30DBC - Gambar Terbaru Dan 5 Fakta Tentang Diri Anda
Assalamualaikum!
Tada-tada. Sebenarnya baru aku teringat dulu-dulu pun aku pernah up entry pasal blog challenge gak. Tapi sampai hari ke berapa ntah aja. Yang ni kita tengok berapa lama aku bertahan ok. Layan kan aja la. Hahaa!
Gambar ni lama la jugak. Raya tahun ni. Dua bulan sebelum kawin. Dah gambar terkini aku semua tak semenggah aja. Kira boleh la ni. Sama je rupa aku. Beza kat bontot jer. Hahaaa! Lagi pun aku ni low profile, tak suka tertonjol sangat. Sipi-sipi sudahlaaa. Hihi.
Me and Haziq. Pemusnah sesi bergambar. Miss u, Dek.
Lima (5) fakta tentang diri aku.
1) I love reading. Kecuali buku pelajaran. Just like that. Hahaa!
2) Orang selalu sangka aku orangnya garang dan serius. Tapi aku rasa aku ni pemanja. Dan penangis.
3) Aku suka memasak berbanding berurusan dengan kain. Cuci, sidai, lipat. My least favourite chore.
4) Dulu aku specky. Power kiri kanan 400+. Tapi aku dah lasik. Alhamdulillah nikmat mata.
5) Aku ni jenis setia (take note ni Aabbyyy +_+). Lurus. Kadang-kadang je bengkok.
ps - Alah, manusia ni boleh berubah. Cuma kita yang tentukan nak berubah jadi lebih baik atau macam mana.
ps - Jangan takut untuk berubah kalau itu baik untuk diri sendiri dan orang lain.
Comments