Posts

Showing posts from 2011

Pengomen (Apakah)

Assalamualaikum. Kalau aku baca blog orang, aku paling suka baca comments. Lagi2 blog politik. Sebab dekat blog politik jer aku boleh hilang stress. Sebab aku rasa orang yang comment dekat blog politik tu tabah2, hati kering, jujur dan dalam tak sedar diorang hiburkan hati aku dengan comment diorang yang lawak2. Apa nak stress sangat pasal isu politik? Politik tu sebahagian dari hidup dan apa jadi pun kita kena teruskan hidup. Heheh. Tadi masa blogwalking aku bukak blog Kak Senduk . Ada entry dia mintak pendapat readers macam mana nak hilangkan blackhead whitehead dia. Selain daripada jawapan tipikal putih telur dengan biore pore pack, mari kita lihat apalagi petua yang dicadangkan kepada Kak Senduk.. Hihi.  aeedy said... 1) tumbuk cili padi sambil duduk sopan bersimpun 2) kaut dgn 2 jari runcing gajah 3) sapu pada muka dan biar terkena mata juga 4) muka akan merah dan cantik jelita.. sekian.. sri sara semah camelia said... kak senduk mudah jerr.. 1..bahan..p...

Campur-Campur

Image
Assalamualaikum. Dasar pemalas update blog. Maaf, ini masalah hormon. Tiap kali ada cerita nak kongsi, dah cakap dah dalam hati 'nanti update kat blog'. Tapi, tu la kan..sapa suruh cakap dalam hati. 1) Kuasa Pengguna Aku sekarang boikot kedai-kedai makan yang jual makanan mahal tak tentu pasal. Contoh jual mee ala2 mee maggi harga 8 ringgit semangkuk. Konon kita kena bayar lebih sebab tempat makan tu cosy atau kedai tu terletak dalam shopping complex yang high standard. Boleh blah. Lagi satu aku tak faham sesetengah orang yang condemn Kedai Rakyat 1 Malaysia tu. Pada aku itu salah satu usaha yang baik. Macam aku, kalau setakat pencuci pinggan aku pakai cap pelik2 aja sebab murah. Asal bersabun dan boleh cuci pinggan. Lainlah nak cuci muka kan. Heheh. Sepatutnya kita ambik kesempatan terhadap kedai-kedai murah ni. Tengok apa barang yang kita boleh beli pada harga dan kualiti yang munasabah. Nak bangkitkan soal ingredient dan safety? Sila buat kajian terhadap semua baran...

Hijrah, Khairul Fahmi Che Mat Dan Hijrah.

Image
Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah. Jangan memasang angan-angan yang baru jika yang tahun lepas pun belum tercapai. E'eh. Cakap orang, aku pun sama. Cita-cita tahun lepas semua bersangkut paut dengan takdir. Siapalah kita hendak melawan ketentuan takdir, ye dak. Jadi, teruskan saja berusaha yer. Sekurang-kurangnya azam tahun 2009 aku masih on going dan maintain lagi iaitu 'beli 1 buku setiap bulan'. Alhamdulillah. Buku bulan ni aku beli 'Sabda-Sabda Nabi Muhammad SAW - Daripada Hadis-Hadis Pilihan.' Jadi aku nak share. "Orang Muda", (Nabi SAW bersabda kepada Abdullah Ibnu al-Abbas R.A) dengarkanlah beberapa perkataan nasihat : Sentiasalah ingat akan Tuhan, maka anda akan dilindungiNya; Sentiasalah ingat akan Tuhan, maka anda akan dapati Dia berada bersama anda; Sekiranya anda mohonkan sesuatu, maka pohonlah kepada Tuhan; Kiranya anda mencari bantuan, carilah bantuan daripadaNya. Ketahuilah bahawa sekiranya kesemua orang berkumpul dan ...

Jingoisme VS Jenglot

Assalamualaikum. Jingoisme ialah Sikap (pandangan, fahaman dsb) yg terlalu mengagung-agungkan kekuasaan atau kehebatan negara sendiri, dan menyokong dasar peperangan terhadap negara lain: maka lahirlah ~, iaitu aliran fahaman yg boleh membawa kezaliman kpd kumpulan lain. Jenglot ialah Hantu, entiti, makhluk, rupa buruk. Jahat? Ini macam amalan Jingoisme boleh dapat kat FB Sokerleaks sempena game penting malam ni. Serupa Jenglot yang berfahaman Jingoisme pulak boleh dapat dekat opis aku. Malas nak ulas. Heheh. ps - Jangan nak gigit kompeni lebih2 dekat orang luar, tak membina langsung. Gigit la dekat bos-bos, pengurusan tertinggi, MBJ supaya perubahan yang baik boleh dibuat. ps- Kompeni dah bayo elaun tambahan tu, sila kerja keras sikit. Jangan nak menggigit je keja. ps- Perangai serupa penyokong Indon Garudadaku. ps - MALAYSIA Boleh!

Sakit Hati Penyebab Gemuk.

Assalamualaikum. Tadi ada budak baik cakap kenapa aku nampak kurus hari ni. Aku kata sebab aku pakai baju corak tegak2. Aku tak nak la riak kan, sebab lebih jujur kalau aku terangkan apa yang dia nampak tu ilusi je, sedangkan hakikatnya berat aku turun 20.78 gram jer. Haha! Aku rasa betul la sakit hati boleh buat gemuk manakala makan hati (ni pepatah) boleh sebabkan kurus. Tapi bergantung kepada tahap metabolisme badan masing2. Macam ayat jual pil pelangsing. Penipu kan. Lepas tu siap kata 'tak perlu diet, boleh makan makanan kegemaran tapi perlu buat senaman'. Haha! Siapa suruh percaya kan, padan muka korang dan aku juga. Jangan malas sangat la, bawak2 la bersenam dan time makan tu jangan la macam ada belaan. Ecewah, pandai cakap. Tak kira la, kalau nasihat yang baik tu ikut jer la. Suka sangat membangkang yer. Tapi aku lagi suka kalau orang fikir, orang yang semakin bertambah berat badannya tu adalah orang yang semakin senang hati dan rajin. Rajin masak contohnya. Hahaa! ...

Cerita Pengorbanan

Assalamualaikum. 10 Zulhijjah kita sambut dengan pelbagai erti pengorbanan. Allah telah turunkan kisah pengorbanan antara Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail untuk kita ambil pengajaran darinya. Allah juga telah turunkan pelbagai ujian kepada kita, hambaNya yang lemah agar kita memperkuatkan iman, kuatkan hati, kuat berfikir dan kuatkan semangat kita. Semoga apa juga yang berlaku, apa jua pengorbanan yang telah kita buat dan juga yang terpaksa kita korbankan pada masa akan datang adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah dan diberi ganti yang lebih baik oleh Allah kepada kita jika tidak di dunia, di akhirat kelak. Insyaallah. 

Malas, Rajin, Malas, Rajin.

Image
Assalamualaikum. Malas update blog, tapi rajin baca blog orang. Hari-hari dosss. Hehehehh. Punyalah melantong, gua punya 30 days challenge pun baru sampai hari ke-9? Starlight dahi masing2. Sebab maruah, terus nak jawab challenge day-10 iaitu 'YOUR CURRENT RELATIONSHIP, IF SINGLE, DISCUSS HOW SINGLE LIFE IS. Cet! Tak habis2 nak hina aku yer dunia ni. Hahahaaa!! Apa ada hal, aku jawab sekarang. Okay, life is great. I am a great singlerian. Amboi bahasa. Suka hati aku? Marah PPSMI. Yang sucks nyer, aku selalu ngadu pada Lulu - 'Owwhh Lulu, kadang2 aku terfikir, sampai bila aku nak tido atas tilam ni..aku teringin ada katil tiang tinggi yang aku boleh tukar cadarnya tiap minggu (jangan nak bajet aku pengotor pulak yer, aku ni cuma pemalash sikit jer). Yang bestnya, banyak weh. Boleh bangun pagi, gosok gigi cuci muka pegi mandi pakai baju pegi kerja, sarapan nya di ofisssss...(ni kena baca dalam intonasi lagu bangun pagi gosok gigi..bla bla) Tak de lah kocoh2 ban...

Atok Kena Tembak.

Image
Assalamualaikum. Setiap kali balik kampung jenguk Opah, Mak akan cerita sejarah silam masa mak kecik2 dulu. Mak akan tunjuk sungai mana Mak mandi, kebun mana Opah toreh getah, jalan mana Mak lalu bila pergi sekolah. Lebih realistik bila Mak dapat buktikan kata-kata Mak bahawa masa Mak kecik dulu, Mak memang susah. 'Opah kau naik basikal pegi kebun getah. Cuba bayangkan berapa jauh rumah Mak masa tu. Pukul 3 pagi Opah dah keluar menoreh. Mak pernah ikut sekali dua ja. Isy tak tahan dengan penat, nyamuk. Opah pulak ibu tunggal. Susah dulu2...' 'Dulu mana ada merasa makan ikan laut ni semua. Makan ikan kadang2.Kalau sekali sekala dapat makan ikan sungai, sukanya lah. Itupun lampam aje lah buat pekasam.' Ya Allah,aku sekarang bawak Mak naik kereta ja pegi tengok dusun Mak yang dulu tempat Opah toreh getah. Dalam 20 minit sampailah. Jalan berturap. Bayangkan Opah kayuh basikal dulu.. Ya Allah, sedangkan aku masa kecik2 dapat makan macam2. Ikan, ayam kambing, lembu, itik...

Hadiah Untuk Birthday Kamu - Nah!

Image
Assalamualaikum! Hari jadi kamu bakal menjelang tiba. Sebab kamu selalu usaha jadi kawan baik saya, selalu ada bila saya perlukan kamu, selalu cuba memahami perasaan saya, selalu kutuk saya, keji saya, puji saya, marah saya, sayang saya? ambik berat tentang saya dan selalu ingat pada saya maka saya masih berfikir2 hendak beri kamu hadiah apa sempena hari jadi kamu. Kamu tengoklah. Bagitau saya kalau ada yang kamu suka.   Kalau kamu rasa kamu kategori 'intelectual'. Lighted Magnifier For Menu Reading Handheld Electronic Sudoku Games Journal For World Travelers Kalau kamu rasa kamu kategori 'hipster'. Shadow Wall Art Candle Jazzy Oxford Shoes Instant Camera For Shutterbugs Kalau kamu rasa kamu kategori 'fitness and health nut'. Nike + Sport Watch GPS Go Fit Ultimate Pro Gym In A Bag Electronic Massagers For Office Seats Or Car Atau kamu 'geek'? Angry Birds Toy And Gear Projection Alarm Clock Harry Potter Quiditch Helmet ps - Selamat...

Cerita Ramadhan, 7

Image
Assalamualaikum. Kampung Oya. Lepas buka puasa dengan Mak, Oya solat Maghrib. Waah! Dah pukul 8. Tu lah dia kalau makan berbuka tak sudah2. Makan seolah2 esok tiada lagi. Heheh. Lepas solat, Oya kemas beg baju. Mak dah tau Oya nak balik ke kota terus lepas terawih dekat masjid. Ye lah, esok Oya kena kerja. Masa puasa pertama itu hari, Oya gerak balik ke kota lepas sahur. Sampai depan mesin pengetik kad tepat2 pukul 8. Haissh! Oya tak suka macam tu. Sebab Oya bawak kereta laju2. Tekan minyak kuat2. Potong kereta lain tak bagi signal. Lampu isyarat kuning pun Oya lagi tekan minyak, siap tukar gear rendah. Oya tak suka, sebab kenapa Oya kena jadi samseng atas jalan raya? Sebab Oya bukanlah samseng sangat, macho je sikit. Sampai masjid, azan Isya' belum berkumandang. Oya buat solat sunat tahiyatul masjid. Oya buat dekat saf belakang2 aja. Saf depan memang ada kosong, lobang2. Tapi nanti bila nak mula solat Isya' Oya pegilah selit2 kat depan. Boleh punya. Masa azan Isya' ...

Bersatu Demi Islam

Image
Assalamualaikum. Ingat Allah SWT Takutlah kepada pembalasan Akhirat itu pasti, balasan di dunia telah dijanji Jangan takut untuk bersatu Demi agama kita, Islam yang mulia Sayu, sedih, hiba dan terhina Agama Islam dipermainkan Amalan dan syariat kita dipertikaikan! Saudara seagama kita sendiri yang mempersenda agama kita Kafir harbi tidak lagi menghormati agama kita Ketepikan kepentingan diri Perkukuhkan keimanan Bersatu demi Islam! Bersatu demi Islam! Bersatu demi Islam! *credit to http://malaydelima.blogspot.com/ Mungkin ramai dari kalangan kita masih belum faham hujung pangkal isu serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) yang hangat diperkatakan sekarang kerana gerakan mengkristiankan orang Islam. Eloklah di perjelaskan secara kronologi agar senang difahami. Pada 3 Ogos 2011 antara jam 9.45 pm hingga 12pm, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap...

Makan Pasir

Assalamualaikum. Aku bukan plastik, bukan kayu, bukan batu. Allah beri aku hati. Aku tak pandai berpura-pura Sebab aku bukan pelakon tambahan Aku tak pandai bermuka-muka Sebab muka aku ada satu Jangan kata aku berdendam Kalau kau pandang, aku berpaling Kalau kau tegur, aku tak jawab Kalau kau senyum, aku tak balas Kalau kau tanya, aku tak jawab Sebab, lepas apa yang dah kau buat pada aku Kau tak pernah minta maaf? ps1 - Ke kau nak tunggu raya? ps2 - Kalau aku hidup lagi time tu..kalau aku dah mati? ps3 - Aku boleh maafkan, tapi aku tak jamin boleh lupakan..aku ni manusia biasa. ps4 - Pinggan dah retak, memang boleh guna, tapi tak kan sama macam dulu. Harap maklum ps5 - Jangan expect aku boleh ramas mesra dengan kau macam sebelum kau tabur pasir dalam periuk nasi aku. Nasib baik pasir pun aku makan. Apa ada hal. Semua pun boleh...

Nah!

Assalamualaikum! Alhamdulillah, Dengan izinNya, tersedar kita dari tidur untuk bangun bersahur.. Maka bersahurlah walau dengan setitik air.. Kerana Dia jua lah, Kita masih daya bersiap ke tempat kerja.. Bekerja dan ada sikit2 terlena.. Maka kuatkan semangat kita.. Kerana dengan kemurahan dan kasih sayangNya, Diberikan kita rezeki berbuka yang melimpah ruah.. Maka bersyukurlah dan jangan pula kita membazir.. Di atas keluasan rahmatNya di muka bumi ini, Diberikan kita kebahagiaan untuk melalui Ramadhan ini bersama orang-orang yang kita sayang dan cinta.. Maka berusahalah menjaga sillaturrahim.. Telah Allah janjikan dibulan mulia ini, Yang tidak terbelenggu hanyalah nafsu sahaja Maka jika kita malas, Itu adalah kita.. Jika kita sombong dan angkuh, Itu adalah kita.. Jika kita masih ada iri hati yang tak mahu padam, Itu adalah kita.. Jika kita masih berpura-pura, Itu adalah kita.. Jika kita masih berdendam, Itu adalah kita.. Nafsu yang berada dalam hati kita...

Day 8 - A Picture Of Favourite Memory

Image
Assalamualaikum! Bergambar dengan arwah ayah pada sambutan harijadinya yang ke- 63 di rumah. Hari jadi yang terakhir sebelum ayah jatuh sakit. He is wearing his favourite baju Melayu. Kami makan KFC malam tu. His favourite fastfood. Ayah, anak ini sangat merinduimu. Al-Fatihah.

Day 7 - Siapa Akan Jadi Anakku?

Image
Assalamualaikum! Arwah ayah aku memang sayang sangat binatang. Tapi sifat tu tak tebal sangat dalam hati aku. Aku biasa2 ja, sebab tu aku tak ada pet sejak kecik. Ayah bukan setakat manjakan kucing, malah ayam katik pun mendapat tempat dalam hati dia. Sebab tu lah ayam katik pertama yang dia dapat dari anak buah, Ayah letak dalam cage dekat bilik tidur dia. Ye, dalam bilik tidur. Tak caya? Tanya mak aku. Alasan Ayah time tu, 'kucing2 nak garu (cakar) dia (ayam tu). Dia (ayam tu) kecik lagi'.  Itu cerita arwah ayah aku.. :) Masa aku kat ITM dulu, kawan aku paksa aku jaga sekor anak tupai yang diberitakan jatuh dari pokok dan tengah digigit kucing. Jadi masa diorang bagi anak tupai tu diorang dah bagi nama siap2. Noburu (Nob) namanya. Itu la kali pertama aku ada 'pet'. Mula2 aku simpan Nob dalam kotak kasut yang aku buat tingkap banyak2. Tapi sebab dia suka menggagau buat bising dalam kotak, maka aku keluarkan dia. Rupanya tupai ni jinak. Mau dipegang dan tak menggigit...

Day 6 : Beribu Sesalan

Image

Day 5 : Am I Different?

Assalamualaikum! What makes me different from others? Haha! Soalan yang aku tak boleh jawab dengan baik. Berhari2 juga aku memikirkan. Apa bezanya aku dengan orang lain? Aku lebih tabah? Ada lagi yang lebih tabah. Aku unik? Macam makan french fries cicah sundae? Ouch! Ada juga yang makan french fries cicah petis. Aku gemuk, pendek? Ada yang kurus tapi lagi pendek. Aku boleh batuk sekali dengan bersin? Ada yang boleh tido sambil berjalan lepas tu bukak pintu dengan pakai kasut sekali. Aku hebat? Ada laaaagi hebat. Aku tak boleh bagitau apa bezanya aku dengan orang lain melainkan orang lain yang bagitau aku nampak berbeza. ps - Rambut dah la lain, hati lagi lain-lain.

Day 4 : Favourite Captures

Image
Assalamualaikum! SOLAR NIGHT, 1999 Epic. Ini gambar favourite aku nombor 1. Akan sentiasa mengingatkan aku bahawa aku pernah comot. Masyaallah. INTAKE 3/1999 Nostalgic. Ini masa zaman stamina tinggi. Dari dulu sampai sekarang, kami masih bersama.   Ouuchh! First trip far-far away from hometown. Thank You Sisters! Sekapal. Senyum. Tak perlu cakap apa-apa. ps - Teman baik adalah dia yang menangis bila dengar cerita sedih kamu, bimbang jika kamu tak senyum, beri pinjam duit bila kamu sesak, menghormati keputusan kamu, mengkritik kamu di hadapan muka kamu sendiri, selalu memberi nasihat yang baik kepada kamu, marah kamu apabila perlu dan sentiasa menerima kamu seadanya diri kamu. ps - Semoga kamu mendapat satu teman baik dan mencipta banyak kenangan bersama dia. ps - Saya telah mendapat banyak teman baik. U know who you are, good friends. Syukur, Alhamdulillah.

Day 3 : P.E.R.F.E.C.T

 Assalamualaikum! My perfect first date is : 'Dekat rumah emak, makan nasik.' Lepas pung pang pung pang baru boleh nak macam2. Hmm. Perfect! Perfect! Perfect! ps - 'Jemputlah naik, banggg..'

My Day 2

Image
Assalamualaikum! Aku paling suka dua movie ni. Sebabnya, aku tengok cerita ni masa aku kecik2 dulu dan aku masih ingat lagi jalan ceritanya selain 'cerita cina'. Heheh. Masa aku kecik dulu (sekolah rendah), tivi kat rumah aku dalam bilik Apak aku. Jadi lepas berita utama, paling kuat pun dapat tengok tilawah Al-Quran, cerita Opah atau yang seangkatan dengannya. Pukul 10 ja, pup terus apak tutup tivi. Nganga semua. Dah pi blah masuk bilik masing2...heheh. Bila nak masuk remaja, Apak bawak kuar tivi, duk kat ruang tamu. Time ni dah besar sikit, masa Apak tengok berita utama, kita buat2la selak buku rampaian sains. Baru Apak saspek sikit. Kira deserve la tengok tivi lepas abis berita. Apak masuk bilik ja, laju ja aku kalih cerita lain. Dulu TV2 la selalu mainkan cerita omputih. My 1st favourite movie : Dying Young. Cerita ni Julia Roberts yang acting. Heronya tak berapa kenal sangat. Tapi google kata Campbell Scott nama dia. Filem ni pasal Julia jadi nurse yang jaga hero ni ...

Day 1 : Penakut by Yuna

Image

30 Hari Bersama Lola Hek Enee.. Hihi.

Assalamualaikum! Ini cara paling komited nak update blog secara paksa rela. Heheh. Day 1 — Your favorite song Day 2 — Your favorite movie Day 3 – Your idea of the perfect first date Day 4 – Your favorite photograph of your best friend Day 5 – What makes you different from everyone else Day 6 – A song to match your mood Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as pet Day 8 – Your dream wedding Day 9 – A photo of the item you last purchased Day 10 – A photo of your favorite place to eat Day 11 – A picture of your favorite memory Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is Day 13 – A picture of your favorite band or artist Day 14 – A TV show you’re currently addicted to Day 15 – Something you don’t leave the house without Day 16 – Short term goals for this month and why Day 17 – How you hope your future will be like Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex Day 19 – A picture of something you want to do before you...

Dah Bayar Bil Api.

Assalamualaikum. Biarpun tarif 'letrit' dah naik, aku nampaknya bukan main mampu bayo bil api kat sini. Heheh.

Kehilangan

Assalamualaikum. Ada yang hilang Ada yang ganti Ada yang tidak Hilang suara, sunyi Hilang cahaya, gelap Hilang rasa, hambar Hilang cinta, sepi Hilang suka, duka Hilang jiwa, kalut Hilang iman, sesat Jika hilangnya dia kerana pergi kepada Illahi Biar sunyi Biar gelap Biar hambar Biar sepi Biar duka Biar kalut Jangan dibiar perasaan kita sesat Kerana perginya dia kepada yang tercinta Yang kekal Yang abadi Tinggallah kita, yang akan merindui dia  Untuk mengirimkan doa yang tak pernah berhenti Agar nanti bila tiba waktu dijanji Menyusul pula kita Untuk bertemu dia yang telah hilang di dunia ini. ~ Al-Fatihah~ 14062011

Percaya dan Syukur

Assalamualaikum. Percayalah bahawa Allah SWT itu sentiasa memberi apa yang kita minta. Dan jangan pula lupa untuk bersyukur. Percayalah bahawa setiap perkara yang kita tidak inginkan berlaku dalam hidup kita tidak semestinya tidak baik untuk kita. Dan jangan pula menyalahkan ketentuan Nya. Percayalah bahawa tiap niat yang baik itu akan diberi pertolongan oleh Allah. Dan jangan pula cepat berputus asa. Syukur kepada Allah atas begitu banyak kasih sayang yang aku miliki dari mereka yang menyayangi aku. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Senyum.