di akhirat kelak.

Terima kasih dan selamat maju jaya Posmen semua!


ps - No additional note. 

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.